"Segment : King Follow Back by Amercorner







Ok. Ni adalah satu lagi segmen untuk blogger. Kalau rase2 nak tambah followers, boleh la join.. :)


Segmen : Terjah Tahun Baru Aisyah Humaira


Ok. Mal nak join satu lagi segmen untuk blogger. Mal taknak taip panjang2. Yang pasti hadiah dia menarik. JOM LA JOIN SEKALI!! :)

Kelebihan Blackberry (2)

          Hari tu, Mal ada buat satu post tentang kelebihan Blackberry e.g bbm, fb dan twitter. Sebenarnya, banyak lagi kelebihan Blackberry yang ramai orang tak tahu. Antaranya :

1. Blackberry Apps World
Korang nak letak apps kat bb korang? Tak payah pening kepala. Search je kt Apps World. Kat sini, korang boleh tengok review dan screenshot sebelum download apps. Dia ada jugak My World. Di mana semua apps yang korang download ada kat situ untuk memudahkan korang.




2. Notification untuk apps update
Korang tak payah risau sama ada korang punya apps latest update atau tidak. Bila ada update untuk apps korang, akan muncul logo Apps World kat homescreen. Lepas tu, update la apps korang. Ini untuk memastikan korang sentiasa menggunakan apps yang terkini.




3. E-mel (electronic mail)
Mungkin ramai yang fikir emel ni hanya untuk orang yang dah kerja je. Rilek la. Sekarang ni, hampir semua orang terutamanya remaja ada akaun twitter dan facebook. So, mesti la korang ada emel yahoo / hotmail dan lain2. Korang boleh jugak setup email korang. Cara dia senang je. Klik email setup - pilih email provider - masukkan emel dan password - settle. Senang kan??




4. Auto - connect WiFi
Sekarang ni dak banyak wifi hotspot. Kita duduk kat kedai mamak pon dapat wifi. Apabila korang on wifi, phone korang akan automatic connect dekat wifi network tapi pastikan korang dah save dulu wifi profile. Bila dah connect, apo laie, online la puas2!!




5. All - in - one messages
Maksudnya adalah, semua emel, update untuk apps, sms dan macam2 lagi dikumpulkan kat satu tempat. Korang boleh jugak pilih untuk letak emel serta sms sahaja / emel dengan mesej facebook / macam2 lagilah yang korang boleh pilih. Pilih je yang mana korang nak.





Sebenarnya, Blackberry bukanlah handphone yang paling gempak. Kita kena ingat, setiap smartphone ada kelebihan dia sendiri. Takkan la Mal nak cakap yang android dengan iPhone tak gempak? Maybe lepas nie nak buat post untuk smartphone lain pulak. So, renung-renungkan post dia atas dan selamat membelek-belek Blackberry.. :)


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Cara Jadi Tweetfamous (konon) - Tingkatkan Follower Twitter

          "Eh, followers dia lagi ramai dari following la. Mesti dia ni tweetfamous." "Kau nak tahu tak, ni la si tweetfamous yang aku cerita dengan kau semalam." TWEETFAMOUS. Satu perkataan yang sentiasa disebut-sebut kat twitter. Ramai nak jadi tweetfamous dan nak followers lagi ramai dari jumlah yang difollow. Korang semua tak payah risau sebab memang ada cara dia. Cuma perlu masa je. Untuk menaikkan jumlah followers, korang boleh klik link kat bawah ni :








Bila dah klik dan tekan kat mana yang patut, jumlah followers korang automatik akan meningkat. TAPI KORANG KENA INGAT!! Korang jugak akan follow orang lain yang 99.99% dari negara lain dan tidak dikenali langsung. So, situasi win-win ni diamalkan dalam menambah followers ni. Fikir masak2 dulu..

LAGI SATU!! Jangan selalu sangat tekan link2 kat atas ni. Sebab, akaun twitter korang boleh suspended. Bila korang klik link tu, dia akan automatik tweet dan mention entah sape2. Kalau first time suspended, takpe sebab senang je nak unsuspended balik. Tapi bila 2nd time suspended, dia akan jadi leceh sebab kena hantar report kat twitter untuk unsuspendedkan balik. Lepas tu pulak, bukannya akaun twitter kita akan unsuspended dalam 2/3 minit tapi berhari-hari, silap2 berminggu-minggu. Bila banyak kali suspended, tak payah nak fikir apa2, buat akaun baru je sebab akaun twitter kita akan permanent suspended. So, kepada yang nak try boleh tapi jangan la ketagih sangat naikkan follower. Biar la kita tak hot kat dunia tapi jangan sampai kita HOT kat akhirat nanti sudah la.. :)


Padan muka. Kan dah suspended..



Entah ape2 la dia tweet..

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Segmen : Pencarian Blogger Baru



          Apa khabar semua? Err, sebenarnya ni kali pertama Mal join segmen. Segmen adalah khas untuk blogger2 baru dan kurang follower. Kepada mereka yang menepati syarat2 tersebut, jom la join! Apa tunggu lagi.. #malasnaktaippanjang2


Follower : 47

Blog kena hack? Apa kena buat?

          Adoi. Dah lame tak update blog ni. Nak buat macam mana, SPM punya pasal. Kena la korbankan masa sikit. Ada orang cakap, SPM ni bukan je bermaksud "Sijil Pelajaran Malaysia", tapi sebenarnya adalah "Sijil Penentu Masadepan". Emm, betul jugak tu. So, bila dah habis SPM je, tetiba de member hantar mesej, "Apasal ngan blog ko ni? Cam kene hack je?". Ingatkan dia buat lawak. last2......


ikmalfaiz.blogspot.com


          Haha. Ambik kau. Akhirnya terkena jugak deface. Thanks kepada JuniorHackerzCrew sebab deface blog ni. Dahlah waktu dia mesej tu Mal tak boleh surf internet. So, terpaksa la tunggu esok untuk online. Ingatkan teruk sangat. Rupa-rupanya diorang just deface je.. Bila Mal view page source, memang betul pon diorang tukar template. So, berbekalkan ilmu tentang blog yang sikit kat dalam kepala ni, Alhamdulillah berjaya jugak dapatkan balik blog ni. Kalau nak diikutkan, masa sebenarnya lebih kurang 15 minit je.. Tapi nak online punya pasal, blog ni diketepikan dulu. Haha. Bila dah berjam-jam online, baru la rasa nak menyelamatkan blog ni. So, thanks again kepada JuniorHackerzCrew. Kalau ada masa lagi, deface la lagi.. :p

Jom exchange link sambil blogwalking



   Tadi, Mal saje je blogwalking kat blog orang lain. Lantak la Mal kenal ke tak. Peduli ape. Asalkan namenye BLOGWALKING. Dalam hati ni menyirap je bila tengok blog2 yang cantik, stylo dan pelbagai lagi yang sewaktu dengannya. Adoi. Nak wat camne. Kalo dah takde bakat dalam bab2 menghias ni, memang buruk la blog tu. 

   Setelah penat 'mengexchange' link kat blog orang lain, Mal terjumpa satu cara yang mudah untuk exchange link. Setelah berfikir sebanyak satu kali, Mal bercakap sorang2 dalam hati, "baik aq letak widget ni kat blog aku..". So, Mal pun mengambil keputusan untuk meletakkan widget tersebut di blog Mal.


senang kan??

   Lepas ni, senang la nak exchange link dengan korang. So, jangan lupe tinggalkan link korang.. :)

Header blog yang baru

Fuhh.. Baru la nampak SKEMA.. Hehe..

   Amacam? Cantik tak header blog Mal yang baru? Sebenarnya, bukan Mal yang buat header ni. Ada kawan Mal  yang tolong. Kalau nak tunggu Mal yang buat, memang takkan siap la. Dulu, Mal pernah try nak buat header sendiri. Last2, header pon burok, mase pon terlampau banyak yang habis, pastu tension. Adoyai. Sakit hati je pasal header blog nie. Nasib baik Allah bagi petunjuk tentang manusia yang boleh tolong buat header. :)

Header yang lame. Buruk kan??

   Err, dah tersimpang jauh la pulak. Sebenarnya, entry ni Mal buat khas untuk ucapkan terima kasih kat dia. Tak tipu la, dia ni memang baik. Beliau adalah Fatin Farzana. Nak usha blog dia? Klik http://fatinfarzanaibrahim.blogspot.com/ . Dia memang suka edit blog orang. Kepada mereka2 yang rasa perlukan pertolongan dalam blogging, bolehlah im dia. InsyaAllah dia takkan tolak. Lastly, thanks to Fatin coz tolong buat kan header. Tak sia2 mintak tolong.. :)

Alya Najwa di kaca televisyen

     Ha! Mesti korang tertanya-tanya siapa Alya Najwa kan? Sebenarnya, dia tak la terkenal pun kat Malaysia ni. Dia sebenarnya adalah adik Mal yang sekarang baru darjah 2 di Sekolah Kebangsaan Kuang. Actually, muka dia keluar tv sebab Sejuta Impian. Mula2, sekolah tu takde court tenis. Pada suatu hari ada seorang coach bukak kelas tenis kat situ. Oleh sebab takde court tenis, so diorang just training kat tapak perhimpunan dan kadang2 kat dewan sekolah je. Sedih jugak bile tengok diorang training kat situ. So, setelah dapat duit dari Sejuta Impian, bermulalah pembinaan satu gelanggang tenis kat SK Kuang. Kepada sesiapa yang perasan iklan sejuta impian kt tv3, mesti korang perasan tentang pembinaan court tenis. Kepada yang tak tengok lagi, play je video kat bawah ni..

So, marilah kite ramai2 doakan supaya adik Mal menjadi seorang pemain tenis yang terkenal. Mane la tahu dia boleh jadi lai gempak dari Nicol Ann David ke?? Hehe.. :)

Cara mudah download video youtube ke format mp4 dan lain-lain (tanpa software)

Perghh. SPM dah dekat. Hati pon dah memekak suruh baca buku. Tapi, jauh di sudut hati, de pulak yang memekak suruh update blog. So, oleh sebab ada masa, Mal nak update blog jap la. Kali ni Mal nak bagi tips tentang cara2 download video dari youtube dan convert terus ke format mp4, 3gp atau flv. Cara dia memang senang. Tak payah guna software pun. 

1. Pergi ke youtube.com dan copy link url

2. Pergi ke savevid.com dan paste link url

savevid.com

3. Bila dah tekan download, pilih la mana2 format video yang korang nak. Tapi sebelum tu, pastikan ada java plug-in dahulu. Kalau takde, don't worry. ada link download kat situ.

So, kepada yang malas nak download video guna software, boleh la guna kan cara kat atas ni. Bagi Mal, cara ni memang senang. Leceh bile guna software nie.. :)

Tips untuk Blackberry supaya tidak lembap

Best jugak ada Blackberry ni. Macam2 benda boleh buat. Nak update status, nak tweet, surf internet, senang citer semua senang la. Kalau nak tulis satu2 kat sini, susah la. Bila dah pakai Blackberry ni, Mal terus surf internet pasal tips2 untuk Bb. Salah satu tips yang menarik perhatian Mal adalah tips menjaga Blackberry supaya tak lembap macam siput. Bagi Mal, tips ni memang penting. Takkan la bila Bb kita jadi slow, kita buat tak tahu je. Baik tak payah beli Bb kalau camtu. Kepada pengguna2 Bb sekalian, dipersilakan untuk mencuba tips2 di bawah:


1. Untuk 2-3 hari sekali, cabut bateri Bb korang lebih kurang 30 saat. Ini untuk buang semua sisa2 fail yang tak pakai waktu korang chatting atau pun browsing. Takkan la kita pakai Bb tapi tak chatting, tak surf internet kan? Betul tak?

2. Kalau rajin, buat hari2 Clear Event Log. Caranya dengan tekan ALT L G L G. Then, tekan button Bb menu dan tekan CLEAR LOG.

3. Jangan lupa untuk lakukan Cleaning Memory. Kalau rajin, nak buat hari2 pun takpe. Pergi OPTION, SECURITY OPTION, ADVANCED SECURITY OPTION, MEMORY CLEANING, tekan Bb menu dan klik CLEAN NOW.

4. Seterusnya adalah Host Routing Table. Tips ni boleh la buat 2-3 hari sekali. Kalau susah sangat, boleh set reminder kat phone. Pergi OPTION, ADVANCED OPTION, HOST ROUTING TABLE, tekan Bb menu dan klik Register Now.

5. Next, buat Diagnostic test dalam 2-3 hari sekali. Tips ni penting untk pastikan Bb kesayangan kita berhubung dengan operator, sama ada dari segi PIN, Register ataupun E-mail. Pergi OPTION, MOBILE NETWORK, tekan Bb menu dan klik DIAGNOSTICS TEST.

6. Follow blog ni.. (Err, sebenarnya takde kene mengene pun. Saje nak tulis panjang2)


So, kalau ada masalah Bb slow, hang, lembap ataupun jam, bolehlah try tips2 kat atas nie. Kalau Bb takde problem, nak try pun boleh jugak. Ok. Akhir kata, jangan malu jangan segan untuk try tips2 kat atas ni.. ;)

Post ini ditulis semula dari :

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Program Pengantarabangsaan SMK Segambut Jaya ke Tanjung Balai Karimun, Indonesia





Hari ni, Mal nak cerita sikit pengalaman Mal. Waktu 11- 14 Mei hari tu, sekolah Mal iaitu SMK Segambut Jaya membuat satu program pengantarabangsaan ke Tanjung Balai Karimun, Indonesia. Program ni sebenarnya adalah untuk menaiktarafkan sekolah Mal kepada sekolah kluster. Antara syarat2 untuk menjadi sekolah kluster adalah, sesebuah sekolah tu kena ada hubungan dengan sekolah di luar negara (kalau Mal tak tersilap). Jadi, sekolah yang paling dekat dari sekolah Mal antaranya adalah SMA Negeri 4 (BINAAN) Karimun dan SMA Negeri 1 Karimun, Indonesia.

Rombongan SMK Segambut Jaya mula bertolak dari sekolah pada petang Jumaat. Rombongan ni terdiri daripada lebih kurang 30 pelajar dan 15 orang guru. Semua peserta rombongan ni disumbatkan ke dalam 2 buah bas yang dikategorikan kepada bas lelaki dan bas perempuan. Kitorang melepak dahulu di Johor dan mula bertolak ke Indonesia pada hari Sabtu. (ada gaya pembaca berita tak?) . Kat Johor, macam2 aktiviti kitorang buat. Antaranya melawat kilang roti, membersihkan kubur, buat gimik basikal untuk sambut menteri, memekak, kena marah dan yang paling penting sekali adalah menunaikan solat fardhu..

Bila Sabtu petang, kitorang terus bergerak ke jeti kat pontian. Lama jugak kitorang kat situ. Bayangkanlah, bas parking dah la jauh. Basikal pulak kena bawak pergi ke jeti. Bila dah hantar basikal, kena patah balik untuk ambik beg. Adoi. Bukan main penat lagi waktu tu. So, Mal yang urat dawai tulang besi ni terpakse la angkut barang. Part yang best adalah bila Mal dan kengkawan pergi tolong cikgu angkat barang. Sebenarnya, kitorang ikhlas nak tolong cikgu. Tapi bile dah angkat barang, cikgu belanja kitorang air tebu sorang satu. Perghh!! Kitorang bersyukur giler waktu tu. Tekak dah la kering, tetibe cikge belanja air sejuk pulak. Bila minum je air tu, baru la rasa lega sikit.

Bila dalam feri, Mal rasa bangga sebab tak pernah fikir dalam kepala yang Mal akan peri ke luar negara dengan menaiki feri. Sebenarnya, waktu tu first time Mal melancong ke luar negara. Kat Indonesia, tak banyak sangat aktiviti yang kitorang buat. Selain melawat sekolah, kitorang cuma jalan2 membazirkan peluh, kayuh basikal dengan penduduk kat situ, buat bising dan kena marah (kena marah adalah salah satu perkara yang tak dapat dielakkan). Perkara yang paling tensen kat sana adalah waktu nak beli barang. Pening jugak kepala ni bila nak convert duit diorang kepada duit Malaysia. Duit diorang dah la besar. Memang mencabar akal dan minda. Tapi takde la susah macam jawab soalan add math : ) 

Bila last day, kepala Mal bertambah tension. Kitorang balik hari Isnin. Masalahnya adalah esoknya periksa. Dah la terpakse skip exam hari Isnin. Tapi Mal tak kesah sangat sebab Isnin exam add math. Mal dahlah jenis malas baca buku. Rasa macam menyesal jugak la sebab Mal tak baca buku LANGSUNG.. So, kepada mereka yang malas baca buku, janganlah jadi malas. Rajin2kan la baca buku. Bukan untuk orang lain, untuk diri kita jugak. Kalau kita berjaya, kita jugak yang bangga. Mak bapak kita cuma tumpang gembira je. Sampai sini je Mal nak kongsi hari ni. Rajin2kan la diri korang tengok gambar2 kat bawah ni.. :)


Waktu kat dalam bas

Baru sampai kat Hotel Pontian

Melawat kilang roti

Tengah cat kubur

Ni la muka2 rajin tolong orang :)

Saje tangkap gambar kat Hotel Karimun
On the way ke SMA Negeri 4 (BINAAN) Karimun
Kat depan kelas
Banyak kan piala diorang??
Kitorang di depan 'ANGKUT'
Waktu persembahan

Cara mudah update blog menggunakan Blackberry

Bb. Blackberry. Blog. Boleh dikatakan, due2 bnde ni antara bnde yang penting dalam hidup seseorang. Ramai orang zaman sekarang, tak kira la umur diorang berapa, sekolah rendah ke, sekolah menengah ke, dah kahwin ke, belum kahwin ke, yang menggunakan blackberry dan ada blog. So, hari nie Mal nak kongsi tips yang mudah untuk buat post menggunakan blackberry. Caranye hanyalah menggunakan emel sahaja.. Jangan nak wat2 terkejut lak. Karang de yang kene dsepuk, sia2 je hid0p.. :)

1. Login dahulu ke blogger.com

2. Pastu, pergi ke setting

3. Lopeh tu, pergi ke bahagian email & mobile





4. Kat bahagian 'email posting address', masukkan keyword yang korang nak kat tempat kosong tu





5. Bile dah habis buat post, hantar email kepada seperti yang termaktub di bahagian 'email posting address' tadi

Semua emel yang dihantar mempunyai signature a.k.a tanda tangan / tanda emel selepas ayat terakhir emel korang. Contoh signature adalah 'sent by digi from my blackberry smartphone'. Korang boleh gak tukar signature ni kalo korang nak. Kalo tak nak guna signature pun boleh jugak.

So, tu je yang Mal nak taip. Kepada blogger2 yang de bb tu, boleh lah cube tips ni, tu p0n kalo nak la. Kalo tak, sudah.. :)

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Kelebihan blackberry

Oit.. Ape khabar semue? Hari ni Mal nak cerita sikit tentang my first Blackberry. Waktu isnin hari 2, Mal pergi ke Pertama Complex, bet0l2 sebelah Sogo. Sebenarnya, niat Mal pergi kat sane adalah untuk beli Blackberry. Nak wat camner, dah tak tahan tengok ramai sangat pakai Blackberry. Pas2 biler Mal tanye , best x pakai bb? Diorang pon jawab, mesti la best. Adoi. Ni yang wat jiwa Mal memberontak untuk beli Blackberry ni. Setelah puas meronda2 dalan complex 2, akhirnya Mal beli bb yang paling murah iaitu m0del Curve 8520. Biler sampai kat umah je, Mal tr0s subscribe BIS. Setelah memakai bb untuk beberapa hari, baru Mal faham apsal ramai orang giler2 kan bb terutamanya remaja cam Mal. Bb ni memang ade banyak kelebihan yang kalau nak ditaip, sampai besok pon tak habis. So, Mal nak tulis sikit je kat sini.


1. Blackberry messenger (BBM)

Mesti ramai yang dah dengar pasal BBM kan? BBM ni memang bagus. Kite boleh chat dengan kawan2 kite secara percuma. Kalau nak chat guna sms, kite kene bayar tapi bile chat guna BBM, kite tak payah bayar. Apa yang kite kene buat hanyalah mintak pin bb kawan kite, add dan pe lagi chat la. Tapi sayangnya BBM ni hanya boleh digunakan untuk pengguna blackberry sahaja.



2. Social networking (facebook, twitter)

Zaman sekarang boleh kate semue orang de akaun facebook dan twitter. Kadang2, budak darjah 1 pon ade fb. Adoyai. Sesuke hati diorang je tipu umur semate-mate nak wat fb. Lantak la. Bukan de kene mengene dengan Mal pon. Ok. Balik semula kepada blackberry. Kalau kite gune apps 'facebook for blackberry' dan 'twitter for blackberry', semue notification akan terus dihantar ke fon blackberry kite. Notification 2 memang senang nak perasan sebab die ade dekat homescreen. Kepada kaki fb dan twitter sekalian, kalau dah gilakan fb dan twitter, beli je la blackberry. Mal konfem, korang mesti puas hati.



3. E-mel

Blackberry ni sememangnya direka khas untuk emel. Kepada pekerja2 office, kebanyakannya akan menggunakan software cam microsoft exchange dekat blackberry diorang. Tapi untuk manusia yang masih bersekolah cam Mal, korang boleh gak setting bb korang untuk emel yahoo, hotmail dan lain2. Biler ader je emel masuk, notification akan terus keluar dekat homescreen.



4. Update blog

Ramai orang zaman sekarang yang ade blog. Tak kesah lah blog peribadi atau tak. Melalui bb, kite boleh update dengan care yang mudah iaitu emel. Care dye senang je. Nanti kalo sempat Mal akan post tentang care2 buat post dari bb gune emel.

cara dia : http://ikmalfaiz.blogspot.com/2012/06/cara-mudah-update-blog-menggunakan.html


5. Fungsi auto on/off

Blackberry ni memang terkenal dengan bateri yang cepat k0ng. Lagi2 kalau kite ni kaki fb dan kaki twitter. Tapi jangan risau, sebab bb ni ade fungsi auto on/off. Korang boleh set sendiri mase bb korang untuk off dan on. Korang boleh set mase yang lain untuk weekday dan mase yang lain untuk weekend.



So, setelah beberapa hari Mal gunekan bb nie, banyak kelebihan bb yang Mal nampak. Akhirnya terjawab jugak soalan dalam kepale Mal, KENAPA RAMAI ORANG GUNA BLACKBERRY? Kepada mereka yang berniat nak beli bb, terus kan niat murni korang 2.. :)

Untuk post ni Mal ada buat sambungan. Nak tengok? http://ikmalfaiz.blogspot.com/2012/12/kelebihan-blackberry-2.html



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone




Cara uji kepantasan menaip

Adoi. Dah lame tak update blog ni. Baik tak payah buat blog je. Memang betul la ape yang orang kate. Hidup sebagai form 5 memang sibuk. Dulu, Mal tak pernah percaya, 'BETUL KE FORM 5 NI SIBUK??'. Tapi bila Mal dah alami sendiri, baru Mal percaya. Form 5 memang takde mase sampaikan nak update blog pon tak sempat. Tak caye? Tengok la blog Mal ni..

Jadi, oleh sebab Mal dah ade mase sekarang, walaupun sekejap, Mal tak peduli, nak update blog jugak. Mesti ramai antara kite selalu surf internet kan? Mal konfem, mesti ramai. Ada tak antara korang yang selalu battle dengan kengkawan, sape yang taip lagi laju? Mesti kite rase bangge kan bile kite dapat taip dengan laju dan dapat kalahkan member kite? Tapi masalahnya adalah, kite mesti ada 'jurulatih' untuk bimbing kite. So, antare 'jurulatih' nya adalah laman keybr.com dan type-fu.com


keybr.com

type-fu.com

Korang jangan risau. Dengan pertolongan 2 sifu ni, Mal yakin korang akan dapat berlatih dan menambah kepantasan menaip korang. Adios..


Games Cut The Rope di internet

Adoi. Tension gler biler tgk sepupu main game kat iPad. Tahu la korang ada iPad. Sumpah jelez. Sakit je hati nie bile tgk. Sebenarnya, hati ni rase cam best biler tengok satu game yang korang main iaitu Cut The Rope. Walaupun game tu game budak2, tapi bagi Mal game ni memang best. Sebab, kita kena fikir cara2 untuk masukkan benda dalam mulut katak tu. Hati ni rasa panas je bile tengok korang yang kecik2 lagi dah gempak main game ni. Dan memang bertambah panas la bila Mal tak dapat masukkan, tak pasal2kena gelak ngan korang. Cehh. Kalau dulu, memang takde can la Mal nak main game ni. Dah lah iPad pon takde. Takkan la nak berebut iPad dengan korang kot semata-mata nak main game je? Adoi. Jatuh la tahap kehenseman Mal nanti. 





Tapi takpe. Sebab sekarang game ni dah boleh main kat internet. Kepada mereka yang gila2 kan game nie cam Mal, korang boleh pergi ke cuttherope.ie. Tak payah susah2 nak beli iPad semata-mata nak main game ni. 

Mengikut apa yang Mal tahu, game ni hanya boleh di'play' kan kat internet explorer je. Tapi, biler Mal try kat Google Chrome, boleh pulak. So, apa tunggu lagi? Jom la main.. :)

Cara remove facebook timeline



Adoi. Pening pulak kepale ni bile tengok fb timeline. Apsal la dye tukar? Biar je la yangg lame. Lagi smart. Korang pon mesti pening jugak kan bile tengok fb timeline? Tapi korang jangan risau sebab ade care untuk kite semue tak payah susah2 memeningkan kepale kite untuk tengok timeline ni :


1. Pergi ke laman timelineremove.com





2. Pilih browser yang korang gune : e.g IE, chrome, safari...




3. Install file

4. Bile dah habis, refresh browser korang

5. Masalah timeline korang akan settle


So, lepas nie kite tak payah la nak memeningkan lagi kepala kite tengok timeline 2. Selamat mencube..

Cara jadikan phone sebagai wifi modem / router



Ape kaba sume?? Lame btol x update blog nie.. Ptot la pageviews pon cam x naek2 je. Bese la, taon ni dah form 5, nak blaja lagi, tuisyen lagi, nak ber'fb', ber'twitter' lak lagi.. Mane cukup mase nak wat sume 2.. 

K la. Malas nak memekak banyak2. Karang x pasal2 x de orang nak bace post ni. Ok. Hari ni tips yang Mal nak kongsi adalah cara nak jadikan phone korang sebagai wifi modem. Mesti korang tertanya-tanya macam mana nak wat kan??

First sekali, pastikan phone korang ada Wireless Local Area Network a.k.a. WLAN / WiFi. Then, surf internet, x kesah la dari phone ataupun komputer peribadi korang atau sape2 punya. Bukak web google.com. Seach JOIKUSPOT. 



















Sebenarnya, application ni untuk phone jenama Nokia dengan Samsung je. Tapi untuk pengguna phone2 jenama lain2 cam Sony Ericsson, don't worry. Korang pon snany boleh guna apps ni jugak.

Cam biase, bukak web google. Search 'joikuspot for (model phone korang). Contoh : JOIKUSPOT FOR VIVAZ PRO. Then, bila dah download, install apps 2 n enjoy..

Cara mudah convert video youtube ke format mp3 (tanpa software)

Apa khabar semua?? Adoi.. Penat la tahun ni. Macam2 benda kene buat. Nak wat cam mana, name pon form 5. Punya la sibuk sampai tak ade mase langsung nak update blog. Oleh sebab hari ni Mal ade mase (walaupon tak banyak), Mal tak peduli, Mal tetap nak post jugak. HAHA!!

K. Hari ni Mal nak bagitahu tips yang maybe ramai dah tahu. Tapi Mal pedulik ape. Oleh sebab nie blog Mal, so sukati Mal la nak letak ape. Kalo rase dah tahu tentang tips ni, tak payah susah2 nak bace post ni. Layan fb lagi bagus. Mesti ramai antare korang yang selalu bukak web youtube.com kan? Dan part yg paling best adalah bile korang terpakse b'susah payah gunakan pelbagai software untuk download lagu yang korang suke? Don't worry. Sebenarnya ada cara yang senang.

1. Pergi ke youtube dan copy url

2. Pergi ke laman youtube-mp3.org

3. Masukkan link dan convert





Amacam? Senang tak? Bagi Mal, care ni lagi senang dari gunakan video converter dan care2 yang lain. So, enjoy.. : )

Cara update status kosong di facebook

Salam sume. Hari nie Mal nak bagitahu tips sikit. Mesti ramai di antara korang yang rajin update status kat fb kan? So hari ni Mal nak bagi cara yang lain dari yang lain untuk korang update status.

Korang pernah x terpikir untuk update status kosong kat fb? Kalo terpikir pon mesti tak boleh kan? So kalo korang degil dan nak wat gak, follow step kat bawah nie :


1. Tulis kod nie:

   @[0:0: ]
   @[0:0: ]
   @[0:0: ]

2. Paste kat ruangan update status dan post kan..




Dan korang akan nampak status yang kosong akan diupdate. Enjoy.. (Sori.. Mal dah disable copy)

Cara jadikan laptop sebagai modem wifi

K. Hari ni Mal nak kongsi tips sikit. Cube bayangkan dekat rumah korang hanya ada satu modem. Tapi yang nak gunakan internet ramai pulak. Adik beradik korang sume ade laptop, phone pulak bukan main canggih lagi siap ade wifi pulak 2 tapi modem ade satu je. Bile dah macam 2, ape lagi, mesti sume berebut nak gunakan internet betul x?

So, Mal nak bagitahu sikit. Kepada mereka yang menghadapi masalah2 seperti di atas, korang boleh download software CONNECTIFY. Korang boleh search kat google atau klik kat sini untuk ke page download CONNECTIFY.






Software ni akan menjadikan laptop korang sebagai modem wifi. Korang boleh set kan name wifi sendiri cam CONNECTIFY-MAL SKEMA. Password pon boleh set gak untuk memastikan x de sape2 rembat wifi korang.

So, pe tunggu lagi? Download la sekarang.. 

Update status fb 'via blackberry' guna komputer



Salam. Ape kaba sume? Snany, Mal nk kongsi tips cket. Korang pernah tgk x, kengkawan korang update status kat fb. Then kuar kat bawah 2, VIA BLACKBERRY. Mesti korang jelez kan. Haha. Mal pon jelez gak. 

Korang nak wat cam 2 jugak? Tapi xde blackberry? Don't worry. Hari 2 mal dah ade jumpe satu care untuk update status fb via blackberry. Kalo korang nak wat jugak, follow step2 kat bawah nie :


1. Klik sini. (link nie akan bawak korang ke ahaks.com)

2. Tuliskan perkataan Blackberry di ruangan 'i want status via'. Kalo korang nak via lain, tulis la pe bende yang korang nak cam nokia 3310 atau iphone.

3. Tulis status korang dan share kat facebook. Korang akan nampak status korang telah diupdate melalui via 'pe yg korang pilih'.




So, lepas nie korang boleh la berlagak ngan kengkawan. Cam nie baru best. Cube bayangkan korang update status fb via blackberry or iphone. Perghhh. Silap ari bulan, ade kawan korang cakap kat korang 'weyh, pe pin bbm ko?'. Haha. So, enjoy..

Cerita sedih

   



Bermula ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu selepas Dia dilahirkan. Selepas itu bapanya menjadi terlalu workaholic dan tak Kahwin2 lagi. Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun cuma tinggal bersama pengasuh je.

Lepas Tadika, sementara member2 lain dah ada basikal, dia masih berjalan kaki. Pengasuhnya mengadu kepada bapanya.... "Tuan, tak kesian ke dgn anak tuan? Dia Tak ada basikal...apa tuan tak segan?" Lantas...... . si bapa memanggil si anak, ditawarkan beskal yang macam mana dan si anak cuma bagitau, "Tak payah susah2 la papa, belikan je saya bola itam dan bola putih ..."Hek eleh takkan macamtu kot? Bingung si bapa. "Kenapa bola itam dan putih? "Tak perlulah saya terangkan kenapa. Kalau papa ada duit, belikan itu jew. Bila ingatkan si anak tak pernah meminta2, so bapanya terima je. maka dibelikanlah anaknya itu basikal model terbaru dan terkini masa tu, yang paling canggih, ditambah dgn bola hitam dan bola putih.

Masa berlalu kemudian si anak masuk Sek.Rendah. Lepas itu musim kasut roda. Sekian lama si pengasuh perhatikan, budak tu tak pernah minta bapanya membelikan kasut roda untuknya. Tiap2 petang dia cuma duduk2 je. Basikalnya disimpan di dlm stor..Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya lagi kepada si bapa. Kemudian si bapa memanggil anaknya lagi. "anakku, kamu tak nak dibelikan kasut roda macam kawan2 kamu? Apsal tak bagitau kat Papa?. No problem setakat beli kasut roda je...". Si anak menjawab,"Tak perlulah papa, bola hitam dan bola putih saya dah rosak.. Kalau boleh papa beli lagi k..tak payah lah beli kasut roda. Lagipun ianya jauh lebih murah berbanding kasut roda, kan papa?" Si bapa geram . walaubagaimanapun, si bapa tetap belikan anaknya kasut roda, ditambah bola hitam dan bola putih.

Selang beberapa tahun, si anak masuk Sek.Men. Cerita sama berulang. Sekarang kawan2nya main permainan lain- main roller blade. musim rollerblade melanda kawasan tempat tinggal nya. Trend baru.... Sementara tu, budak lelaki tersebut masih setia dengan kasut rodanya... Lepas bapanya pulang dari luar negeri dan terlihat anaknya yang masih pakai kasut roda, si bapa jadi malu sangat2. Teruk betul, rumah macam pusat beli belah, syarikat banyak, keluar negeri lagi tu...........Tapi anak lelakinya ketinggalan zaman. Keesokkan harinya, dalam bilik anaknya sudah ada sepasang roller blade baru bersama secebis nota: "Biar kamu tak malu". Pada malamnya, terdapat secebis nota balasan di ruang kerja si bapa. Nota tersebut berbunyi: "Papa, Kenapa tak belikan bola hitam dan bola putih? Saya lebih sukakannya." "Haaah,, si bapa mengeluh serta bingung selepas membaca nota itu. Apalah istimewanya bola itam dan bola putih!!? Keesokkan hari dan seterusnya lagi si bapa berkali2 ditinggalkan nota sebegitu...hingga dia tak tahan dan terus membelikan anak lelaki nya bola hitam dan bola putih untuk kesekian kalinya. Benar, setelah mendapat bola hitam & bola putih tu, si anak tidak lagi mendesak bapanya.. Secebis nota juga ditinggalkan di ruang kerja si bapa.. "trima kasih byk2 papa kerana belikan saya bola hitam dan bola putih"

Masa berlalu.... Ketika di Sek Men, yang jaraknya agak jauh, si anak masih berulang-alik dengan bas, member2nya sudah ada yang membawa motor dan kereta ke sekolah... Suatu hari, ketika bapanya ada di rumah, si anak dihantar pulang oleh membernya dengan motor Harley Davidson color biru laut. Si bapa menjadi sangat malu. Anaknya bukan 4, bukan 3,...2 pun tidak. Itulah satu-satunya anaknya. Itupun tidak dibelikan motor untuk kesenangan anaknya! Maka ditawarkan Anaknya untuk dia membeli sebuahmotorsikal. Si anak menolak tawaran ayahnya dengan alasan motor kurang praktis, lagipun si anak cuma inginkan bola hitam & bola putih sahaja! Si bapa tidak dapat menerima penolakan itu. Kerana anaknya dah beso panjang, boleh berbincang. Akhirnya tercetus keputusan dimana si anak dibelikan motorsikal, ditambah pula dgn bola hitam dan bola putih semestinya!! .






Tetapi si bapa masih kesal........ Kesal kerana sudah beberapa tahun dia belikan anak lelakinya bola hitam &
bola putih tetapi tidak tahu kenapa anaknya begitu memerlukan sebiji bola hitam & sebiji bola putih! Dan Si anak pula tak pernah bagitahu kenapa dan mengapa dia amat memerlukan bola hitam & bola putih...
Sehingga tibalah masa untuk anaknya melanjutkan pelajaran ke Universiti. Kerana gembira dan bangga anaknya dapat masuk Universiti, si anak dihadiahkan oleh si bapa sebuah kereta Ferrari keluaran terbaru.

Akan tetapi, sehingga beberapa bulan si anak masih lagi menaiki motoooor je. Sehingga aweknya juga turut bingung- kan ke dia ada ferrari? kenapa naik motoooooor jeeeee.. Bila ditanya, maka dijawab budak lelaki tersebut: abis bapanya tak belikan bola hitam bola putih. Tak faham perasaan anak sendiri!

Suatu hari si anak mengajak aweknya makan malam bersama dgn bapanya. So, selepas makan malam tersebut si awek mengambil kesempatan untuk bertanya kpd si bapa, kenapa pak cik tak belikan bola hitam bola putih? Si bapa terkedu kerana dia sebenarnya sensitif dengan bola2 tu..huh..sampai awek anak aku pun
tanya...bila si bapa menanyakan si awek semula kenapa soalan tu yang di tanya?. Si awek pun bagitau, anak
lelakinya tidak akan sekali kali menyentuh Ferrarinya selagi tidak diberi bola hitam & bola putih!!

Si bapa bingung, di ruang bilik anaknya sudah begitu banyak bola hitam & bola putih. Nak buat apa lagii..., fikir si Papa. Tapi demi memelihara imejnya di hadapan awek anakmya itu, maka esoknya sudah ada bola hitam & bola putih buat anaknya.

Suatu hari si anak membawa aweknya ke tempat peranginan yang berbukit bukau menaiki Ferrari untuk brsiar2.. Yelah, anak muda kan , ketika tenang memandu si anak dicium aweknya dan dia jadi gelabah dan terus accident!!! Mereka segera dikejarkan ke hospital dan si bapa juga dimaklum oleh pihak polis tentang perkara tersebut. Keduanya cedera parah kerana mereka tidak memakai seatbelt, si awek mati dalam perjalanan ke hospital dan si anak tenat. Si bapa tiba di Hospital.."macam mana doktor, anak saya?" Doktor (dengan simpati dan penuh duka cita) :"Maaf Encik, kami telah berusaha sedaya upaya.. tetapi terserah kepada Nya.. sebaiknya Encik manfaatkanlah waktu2 terakhir bersama anak encik.."         
 

Perlahan si bapa masuk, mendekati anaknya. "Papa, maafkan saya..tidak berhati hati semasa memandu.." si anak juga menangis kerana aweknya tak dapat diselamatkan. Si bapa cuba menenangkan dia....akrablah dua manusia itu beberapa saat. sehingga si bapa beranggapan ini adalah saat pertemuan terakhir antara dia dan anak lelakinya... . Dia teringat kembali persoalan yang selama ini sering bermain di benaknya dan keinginannya untuk mengetahui tentang "mengapa anaknya selama ini selalu minta bola hitam bola putih"

"Nak, maafkan papamu kerana selama ini papa selalu sibuk.. sehingga kamu sering kesepian..maafkan papa, nak.. Papa tak berkesempatan untuk menjadi ayah yang baik."

Anaknya menjawab dalam keadaan lemah,"tak mengapa papa, saya faham.. Cuma saya kecewa disebabkan papa ada kemewahan, papa belikan saya macam2.... saya cuma minta bola hitam dan bola putih je kan ?" Si bapa rasa timing jawapan untuk persoalannya sudah tepat.., "KENAPA KAMU SELALU MINTA BOLA HITAM & BOLA PUTIH ANAKKU... ADA APA DENGAN BOLA2 ITU SEHINGGA IANYA BEGITU BERERTI BUATMU?" (korang pun nak tahu kan...?)

Si anak menjawab dengan nada terputus putus kerana sudah tidak dapat bertahan dan masanya sudah hampir tiba.... "sebabnya .........saya.. saya.... saya...."

*hep* Kepalanya perlahan lahan rebah dan hembusan nafasnya hilang. Si anak sudah meninggal sebelum sempat memberitau bapanya tentang bola hitam & bola putih.

Tengok, si bapa yang selalu hidup bersama anaknya pun tak tau...apalagi Mal yang cuma copy dr org laen, lagi la tak tau ape ape... MACAM MANA NI? Kecewa jugak nih. Isk!Isk! Isk!........ ...Rasa macam nk tumbuk je orang yg mula2 wat citer nie. Pe lagi? Share la citer nie kat fb korang. X kn korang nak terkene sorang2 je. Btol x?