Cara masuk developer mode untuk zenfone selfie

          
          Penat jugak la dari semalam aku fikir macam mana nak masuk developer mode kat fon ni. Kalau fon dah memang root awal2, senang je nak masuk developer mode. Masalahnya warranty fon tak habis lagi takkan nak root kot rugi doeeee 

          Cerita dia camni. Ni semua pokemon go punya pasal la ni. Oleh sebab xmod tak boleh guna kat zenfone, so aku try la cari cara untuk main tipu untuk pokemon go ni. Salah satu cara nak guna aku pakai fake gps.

          Masalah fake gps ni pulak, kita kena masuk develepor mode sebab kita kena allow mock location. Tapi takpe sebab bila install apps tu, bila dia mintak permission je, dia memang automatik masuk developer mode. Cuma dia akan menjadi masalah bila korang dah uninstall fake gps tu dan nak off kan allow mock location tu sebab bila dah allow, nanti dia akan ganggu gps fon korang. Dan bila aku nak off tu, time tu la aku pening howemjiiiiii camne ni shell nak untick balik allow mock location.

          Tapi korang lekk luu jangan risau. Cara dia senang je. Korang bukak setting. Bukak about. Bukak software information. Pastu tekan banyak kali kat build number tu. Lebih kurang dalam 7 kali macam tu la. Tekan sampai dia cakap dah become a developer. Pastu tutup setting. Pastu bukak balik dan nanti akan nampak developer options dekat bahagian setting system tu. So dah boleh untick allow mock location dan teruskan bermain pokemon go secara jujur dengan tenang.


1 comment: