BBM Chat Untuk Android dan Iphone

          Fuhh. Penat jugak nak tunggu apps BBM Chat ni keluar untuk android. Bila Mal search apps BBM Chat kat Google playstore, apps ni memang ada tapi semuanya fake. Bila Mal scroll TL kat twitter, rupa-rupanya official apps untuk bbm kat android ni google tak keluarkan lagi sebab taknak bagi bbm jadi top apps kat playstore. Tak tahu la pulak kenapa Google nak buat macam tu.

          Bila install je bbm kat galaxy tab, perghh! Seperti yang dijangkakan, kelajuan bbm ni memang tak dapat nak disangkal lagi. Ada jugak yang cakap, bbm ni lagi jimat battery daripada whatsapp. Whatsapp guna 8% bateri tapi bbm cuma guna 2% bateri je.

          Oleh sebab official apps untuk android tak keluar lagi, yang ada hanyalah download link dari internet dalam bentuk fail apk. Kepada yang tak download lagi boleh la klik link sebelah ni. (LINK) Kepada iphone users pulak, boleh la download kat apps store. Ye la. Iphone mana boleh nak download kat internet camtu je kan. Ada yang kata server maybe down sebab ramai sangat download. Apa-apa pun, selamat install semua!

Candy Crush Cheat and Trick

         

          Emm, mesti ramai peminat-peminat tegar Candy Crush selalu nampak gambar kat atas ni kan? Biasa la. Bila asyik selalu mati je, kena la tunggu masa untuk dapat nyawa balik. Bukan sekejap, satu nyawa je dah lebih kurang 30 minit. Nak tahu tak macam mana nak dapat balik nyawa full tanpa nak buang masa lama-lama?

          Cara dia senang je. Pergi kat setting. Tekan kat bahagian date and time. Lepas tu disable automatic time update. Pastu pulak set time korang ke depan sikit. Set cepat tiga jam pon boleh jugak. So bila korang bukak balik je candy crush, dah boleh main balik dah. Siap full lagi nyawa tu. 

p/s : candy crush bukan sahaja menjadi games untuk perempuan malah mat rempit seluruh malaysia. XD