Cara main tipu pokemon go untuk android

          Haaaaaaa mesti ramai nak tahu kan macam mana nak main tipu game pokemon go ni? Game ni memang best tapi masalahnya bila nak pecahkan telur tu kena berjalan dan tak boleh naik kereta. Haa bab tu yang tak best tu. Kalau naik motor memang boleh tapi kena slow2 dalam 20 km sejam je. Tapi kalau naik moto camtu memang tak pasal2 kene hon dari belakang sebab ngengade bawak moto slow demi pokemon .

          Sebelum korang nak baca post ni sampai bawah, aku cuma nak ingatkan yang tips ni hanya untuk korang yang pakai fon android selain zenfone sahaja. Kalau korang pakai zenfone macam aku, boleh la abaikan apa yang aku taip ni. Takpun korang campak je zenfone korang pastu beli samsung s7 edge.

          Nak tahu kenapa zenfone tak boleh guna tips ni? Sebab apps xmodgames ni tak support kat device yang guna processor intel. Dan device yang guna jenama intel hanyalah telefon berjenama asus howemjiiiii sedihnya asus tak boleh pakai xmod 

          So sebelum korang install apps xmodgames ni, yang pertama fon korang kena di-root dulu. Nak tahu apa benda root tu? Boleh la google dulu macam mana nak root dan apa kelebihan dan kekurangan dia. Jangan cakap macam mana nak google. Yang aku tahu pokemon go ni orang dah besar je yang main. Kalau assignment pun korang reti nak copy paste, takkan la nak google pasal root android pun korang malas kan?

          Ye betul root ni memang ada jugak kekurangan dia. Tapi kekurangan dia aku taknak sembang kat sini. Yang pasti bila korang dah root, boleh la install apps xmodgames ni. Lagi sekali, yang pakai zenfone takyah la sibuk nak root. Sebab kalau korang root pun, apps xmodgames tu bukan boleh install pun kat fon zenfone hahahahhahahasedihsebabakupunpakaizenfonejugakhahahahahah. Nak install xmodgames tu, boleh la cari apk kat google. Ye betul nak main tipu ni kita kena rajin google. Baru senang nak menipu. So, selamat bermain pokemon go aku ucapkan. Cari pokemon leklok. Jangan sampai eksiden pulak ye.

No comments:

Post a Comment