Apa benda Multi Level Marketing (MLM), Piramid dan Skim Cepat Kaya ?

Apa benda la multi level marketing ni? Mesti ramai dah tahu tapi tak jelas kan? Tapi takpe. Korang jangan risau. Mal akan cerita satu-satu dalam post ni. 

          Sebenarnya, Mal pun hampir terjebak dengan multi level marketing ni. Ada kawan Mal punya kawan ni dia cerita kat kawan Mal yang sorang ni pasal business ni. Oleh sebab diorang ni member satu sekolah, so dia pun percaya. Sebab kawan Mal punya kawan ni, (senang cerita Mal namakan dia Samad je la), dia dah buat dulu business tu. Dalam masa 3 minggu je, dia dah boleh dapat RM 1000!! Perghh, kerja Mcdonald sebulan pun susah nak dapat gaji camtu woo! 

          So, bila dah macam tu, kawan Mal ni pun ajak la Mal dengan kawan2 Mal yang lain untuk pergi dengar ceramah si konon2 businessman ni kat bandar. Mal memang dah malas nak dengar sebab Mal memang niat nak teman member Mal ni je. Tapi satu benda je yang nak tengok nanti, iaitu cara pemakaian dan barang-baranng yang dia pakai. 

          Bila dia dah datang, semua tanya, mana dia? Dia dah datang ke? Mana camry dia? Si Samad cakap, dia ni memang kaya buat business ni. Baru umur 18, sama baya macam Mal, dah boleh keluar kereta sebijik. Camry pulak tu. Perghh! Mal ni walaupun umur 18 jugak, tapi bukan setakat kereta, motor pun takde. Kalau ada pun, pinjam family punya je. Tapi Mal dah berjaya nampak satu benda kat situ. MANA ADA BUSINESSMAN YANG DATANG LAMBAT! Haha. Adoi. Bukan main lambat lagi diorang nak jumpa Mal. Diorang cakap diorang dah sampai kat bandar tapi diorang kena balik kolej balik sebab diorang nak guna laptop.

          Korang mesti tak nampak apa-apa isu pasal laptop tu kan? Masalah yang kedua, kalau betul diorang ni kaya, kenapa diorang tak bawak laptop sendiri? Mahal sangat ke nak beli laptop. Ala kereta boleh pakai camry. Takkan la laptop tak boleh  beli, betul tak? Dari situ je sebenarnya orang dah boleh nilai diri kita sebenarnya. Kalau nak jadi businessman tapi kedekut, baik tak payah.

          Dan satu lagi yang paling penting. Pasal pemakaian diorang. Dari jauh bila tengok, memang la nampak smart sebab nampak diorang pakai jaket walaupun hakikatnya nampak macam jaket biasa. Tapi ada satu masa tu, mungkin sebab panas sangat kot kat tempat makan tu, so mamat sorang ni pun bukak la jaket dia. Mal ingatkan baju yang diorang pakai kat dalam tu baju mahal, last-last diorang pakai baju jenama Golden Bear. Baju jenama apa pun tak tahu. Itu belum campur lagi kasut diorang yang terkoyak tu. Kereta pakai camry. Takkan kasut kulit pun tak boleh nak beli kot?

          Dan part yang paling adalah macam mana cara yang buat kita kaya dalam MLM ni. Part ni Mal nak cerita secara ringkas je. Konsep dia senang je. Kalau kita berjaya tarik orang join MLM ni, orang tu akan berada di bawah kita atau lebih mudah dipanggil downline kita. So setiap yang daftar kat bawah kita tu, kita sebagai kat atas ni akan dapat duit dan yang paling best orang yang kat atas kita ni pun akan dapat duit jugak walaupun dia tak tahu apa-apa pasal orang yang daftar bawah-bawah downline dia. Tu sebab orang atas ni dia akan dapat duit jugak walaupun diorang goyang kaki je kat rumah.

         So kepada yang nak join MLM ni, fikir dulu masak-masak. Memang betul ada orang yang boleh kaya bila join MLM ni. Tapi kena ingat yang ramai je rugi bila join MLM ni. 

         


Rasa macam nak beli handphone baru

          Emm, kesian blackberry curve ni. Rasa macam sayang nak tukar fon baru. Tapi masalahnya fon ni internet dia lembap sebab takde 3g. Body pun dah hancur. Kamera dia pun tak cantik. Tapi masalahnya fon ni la yang paling banyak berjasa dekat Mal. Fon ni la yang paling banyak jatuh dalam sejarah hidup Mal. Orang cakap kalau blackberry jatuh kat lantai, walaupun sekali, sistem kat dalam dia akan rosak. 

          Tapi bb ni takde la pulak jadi camtu. Alhamdulillah masih bernyawa dan dapat menjalankan tugas seharian dan boleh online 24 jam. Kalau setakat hang tu, memang tak boleh nak buat apa la kan. Mana ada blackberry yang tak hang. Ada orang pernah cakap, tak ori la blackberry tu kalau tak hang.

         
Wa sayang lu ketat2 bro

          Hehe. Sebenarnya Mal ni memang jenis tak reti jaga barang. Pakai fon murah ke, mahal ke, dalam masa setahun lebih je mesti jahanam. Tu sebab malas nak beli fon mahal2. *ayat sedapkan hati diri sendiri*

          
Emm takde la teruk sangat. XD

          Hari tu Mal saje nak survey fon kat satu kompleks area rumah Mal. Mal pernah pakai symbian, android dengan blackberry. Windows phone memang sikit pun tak minat. Iphone pulak mahal sangat. Dan OS yang paling Mal minat adalah Blackberry OS. Kalau nak ikutkan, sekarang ramai dah tak pakai blackberry sebab bb selalu hang. Tapi Mal tetap akan menjadi bb user sebab internet dia murah giler. Wakaka.

          Salah satu fon yang Mal berkenan adalah Blackberry Curve 3g 9300.  Fon ni sekarang masih ada original set lagi. Harga dia pulak RM 380 je. Lagi satu fon yang Mal berkenan adalah Blackberry Torch 9800. Ahha, fon ni la yang Mal paling minat sebenarnya. Sejak dari mula2 fon ni keluar lagi Mal dah simpan niat nak beli. Tapi malangnya fon ni mahal sangat. Harga dia cecah 2k time baru keluar. Tapi sekarang harga dia boleh dapat RM 580 je. Mal tanya tokey tu, bb torch ni original set ke AP set? Dia cakap fon ni ada AP set je sebab sekarang dah takde original set keluar lagi dah. Semua kedai bagi jawapan yang sama kat Mal. Bagi Mal, kalau kilang dah tak keluarkan original set, kemungkinan besar fon tu adalah recon set bukan AP set.

          Emm, mesti ramai yang nak tahu apa benda recon set ni kan? Mal ingat nak buat satu post tentang perbezaan original set, AP set dengan recon set untuk memudahkan korang bajet2 time nak beli fon nanti. Kalau Mal rajin, kejap lagi la Mal buat post pasal tu. Kalau malas, tunggu tahun depan la  baru siap post tu. Kahkahkah.

Keburukan root android

          Kalau nak ikutkan, dulu Mal ada buat satu post tentang Tutorial Root Android. Kalau nak ikutkan, memang best bila kita dah root android smartphone kita sebab semua application kita boleh letak kat phone. Tapi sekarang, baru Mal sedar satu keburukan yang susah untuk diharungi. 

          Hari tu, bila dah bukak semester baru, sorang roommate Mal beli SAMSUNG GALAXY S4! Kahkahkah. Saje je nak buat caps lock tu. Bila Mal tengok dia punya interface, dia punya gallery, memang lain dari Mal punya Tab 2. So Mal pun tiba2 terfikir untuk update tab. Tapi bila tekan update je, dia keluar binatang ni.



          Yeah! Benda ni la yang buat Mal rasa keburukan terbesar untuk para pengguna android. So lepas ni Mal nak unroot dulu tab Mal.Kalau ada update software, Mal update dulu. Lepas tu root balik.

BBM Chat Untuk Android dan Iphone

          Fuhh. Penat jugak nak tunggu apps BBM Chat ni keluar untuk android. Bila Mal search apps BBM Chat kat Google playstore, apps ni memang ada tapi semuanya fake. Bila Mal scroll TL kat twitter, rupa-rupanya official apps untuk bbm kat android ni google tak keluarkan lagi sebab taknak bagi bbm jadi top apps kat playstore. Tak tahu la pulak kenapa Google nak buat macam tu.

          Bila install je bbm kat galaxy tab, perghh! Seperti yang dijangkakan, kelajuan bbm ni memang tak dapat nak disangkal lagi. Ada jugak yang cakap, bbm ni lagi jimat battery daripada whatsapp. Whatsapp guna 8% bateri tapi bbm cuma guna 2% bateri je.

          Oleh sebab official apps untuk android tak keluar lagi, yang ada hanyalah download link dari internet dalam bentuk fail apk. Kepada yang tak download lagi boleh la klik link sebelah ni. (LINK) Kepada iphone users pulak, boleh la download kat apps store. Ye la. Iphone mana boleh nak download kat internet camtu je kan. Ada yang kata server maybe down sebab ramai sangat download. Apa-apa pun, selamat install semua!

Candy Crush Cheat and Trick

         

          Emm, mesti ramai peminat-peminat tegar Candy Crush selalu nampak gambar kat atas ni kan? Biasa la. Bila asyik selalu mati je, kena la tunggu masa untuk dapat nyawa balik. Bukan sekejap, satu nyawa je dah lebih kurang 30 minit. Nak tahu tak macam mana nak dapat balik nyawa full tanpa nak buang masa lama-lama?

          Cara dia senang je. Pergi kat setting. Tekan kat bahagian date and time. Lepas tu disable automatic time update. Pastu pulak set time korang ke depan sikit. Set cepat tiga jam pon boleh jugak. So bila korang bukak balik je candy crush, dah boleh main balik dah. Siap full lagi nyawa tu. 

p/s : candy crush bukan sahaja menjadi games untuk perempuan malah mat rempit seluruh malaysia. XD

Broadband SKMM Celcom dan Maxis - Yang Mana Lagi Bagus

          Minggu lepas, Mal ada beli sim broadband SKMM Celcom dan Maxis. Satu benda je yang Mal nak tahu dan pastikan tentang broadband SKMM ni. Apa akan jadi bila broadband kita dah habis kuota ataupun habis limit? Adakah kita tetap boleh surf internet lagi dengan kelajuan internet yang diibaratkan seperti kura-kura ataupun kita perlu menghabiskan duit lagi untuk subscribe pelan internet yang lain?

          Setelah berjaya menghabiskan kuota semalam, akhirnya terjawab jugak segala persoalan Mal. Mesti korang pun nak tahu jugak kan? Walaupun Mal dah habiskan duit dan membazir semestinya, tapi hati Mal puas sebab dapat tahu mana satu yang bagus untuk digunakan.




          Broadband SKMM Celcom : Kelebihan dan kekurangan

          Kat kawasan jengka yang boleh dikatakan susah nak dapat line internet ni, Celcom boleh dikatakan bagus sebab line internet dia memang steady sepanjang masa. Tak kisah la line internet dia laju ke tak tapi kalau dibandingkan dari segi kestabilan internet, Celcom memang terhebat sepanjang zaman! Masalah kuota pon takde. Bak kata kawan Mal yang guna broadband SKMM Celcom ni, dia lepas dah habis kuota pun boleh je surf internet macam biasa. Takde masalah apa pun. 

          Broadband SKMM Maxis : kelebihan dan kekurangan

          Fuhh! Speed internet Maxis ni memang terbaik! 5 bintang la Mal bagi! Tekan je, terus keluar. Nak tengok youtube pun boleh je! Mal download software besar-besar pun takde hal la. Tapi masalah besar Maxis ni adalah kuota dia. Bila dah habis kuota je, kita tak boleh surf internet langsung. Perghh! Ni yang buat Mal bengang sebenarnya. Tak pasal-pasal kena subscribe pelan internet yang lain pulak lepas ni.




          So, kepada yang belum beli broadband lagi, pastikan dulu broadband mana yang bagus. tengok dulu coverage dia kuat ke tak. Dan yang paling penting, kuota tu kena jaga-jaga la ok! 

Tutorial Root Android Galaxy Tab 2 (Apa kelebihan dia?)

          Fuhh. Setelah berjam-jam duduk depan laptop ni semata-mata nak cari cara untuk root galaxy tab akhirnya berbaloi jugak. Cara-cara dia memang banyak tapi kebanyakan software yang dia guna tu menggunakan software yang berbayar. Berpeluh jugak la nak cari cara yang paling mudah, senang dan tak berbayar ni.

         Sebelum tu, kepada yang belum pasti apa itu root, sebenarnya root ni lebih kurang je maksud dia dengan jailbreak. Cuma jailbreak digunakan untuk iOS dan root digunakan untuk Android OS. Ada banyak kelebihan bila kita root device kita ni walaupun ada jugak kekurangan dia.

          Apa kelebihan root android ni? Setelah puas menggoogle, lepas kita dah root android device kita, kita akan berkuasa sepenuhnya terhadap android device kita. Maksudnya, kita boleh buat apa sahaja yang kita nak. Contohnya, tutup application yang pelik dan tak digunakan macam chinese keyboard. Then, kita jugak boleh delete application yang kita taknak terutamanya apps yang datang sekali dalam device tu. Lagi pun, ada sesetengah apps yang hanya boleh digunakan lepas device itu di root. (nanti la buat post pasal ni). Sebab banyak sangat kelebihan dia.

          Masalahnya bila kita dah root, ada beberapa perkara yang tak syok didengar. Waranti device tidak boleh digunakan langsung sebab bila kita nak root ni, kita kena buat atas tanggungan sendiri. Lain la kalau banyak sangat duit, nak hantar pergi kat kedai. Then, ada yang cakap kalau dah root, virus senang nak serang. Tapi ada jugak yang cakap, virus ni boleh serang bila-bila je, tak kisah la device dah root ke belum.

          Sebelum tu, cara kat bawah ni hanya boleh digunakan untuk Galaxy Tab 2 sahaja. Sebab Mal baru je beli Galaxy Tab ni. Nak tengok post pasal galaxy tab Mal? Klik sini . Cara-cara dia senang je. 


1. Download software Odin

2. Download CF Auto Root (GT- P3100) , CF Auto Root ( GT-P3110 & GT-P3113 )       

3. Cabut tab dari komputer

4. Start Odin

5. Klik PDA, lepas tu cari CF Auto Root

6. Shut down tab. Lepas tu tekan power button dengan volume down serentak.

7. Connect tab dengan komputer

8. Pastikan repartition tidak di'tick'

9. Tekan start

10. Tunggu tab reboot

11. Selesai
Sebelum root



Selepas di'root'


          Kepada yang gunakan selain tab 2 ni, pandai-pandai la korang cari sendiri software untuk download tu. Kalau dah jumpa, cari sekali yang dah crack ataupun patch. Good luck semua!  

Broadband SKMM : Broadband mampu milik untuk semua

          Broadband SKMM? Apa benda tu? Kalau korang nak tahu, broadband SKMM ni adalah salah satu broadband yang boleh dikategorikan sebagai broadband mampu milik kepada semua rakyat Malaysia tak kiralah pelajar mahupun mahasiswa ataupun orang yang kerja makan gaji.

          Kenapa Mal cakap macam tu? Sebab sebulan hanyalah RM 25 sahaja dengan kuota sebanyak 1GB! Boleh tahan jugak la dan sememangnya berbaloi. Actually, broadband ni khas untuk orang yang perlukan lebih nilai dalam penggunaan internet especially student macam Mal. Takkan la seorang student yang takde sebarang pendapatan nak bayar mahal-mahal untuk internet kan? Lain la kalau kita ni anak orang kaya. 

          Sebenarnya, hari tu Mal ada google sikit tentang broadband ni sebab Mal ingatkan nak beli satu broadband untuk guna kat Jengka ni. Oleh sebab orang cakap yang line Celcom kat sini laju, so Mal pon google la sikit tentang pelan-pelan internet Celcom ni. Tiba-tiba, Mal jumpa pasal broadband SKMM ni. Masalahnya, broadband ni tak dijual kat merata-rata tempat. Hanya tempat-tempat tertentu sahaja(mengikut apa yang digoogle la). Bila Mal pergi bandar pusat je, ingatkan nak beli broadband SKMM Celcom. Last2 habis pulak. So terpaksa la beli broadband SKMM Maxis. By the way, line Maxis kat sini pun boleh tahan jugak walaupun kadang-kadang rasa macam nak campak je laptop ni.

Broadband SKMM MAXIs

          Untuk pengetahuan korang, setakat yang Mal dah google ni, broadband SKMM ni ada disediakan oleh Celcom dan juga Maxis. Telco yang lain tu, tak tahu la pulak. Kalau korang rajin, korang google la sendiri. Tapi rasanya sim celcom dah habis sekarang ni. Yang tinggal hanyalah maxis sahaja. Tak tahu la kalau korang bernasib baik pulak dapat beli sim kad Celcom kan?

          Lagi satu, waktu Mal beli sim kad ni, orang kedai ni ada cakap yang sim kad ni tak boleh buat phone call. Tapi Mal try okay je. Siap boleh receive call lagi. So whatsapp sememangnya boleh la. Dan satu lagi, bila kita dah habis kuota, kita tetap boleh surf internet lagi tapi macam biasa la. Speed internet kita akan dikurangkan. So, selamat ber'broadband' semua!

Surf internet tanpa iklan

          Siapa yang suka bila kita surf internet je, macam-macam iklan keluar. Benda-benda macam ni la yang membuatkan sesuatu page tu lambat loading. Bukan setakat lembap je malah menyemakkan mata yang memandang. Kalau dulu, bila Mal nak update blog je, berlambak-lambak iklan keluar. Tapi tu dulu la. Sekarang dah takde. Nak tahu macammana?

          Cara dia senang je. Macam biasa, bukak google.com Lepas tu, search Adblock Plus dan tekan je kat website dia. Sebenarnya Adblock Plus ni seperti add-on ataupun extension. Tetapi extension ni hanya menyokong pelayar web chrome, firefox, opera dan juga android. Kepada pengguna internet explorer sekalian, boleh lah gunakan adblock yang lain okay. Selamat blogging! 

adblock plus

Jerebu kini mula singgah di Jengka, Pahang

          Bila bangun tidur pagi tadi, solat subuh adalah perkara yang diutamakan. Lepas tu, sedar-sedar je dah terbaring atas katil. Hehe. Nak buat macam mana. Adat la mengantuk lepas subuh kan. Itu pun dapat tidur kejap je sebab ada Kemahiran Insaniah pukul 8 pagi. Rasanya, pagi tadi tak perasan pun jerebu ni sebab biasa la pagi selalunya memang berkabus. So Mal pun teruskan la perjalanan dan terus berkumpul. 

          Kitorang diberi rehat pukul 1.00 - 2.15 tengah hari. Bila dah rehat, Mal pun terus berjalan ke kolej. Tiba-tiba, waktu tu dah penuh dengan jerebu kat kampus ni. Perghh! Apasal pergi singgah sini lak jerebu ni? Kalau nak diikutkan, semalam takde pon jerebu ni. 'Diorang' baru datang kat Jengka hari ni. Ramai jugak la member Mal yang tension pasal jerebu ni.

          So, kepada penduduk-penduduk Jengka sekalian, terutamanya penuntut-penuntut UiTM kampus Jengka, kurangkan lah aktiviti luar ni. Kalau boleh duduk je dalam bilik sambil online. At least takde la terdedah dengan udara luar. XD

Facebook kini dengan fungsi hashtag

          Perghh! Setelah sekian lama tak online facebook ni, macam-macam diorang nak buat untuk upgrade kan facebook ni. Biasa la, takkan la facebook nak menyerah kalah dekat twitter kan? Tapi sori la facebook. Mal lagi suka online twitter. Bukan setakat loading yang laju tapi kat twitter ni sememangnya tak ramai saudara-mara, pakcik makcik kita yang ada twitter. Betul tak?

          Twitter ni memang terkenal dengan fungsi hashtag sebab senang nak tahu apa benda yang trending waktu tu. So sama je macam kat facebook. Fungsi hashtag kat facebook sama je dengan fungsi hashtag dekat twitter.

hasil screenshot

          Hehe. Kepada facebook, walau pon anda ada fungsi hashtag, saya tetap sayang twitter. K bye. XD

Apa fungsi power bank?

          Power bank? Apa benda tu? Mal konfem, mesti ramai yang dah tahu apa benda power bank ni. Mal lagi suka panggil powerbank ni sebagai portable charger. Sekarang ni dah ada banyak jenis dah kat pasaran. Tinggal untuk korang pilih je. Nak yang murah ke, yang mahal ke, yang berkualiti ke ataupon nak yang boleh pakai 2 - 3 bulan.

          Waktu dulu, Mal pernah beranggapan yang power bank ni tak penting pon sebenarnya. Iye la. Nak guna power bank buat apa. Charger kan ada. Buat apa nak susah-susah. Lagi pon charger ni 10 ringgit je. Tapi itu dulu la. Sekarang ni Mal berfikiran lain sikit. Terutamanya bila dah masuk universiti ni. Kadang-kadang kita takde masa untuk cas fon sebenarnya. Nampak macam pelik kan? Takkan la takde masa langsung? Masa itu ada tapi kadang-kadang nak pergi library lagi, ada aktiviti lagi pastu nak pergi bandar lagi. Selalunya memang tak cukup masa. Tu tak campur kalau plug point dekat bilik ni penuh. Sememangnya benda macam ni boleh mencabar iman kita.

          So, bila kita takde masa la kita kena gunakan power bank ni. Kalau kita tak sempat nak cas fon, lepas tu kelas pukul 8 pagi pulak, rilek je. Ambik power bank, cucuk usb pastu cas je fon kita. Memang la kita boleh cas kat bilik tapi kalau kelas kita straight sampai petang macam mana? Sanggup ke tak guna fon satu hari suntuk? Lagi-lagi pengguna tegar blackberry macam Mal yang sememangnya terkenal dengan kerajinan online tanpa mengira masa dan tempat.

Kecik je power bank ni.

          Sekarang ni dah banyak sangat promotion untuk power bank ni. Hari tu ada satu ekspo dekat uitm jengka ni. Dia siap buat promotion, beli satu power bank percuma satu power bank. Bayangkan la dengan RM 150, kita dapat sebijik power bank 13000mAh dengan 2600mAh. Perghh. meleleh jugak la air liur bila tengok promotion dia. Tapi masalahnya ada brand power bank yang kurang diyakini oleh Mal. Malas la pulak nak mention brand diorang kat sini. Kadang-kadang, power bank tu memang murah tapi kita kena fikir berapa lama power bank tu dapat berkhidmat dengan kita dan warranty dia ada ke tak. Takkan la kita nak pakai power bank tu 2-3 bulan je pastu campak dan esoknya beli baru. Kalau banyak duit boleh la tapi kalau kais pagi makan mcd kais petang makan kfc macam Mal ni lain cerita la. *lain macam pulak ayat tadi* Contohnya, Mal beli power bank 5300mAh dengan harga RM 199. Cuba korang bayangkan harga dia. Jauh beza kan? Sebab Mal nak beli barang yang berkualiti tinggi dan tahan lama.

          So, kepada yang nak beli power bank tu, bolehlah survey harga dulu. Pastikan kualiti dan yang paling penting tanya tentang warranty. Jangan kena tipu sudah. Takut merana di kemudian hari..

"Culture Shock" di universiti

          Perkara pertama bila dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke universiti, Mal mengucapkan Alhamdulillah dan bersyukur sangat2 sebab dapat ke menara gading. Iye la. Siapa yang tak bersyukur bila dapat masuk universiti kan? Tapi dalam kegembiraan tu, ada sesuatu yang Mal risaukan.

          Sebenarnya, 5 tahun Mal bersekolah di SMK Segambut Jaya yang mana asramanya 100% adalah lelaki. Dan pastinya dalam kelas semua sekali lelaki. Alamak. Macam mana ni? Bayangkan la bila dah 5 tahun tak pernah bercakap dengan perempuan. Kononnya macam jaga 'ikhtilat' la. Pastu tiba-tiba masuk universiti yang sememangnya akan satu kelas dengan perempuan. Perghh.

          Part paling best adalah, Mal jadi "class rep" a.k.a. ketua kelas la senang cerita. Bila dah jadi class rep ni, Mal kena bagi tahu semua maklumat pada satu kelas termasuk la kaum hawa ni. Tapi oleh sebab sifat malu yang bukan main tebal lagi dalam diri ni, nombor budak perempuan ada dua tiga kerat je kat dalam fon ni. Hehe. Apa punya teruk la class rep ni. Siapa suruh korang lantik aku.



          Perlantikan Mal sebagai class rep ni pon ada cerita dia yang tersendiri. Semuanya bermula sewaktu kelas bi. Waktu tu, lecturer bi tengah cakap tentang kertas untuk di fotostat. Okay. Seperti biasa, Mal cuma buat-buat tak tahu je. Tapi tiba-tiba, lecturer pergi dekat Mal dan dia cakap, "okay. awak tolong fotostat dan bagi kat satu kelas." Tapi dia cakap dalam bahasa inggeris la. Perghh! Memang terkejut gila waktu tu. So, Mal pon buat la tugas yang diamanahkan tu. 

          Hari esoknya pulak, diorang cakap kat Mal, "weyh! kau class rep kan?", Haha. Semestinya la taknak betul tak? Tapi bila dah ramai mintak Mal jadi class rep, Mal pon terpaksa la terima tugas tu. Takkan la nak lari satu uitm ni semata-mata taknak pegang jawatan class rep kan? 

          Class rep ni memang mengajar Mal banyak benda. Terutamanya dalam bab mengutip hutang la. Takkan semua benda nak harapkan kat penolong kan? Nanti orang cakap class rep takde kerja pulak. Okay la. Itu saje untuk hari ni. Assalamualaikum. :)
          

Kini aku seorang android user

          Alhamdulillah. Setelah penat mengumpul duit untuk sekian lama, akhirnya Mal berjaya mengumpul duit untuk membeli sebuah android devices. nak tahu ke jenis apa?

                         

          Hehe. Ia adalah Samsung Galaxy Tab 2 7.0 Harga dia agak mahal, iaitu RM 900 tapi agak berbaloi untuk sebuah tablet android yang berjenama. Internal memory dia sebanyak 8gb sahaja tapi tokey kedai tu  bagi Mal 8gb micro sd secara percuma. Bagi Mal, 16 gb tu dah cukup besar rasanya. 

          Waktu dulu, Mal paling benci tablet ni. Sebab tablet ni agak besar dan macam menyusahkan nak bawak. Tapi bila Mal fikir balik, dengan adanya tablet ni, lagi senang Mal nak surf internet lagi2 bila dah masuk universiti. Sebab takkan nak bawak laptop yang berat tu ke hulu ke hilir kan? Memang malas la jawabnya. 

          Untuk data plan dia, Mal gunakan Digi internet plan. Dengan RM 30 sebulan, Mal boleh surf internet dengan kuota sebanyak 600 mb. Memang la kuota dia sikit tapi cukup la untuk Mal yang guna internet just untuk online dan buat kerja sikit2. Yang bestnya, kat rumah Mal, line Digi memang super awesome! Senang cerita 5 bintang la Mal kasi. Tapi kat universiti ni line Digi agak slow sikit. Di harap Digi dapat menguatkan line internet korang terutamanya di institut pengajian tinggi. Sebab budak universiti zaman sekarang sememangnya perlu berjimat-cermat terutamanya dalam penggunaan internet.

          Hmm. Lepas ni boleh la buat post pasal android pulak. XD

Cara Unsuspended Akaun Twitter Yang dah Suspended

     Semalam, tiba-tiba ada seorang hamba Allah ni tweet dengan Mal. Dia tanya macam mana nak unsuspendedkan balik twitter yang dah suspended? Kat bawah ni hasil print screen conversation Mal dengan dia. Ada siapa-siapa lagi yang pernah jadi macam ni ke?


Kalau sekali je suspended, takpe. Kalau dua kali, faham-faham la.

     Memang betul, semua orang sayang akaun twitter masing2. Ada banyak cara yang boleh buat akaun twitter kita suspended. Takkan la bila twitter kita dah suspended, kita nak biar je? Lain la kalau kita ni baru berjinak-jinak dalam ber"tweet". So, apa-apa pon, jaga lah twitter masing. =)


Cara Print Tanpa Printer (macam mana tu?)

     Fuhh. Lama jugak tak update blog ni. Dah berbulan-bulan biarkan blog ni terkapai-kapai tanpa hala tuju. Haha. Nak buat macam mana. kat rumah takde internet. Nak update guna blackberry pulak rasa macam tak best sebab ada beberapa benda yang kita tak boleh buat macam update blog guna laptop. 

     So, hari ni Mal nak kongsi satu cara yang sememangnya berguna bagi Mal. "Print Tanpa Printer". macam pelik kan? Maksudnya, kita print sesuatu fail tu dan kita save kat mana2 kita suka dalam format pdf. Contohnya, macam Mal, kat rumah ada printer tapi internet takde. So, bila Mal singgah kat tempat yang ada wifi, kadang2 ada fail yang Mal nak print. Masalahnya, kalau Mal singgah kat Mcdonald, Mal nak print macam mana? Takkan la nak bawak printer ke hulu ke hilir pulak? So Mal pun gunakan kaedah ni dan save fail tu. Cara dia macam ni :

1. Download Do PDF software . Klik untuk pergi ke website.

2. Macam biasa la. Install dulu.

3. Dah install? Okay. Pergi ke website yang nak di print tu. 

4. Tekan print atau "ctrl + p"

5. Pilih printer "do pdf"


6. Lepas pilih, tekan print. Nanti dia akan keluar satu window untuk tentukan kat mana nak save fail tu serta nama dia.


     Okay. So sampai situ je la yang sempat di taip untuk hari ni. Mungkin lepas ni kalau ada benda untuk di post, Mal akan post. Sekarang ni nak tengok movie kejap. XD

Tutorial Lajukan PC Waktu Startup

         Semenjak dua menjak ni, laptop ni selalu pulak buat hal. Bukan main lama lagi nak start. Sakit pulak hati. Takkan la nak campak pulak laptop ni. Kalau memang bapak Mal ni CEO syarikat HP takpe la jugak. Hang sikit je terus campak. Besok boleh beli baru. So, kepada korang yang mempunyai masalah pc slow waktu startup, boleh la follow cara kat bawah ni :

1. Tekan start

2. Search "msconfig"

3. Tekan enter


4. Tekan startup dan disable program yang tak patut. Tapi jangan sampai disable program2 yang penting pulak!!


5. Dah siap? Tekan OK.



         Kalau boleh, tak payah la nak start semua program yang ada kat dalam pc tu. Kalau rasa sanggup nak tunggu 10 jam baru pc nak start up boleh la.. :)





Segmen Review Blog by Sabrina


Nak join? Klik banner kat atas ni.. :)



Segmen : Pencarian Bloglist Feb 2013


         Nak join ? Klik banner atas ni. p/s : hehe.. malas nak memekak panjang2.. :)

Tutorial Jadikan Handphone sebagai Modem (Bergambar)

          Perghh. Lama jugak tak update blog ni. Selama ni update blog semata-mata nak join segmen je. Tapi tiba-tiba hari ni terbukak pulak pintu hati ni nak update blog. Hehe. So kali ni Mal nak tunjukkan cara jadikan phone korang yang mahal2 tu sebagai modem. Dulu, Mal ada buat satu post untuk jadikan handphone sony ericsson sebagai modem tapi kali ni Mal nak tunjuk satu cara untuk jadikan modem bagi semua phine. Jangan risau. Mal letak gambar sekali.

1. Bukak network and sharing center


2. Tekan set up a new connection or network


3. Tekan connect to the internet


4. Pilih create a new connection 


5. Pilih Dial-up (sebab nanti kita kena dail)


6. Pilih jenis phone korang. Contoh : Mal guna phone Sony Ericsson


7. Haa. Ni bahagian yang penting. Kat bahagian "dial up phone number", korang letak *99#. Tak kisah la korang guna telco apa pun, celcom ke, maxis ke, digi ke, jangan risau. Semua kena dail nombor yang sama. Kat bahagian "Connection name" pulak, korang letak la nama apa yang korang nak e.g "Phone Modem".


8. Dah siap? Tekan la connect. Senang kan?

          Untuk jenama phone yang dah ada software macam "Blackberry Desktop Manager" dan "Sony Ericsson PC Companion", benda tu akan menyenangkan korang. Kalau takde ataupun malas nak install, bolehlah cuba cara ni. :)







Segmen Kumpul Followers 2013 By Hotmasakini


Segmen Kumpul Folowers-HOT MASA KINI


          Nak kumpul follower ramai2? Jom la join! :)

Aku Pun Nak Hutan Kabut Review


         Perghh. Mal akan berbangga kalau blog ni direview. Emm, best jugak kena review kan. Korang nak jugak? jom la join!! :)

Segmen Cabaran Mengumpul Blogger Seramai 1500!!


           Korang ada blog? Jom la join! Semoga hasrat untuk mencapai 1500 blogger tercapai. :)

Segmen Top Up by Blogger Emas Putih

Segmen Top Up by  Blogger Emas Putih.
Jom join ramai2!!

Segmen : Jom Tambah Follower Sebanyak yang Mampu



Kalian2 semua. Di sini ada satu lagi segmen untuk di join. Nak join jugak? Klik la banner kat atas tu. :)

Jom Tingkatkan Followers Sampai Lebam


Jumlah Followers Terkini : 100

Apa khabar semua?? Kali ni Mal join satu lagi segmen iaitu Segmen "Jom Tingkatkan Followers Sampai Lebam!! Jom la join cepat! Lagi ramai lagi bagos!! :)

Apa lagi? Klik la banner kat atas tu.. :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Awesome Photo Contest

         Bila bukak dashboard tadi, tiba2 ternampak pulak update dari sorang blogger ni. Tajuk dia adalah "Awesome Photo Contest". Kalau nak ikutkan hati ni, memang malas nak join. Tapi bila tengok tema contest dia, rupa-rupanya adalah friendship. Nak tahu kenapa Mal join? Sebab bila dah tamat dpm ni baru la rindu kat kawan2. Hemm. Rindu nak karaoke lagu jiwang sama2. 

Klik gambar ni. 
  

         Bagi Mal gambar ni memang banyak nostalgia kat kepala ni..

Kenangan berbasikal ke Tanjung Piai, Johor

          Ni la kawan2 Mal yang join sekali berbasikal ke Johor. Nak tengok lagi, klik http://ikmalfaiz.blogspot.com/2011/11/kembara-berbasikal-ke-hujung-benua-asia.html. #rindumembersekolah

Tutorial Test Antivirus Berfungsi Atau Tidak?

         Dah lama tak update blog ni. Bukan taknak update tapi masalahnya tak ada masa. Walaupun sekarang ni dah tamat SPM, takkan la nak duduk goyang kaki je kat rumah kan? Anyway, banyak perkara baru yang Mal dah belajar lepas SPM ni. Nak buat macam mana, waktu parent pergi kerja, Mal duduk dengan atuk & nenek. So, memang hari2 belajar perkara la. Orang kampung la katakan..

         So, hari ni Mal nak kongsi satu tips untuk nak tahu antivirus korang berfungsi atau tak? Sekarang ni dah banyak sangat antivirus yang di jual kat kedai2. Kadang2, kat stesen minyak pon ada. Perghh! Tapi masalahnya kita tak tau antivirus tu berfungsi sebaik mungkin atau tak. Nak tahu cara dia? Check it out :

1. Bukak notepad

2. Copy :

X5O!P%@AP[4\PZX54(P^)7CC)7}$EICAR-STANDARD-ANTIVIRUS-TEST-FILE!$H+H*

3. Save sebagai .txt (text document)

4. Namakan sebagai testvirus.txt

5. Apo laie? Scan la file tu!



Kalau antivirus korang berfungsi, dia akan detect file sebagai virus. Kalau tak dapat detect, senang je. BELI JE LA ANTIVIRUS LAIN!! :)

Segmen up follower dengan sepantas kilat II

    Ok. Hari ni Mal join satu lagi segmen iaitu Segmen Up Follower Sepantas Kilat. So, kepada siapa2 yang nak join amatlah digalakkan. Apa tunggu lagi? Klik la banner kat atas tu.. :)