Review YES 4G unlimited prepaid internet speed test

          Aku perhati je sekarang ni, boleh kata kat semua tempat ada iklan Yes 4G ni. Masalahnya, betul ke laju line 4g ni? Bukak youtube lag tak? Boleh ke nak stream video full HD? Takpe, korang semua relax je. Korang tak payah susah2 nak beli simkad baru semata-mata untuk try line Yes 4G ni sebab aku akan bagitahu pasal pelan ni.

          
SERIES LA 20 GB !!
          Tu korang tengok tu. Betul ke dia bagi 20 GB? Ni aku ambil sendiri dari websites Yes 4G tau. Dah la harga murah. RM 30 je kot. Kalau korang pakai Celcom punya prepaid, dengan harga macam tu korang cuma boleh dapat 5 GB je. Aku malas nak cerita pasal Yes punya postpaid sebab bagi aku speed untuk prepaid ni pun dah cukup power dah. 


          Tu nampak tak tu total berapa gb? Promotion ni aku tak pasti la sampai bila. Sebab patutnya untuk RM 30, kita cuma akan dapat 10 GB je tapi sebab sekarang tengah promotion, tu yang diorang bagi extra 10 gb. So, selagi ada promotion ni, ayuhlah kita pakai prepaid ni ramai2. Biar telco lain semua pakat turun harga jadi murah camni jugak. 

           Ni pulak speedtest yang aku dapat dekat area seksyen 7 Shah Alam. Kalau betul la promoter Yes tu tak kencing aku, actually speed untuk prepaid dia dah capped dekat 3 mbps dan untuk postpaid pulak dia capped dekat 4 mbps, 7 mbps dan unlimited speed. Tapi bila aku buat speedtest untuk prepaid, selalunya memang aku akan dapat speed lebih dari 3 mbps. Kalau korang dalam coverage yang padu, boleh dapat atas 10 mbps. Ye betul aku tak tipu sebab aku pernah buat speed test area Sungai Buloh dan aku dapat 11 mbps. Tapi takkan la semua benda aku nak screenshot pulak kan?

          So, apa yang aku boleh concludekan, kalau student area UiTM Shah Alam tu, boleh la tukar pakai Yes 4G ni. Murah pun murah. Speed pun power. Cuma masalahnya, ada certain phone yang tak support simkad dia. Aku malas nak tulis sini. Pandai2 la ea korang google.


Cara main tipu pokemon go untuk android

          Haaaaaaa mesti ramai nak tahu kan macam mana nak main tipu game pokemon go ni? Game ni memang best tapi masalahnya bila nak pecahkan telur tu kena berjalan dan tak boleh naik kereta. Haa bab tu yang tak best tu. Kalau naik motor memang boleh tapi kena slow2 dalam 20 km sejam je. Tapi kalau naik moto camtu memang tak pasal2 kene hon dari belakang sebab ngengade bawak moto slow demi pokemon .

          Sebelum korang nak baca post ni sampai bawah, aku cuma nak ingatkan yang tips ni hanya untuk korang yang pakai fon android selain zenfone sahaja. Kalau korang pakai zenfone macam aku, boleh la abaikan apa yang aku taip ni. Takpun korang campak je zenfone korang pastu beli samsung s7 edge.

          Nak tahu kenapa zenfone tak boleh guna tips ni? Sebab apps xmodgames ni tak support kat device yang guna processor intel. Dan device yang guna jenama intel hanyalah telefon berjenama asus howemjiiiii sedihnya asus tak boleh pakai xmod 

          So sebelum korang install apps xmodgames ni, yang pertama fon korang kena di-root dulu. Nak tahu apa benda root tu? Boleh la google dulu macam mana nak root dan apa kelebihan dan kekurangan dia. Jangan cakap macam mana nak google. Yang aku tahu pokemon go ni orang dah besar je yang main. Kalau assignment pun korang reti nak copy paste, takkan la nak google pasal root android pun korang malas kan?

          Ye betul root ni memang ada jugak kekurangan dia. Tapi kekurangan dia aku taknak sembang kat sini. Yang pasti bila korang dah root, boleh la install apps xmodgames ni. Lagi sekali, yang pakai zenfone takyah la sibuk nak root. Sebab kalau korang root pun, apps xmodgames tu bukan boleh install pun kat fon zenfone hahahahhahahasedihsebabakupunpakaizenfonejugakhahahahahah. Nak install xmodgames tu, boleh la cari apk kat google. Ye betul nak main tipu ni kita kena rajin google. Baru senang nak menipu. So, selamat bermain pokemon go aku ucapkan. Cari pokemon leklok. Jangan sampai eksiden pulak ye.

Tahniah Dato Lee Chong Wei di atas pingat perak di Olimpik Rio 2016

          
          Memang tak dapat disangkal, Dato Lee Chong Wei ni dia punya power main badminton tu memang lain macam. Walaupun dia dapat pingat perak dan bukan pingat emas tapi cuba cakap sape yang boleh main power cam dia tu woiii! Kena smash pun lekk je amek sumpah memang power ter0xx. Aku ni lagi la. Nak smash pun tak reti.

          Walaupun mungkin ramai yang menjangkakan yang Dato Lee Chong Wei bakal bawak balik pingat emas sebab dah berjaya kalahkan musuh tradisi dia Lin Dan semalam, Tapi tu la. Orang cakap kalau takde rezeki nak buat macam mana. At least ada la jugak pingat waktu olimpik terakhir beliau kan. Pasni tak dapat dah tengok legend2 badminton kat sukan olimpik lagi 