SYM Sport Bonus 110 SR akhirnya menjadi milikku

          Apa khabar semua? Lama betul tak update blog ni. Dah lebih setengah tahun jugak la rasanya. Dah lama tak bercerita kat blog ni. So hari ni Mal nak share sesuatu dengan korang bagaimana Mal boleh dapat motor ni secara tak sengaja.

Bae :*

          Haaaa cuba tengok kat atas tu. Amacam? Cantik tak? Oleh sebab ni Mal punya motor, op kos la Mal cakap cantik. Kahkahkah. Ok cerita macam mana Mal dapat motor ni macam ni sebenarnya. Untuk semester 3, Mal kena pindah kampus dari UiTM Jengka, Pahang ke UiTM Pasir Gudang kat Johor tu. Kat pasir gudang tu kampus baru sebenarnya. Dan satu masalah yang besar tetibe pulak muncul iaitu kitorang kena duduk luar dan kolej tak disediakan. Bila dah duduk luar ni, memang susah nak hidup kalau takde transport sendiri. Memang la boleh kalau kita menumpang orang tapi kalau setiap masa nak menumpang pun tuan punya kenderaan pun boleh naik angin.

          So sebelum cuti mid sem hari tu, kira lebih kurang seminggu sebelum cuti raya aidilfitri, kakak Mal yang agak disayangi ni pun wasep la secara mengejut. Dia tanya macam mana duduk luar? Transport ok ke tak? Oleh sebab Mal ni jujur orangnya, so Mal pun cakap la, "hari2 asyik pergi kelas lambat je. Sebab lima2 orang semua naik satu kereta. So bila sorang lambat kira semua orang lambat la". Bila dah cakap macam tu, kakak Mal pun bising, kenapa tak cakap kat abah. Nanti boleh mintak motor satu. Dan Mal pun cakap balik, "abah dah cakap yang abah takkan beli motor sebab pointer rendah. Karang kalau beli motor nanti pointer makin terok." Then kakak Mal cakap tengok la nanti macam mana.

          Dua hari kemudian, Mal pun sampai la di rumah yang tercinta di selangor sana tu. Family Mal memang jenis berbuka puasa dengan atok dengan nenek dengan pakcik makcik sepupu semua satu rumah sebab rumah semua dekat2 dan nanti senang nak kemas. So macam biasa, tunggu maghrib, berbuka, solat, duduk, berborak, tengok tv dan lepas isyak tu terus balik. 

          Bila time dah habis sahur, betul2 kat meja makan tu, tetiba bapak Mal yang tersayang ni keluarkan soalan, "patut ke beli motor?" pergh nasib baik tak tercekik tulang ikan salmon time tu. Jawapan Mal adalah, "patut kot. sebab penat asyik pinjam kete orang je." Dan bapak Mal membalas, "hemm nanti tengok la tengah hari nanti. Lepas zohor siap2 pastu terus pergi kedai motor." Dan waktu tu rasa hepi gila barbie macam nak melompat je dari meja makan tu.

          Dalam pukul 10 pagi macam tu, Mal pergi ke rumah nenek Mal kejap sebab nak buat pahala sikit. Dalam kereta tu, tetibe nenek Mal bersuara, "nanti dah dapat motor tu, jaga elok2. penat atuk keluarkan duit nak belanja abang motor tu." And I was like, "ehh nenek ni series la. Ke main2 ni. Betul ke atuk belanja motor?" Nenek Mal pun cakap, "iye la. Takkan la nenek nak tipu pulak. Amende la abang ni." Rupa-rupanya atok Mal dari semalam lagi dah cakap kat bapak Mal yang atuk nak belanja motor sebijik.

          Dan untuk perenggan terakhir ini, setelah diringkas penamatnya, lepas zohor, Mal serta atok dan family Mal pergi ke kedai motor. Setelah di belek2 dan ditanya kepada tuan punya kedai, bapak Mal terus bersetuju nak angkat sym sport bonus ni. Atok memang dah bersetuju dah sebab atok memang tukang bayar je. Hari tu cuma mampu bayar deposit je sebab time tu jpj cuti seminggu sebab raya punya pasal. Kalau berkesempatan, nanti Mal buat post pasal komen untuk motor ni. Thanks =)

59 comments:

  1. so far motor tu sekarang mcm mane? jimat minyak tak?? n bape harga OTR motor tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Motor ni agak telan minyak jugak kalau nak dibandingkan dengan ex5 yg cc die lebih kurang je dgn sym ni. kalau beli cash, harga cuma 4000 siap free helmet, lock dengan baju hujan. tapi bergantung kepada tempat jugak la.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Btul tu sbb aku beli SYM Bonus 110 pon dpt free helmet, disclock dan baju hujan..tapi kalo SYM Bonus 110 ni die save minyak xyah nak slalu gi petronas/shell ke...pickup moto Bonus 110 ni memang laju kalo bandingkan dgn moto 125 cc dan harga SYM Bonus 110 ni pon agak murah lah....

      Delete
  2. Tunggangnya dia bgs keh ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa nak beli sym bonus e atau sport untuk tujuan nak harap boleh tibai ysuku atau nak cucuk hayabusa lupakanlah..ni moto untuk orang yang serius buat tunggangan harian pergi balik kerja.

      Delete
  3. so far, yang aq pakai memang ok..x ada masalah...cuma kalau nak di buat merempit x boleh lah...hahahaha.....sebab motor jenis nie pick-up dia lambat sikit...dari segi penggunaan minyak motor, mmg jimat, dalam keadaan gst nie, aq isi RM4 JE tp dah penuh tangki dan tahan lebih lama....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh maknenye pickup SYM Sport Bonus ni lambat lah....kalo cam tu aku syorkan beli SYM Bonus 110 murah sikit dan pickup memang laju la.... : )

      Delete
    2. Ohh maknenye pickup SYM Sport Bonus ni lambat lah....kalo cam tu aku syorkan beli SYM Bonus 110 murah sikit dan pickup memang laju la.... : )

      Delete
    3. SYM BONUS 110 xcantik ... Pattern org tua..

      Delete
    4. Kan Nampak Tuaa Haha SR Pattern Lagi Elok

      Delete
    5. Kan Nampak Tuaa Haha SR Pattern Lagi Elok

      Delete
  4. mcm mana dgn coverset..ada gegar ke

    ReplyDelete
  5. salam mal,betul ke sport bonus nie kuat mkn minyak?sbb skrng aku pakai untuk gi kls pon terasa bnyk pakai minyak,seminggu 2 kali isi..org lain pon sminggu skli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya baru beli sym bonus 110 sr minyak mcm kuat makan la...kena tanya formen la...

      Delete
    2. haha tu bukan sebab kuat makan minyak. motor ni memang tangki kecik. bila tangki kecik, kita jenis hari2 pakai. memang kena selalu isi minyak kat tangki tu.

      Delete
  6. Aq baru pakai 5 hari... Problemnya meter minyak, minyak masih ade dlm rm3 tp meter sudah E, tp bila isi.. Cuma rm4.80 je.. Pttnya mestilah rm7++ sbb muatan tangki 4 liter... Pikap dia mmg kurang laaa tp cpt laju.. Sbb bila aku test gear 1) 30 kmh gear 2) 50kmh gear 3) 80 kmh top speed 115 kmh.. Tp camner pon kestabilannya patut dipuji.. Rembat ke kiri rembat ke kanan.. Sedap tull... Kelemahannya pada brek depan.. Xmakan sgt.. Perlu dipam 2-3 kali kalau nk bg brenti dgn cepat.. Tp camner pon SYM BONUS SR nih mmg cantik.. Ramai org puji .. Cantik dorang cakap.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. SR Lebih Cantik Dri Bonus SR brek depan sekali je brek belakang plk sekali tekan je .. haha

      Delete
  7. Nak komen gak pasal motor....Kak liza pun beli sebijik mcm tu, motor sym bonus sport ni mmg cantik design dia, mcm yamaha lc pun ada.....tp sesiapa pengguna motor honda, mesti rasa beza kat mana. minyak makan agak kuat la. masa mula2 beli mmg sedap naik...tp dah lama mcm x best jer... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak liza merepek apa cakap mcm yamaha lc tp pengguna honda yg rasa beza.. ha ha ha ha ha ha ha..

      Delete
    2. lc keluaran yamaha kak bukan honda

      Delete
  8. saya salesman.. saya jual sportbonus sr..dekat kedai kami..downpayment hanya rm800..kedai area alor setar kedah..dan saya pon agak memuji moto ini..hal ini kerana..moto ini jika dijaga dengan elok enjin dya xda masalah..ramai customer puji moto keluaran sym ini..muka rendah..otr pon rendah.jika kalian membeli motor dekat kedai kami..kalian boleh dapat free gift mcam biasa, fork lock,baju hujan dan helmet akan tetapi..kami tambah satu lagi free service..tukar minyak hitam free sebanyak sepuluh kali..kedai kami nama lee motor,alor setar kedah belakang aman central..sekian..^_^..nama saya farhan..kalau nak beli motor add we chat saya farpaan19..

    ReplyDelete
  9. Nak puji gak muto ni.. Selain dri rupa yg agak terkini.. Stress test dpt 120 km/h... Tpi x leh maintain dengan speed tu..engine terasa nak blown up...

    ReplyDelete
    Replies
    1. klo nk maintain 120km/h blh jerr modified sikit.hahaha

      Delete
  10. Motor ni not bad..kalau nak sedap tukar enjin guna enjin rxz...serious tak tipu..membe tukar enjin.. laju dia bak hang... memang dia takley laju sgt n rasa nak meletup sebb dia dh setting kelajuan maksima dia... kalau tak caya cuba tnya kedai... then ak rasa lagi bagus tak yah lelaju sebb takde la yang boleh bayahakan nyawa sendiri n org lain... ��

    ReplyDelete
  11. Nak komen sikit la pasal moto sport bonus ni...cantik..bgi sy puas hati la dri segi rupa moto ni..tp speed kurg la..turun wighway mmg x sedap pkai moto ni...brgegar enjin..rasanya moto ni dicipta utk pegi pasar je kot..

    ReplyDelete
  12. Mane nk dapat coverset moto sym ni ? Sbb haritu saya excident dgn moto spesis ni.. hancur brkecai bhgian dpn..

    ReplyDelete
  13. Sym bonus 110 RM 3600 ada disc brake depan.dh pakai 5 tahun.
    Kebaikan:
    Lampu depan lampu keta tahan lama
    Masuk highway top speed abis meter nonstop OK ja.timing chain tk bunyi
    Enjin tahan lasak.
    Blh guna lasak
    Keburukan ;
    Meter kilometers cepat rosak
    Hanya minyak Rock oil ja blh guna.guns minyak Len nek tk sedap
    Pickup out terus.lajak OK.
    BRG spare part mahal PD Honda
    BRG hanya ejen jual motor ja jual.
    Brake tangan RM18 can rxz ja
    Cover suit complete RM 400
    Cover lampu depan RM 75

    ReplyDelete
  14. BRG DLM blh convert ex5.cc 110 tapi can ex5 ja.nk nek sedap keja modified can KT Filipina okla

    ReplyDelete
  15. https://hujahilmiah.blogspot.my/

    ReplyDelete
  16. Motor ni aku dh pakai setahun lebih.aku buat ulang alik melaka mersing dua tiga mggu .kdg kdg naik g kl.boleh kata enjin die sgt tahan n sesuai untuk long distance.top speed naik lepas tukar sprocket.jadi sesiapa nk beli motor budget n tahan lasak sym 115sr sgt ok.puas hati sgt sgt

    ReplyDelete
  17. pada pendapat aku enjin motor ni mmg tahan lasak. msuk thn 2018 ni dh 3 tahun aku guna bt ulang alik kj dr Sendayan,N9 ke KLIA,Sepang, Enjin masih lagi steady n top speed blh lg cecah 120km/j yg pnting jaga service. ingt lps ni nk upgrade skit enjin hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh kira tahan lh juga sym ni ea?.. X pnh bwak... Ni bru nk beli

      Delete
    2. SYM ni asalnya buat dinamo basikal tua tu. Kemudian maju lagi buat motosikal. SYM buat motor awal sedikit dari Honda tapi tak minat masuk pasaran Asia. Mereka cuma pasarkan di beberapa negara eropah dan amerika. SYM lebih kepada pembuatan skuter masa tu. Oleh kerana kepakaran dan kejuruteraan mereka antara yang terbaik pada zaman itu hinggakan Honda pernah meminta bantuan untuk membina skuter dan dijenamakan sebagai Honda. Sebenarnya Honda dan SYM mempunyai kaitan dan hubungan misteri..sebab mereka ini pernah bekerjasama tetapi ada sisi2 yang sukar dijelaskan.Dalam satu gambar lama iklan motosikal SYM lama, ada sebuah motosikal SYM versi enduro yang tertera logo sayap putih seakan sama dengan logo Honda yang kita kenal hari ini. Tidak diketahui dengan tepat kenapa..hanya mereka yang tau. Jadi jika ada yang mendapat motosikal SYM tidak perlu malu kerana SYM bukan jenama baru dalam kejuruteraan. Malah lebih dulu dari jenama motosikal jepun yang lain. Simple..macam enjin proton saga dulu2, enjin sebiji dari jepun masuk malaysia,body frame,wiring apa semua tempatan buat dengan versi tempatan yang ambil kira kos dan keselesaan dan citarasa gaya tempatan. Bila dah pandai sikit enjin dalam keadaan lerai yang akan dikirim dan lebih jimat kos. Begitu jugalah motosikal SYM, Secara teknikal asli dari SYM sendiri dan body serta rekaan cover adalah citarasa tempatan. Contoh terbaik adalah SYM sport rider 125i..anggun bergaya. Sym bonus atau sport pada masa sebelumnya adalah disebabkan tren honda wave pada masa itu.

      Delete
  18. Sy baru nak beli sym 110... Harap ia ok lah... Boleh p tpt kje ngn jln dkt2 pon dah bersyukur...

    ReplyDelete
  19. sym sport bunus 110
    speed meter klo nak tukar kedai mena ya ada jual..

    ReplyDelete
  20. Dah setahun 1 bulan saya guna motor E Bonus 110 Cc.
    So far.. enjin memang terbaik. Tahan jalan jauh.
    Jimat minyak. Saya selalu isi petrol Ron 97. Perjalanan sehingga 245.4 km. 4 liter setangki .
    Kena pandai running enjin dan jaga mod enjin. Sekarang kelajuan penuh 150 KM / sejam. Tak perlu tukar block. Biar standard asalkan enjin tahan. Tak perlu kacau enjin nak laju. Enjin SYM ni memang laju jika pandai "masak" enjin. Mula mula pakai 120 Km/ j. Meter Agak ringan. Sekarang ni keadaan enjin sudah "masak" sepenuhnya. Kelajuan pun boleh meningkat tanpa kacau enjin. Alhamdulillah enjin SYM memang boleh dipercayai setanding Yamaha dan Honda.
    Naik bukit pun boleh tahan. Di Sabah banyak bukit tinggi. Alhamdulillah pernah ke Semporna. Enjin tetap steady. Ingat air filter tu kena rajin buka dan bersihkan. Jika gagal jaga enjin. Enjin memang kemas. Semua enjin motor sama saja.

    ReplyDelete
  21. Aku pakai motor ni dah 4 tahun, minyak biasa, pickup okay, laju bila dah tukar sprocket "abang dan adik" lebih kecil. Enjin maintain tahan, belum pernah overhaul. Overall bagi aku, enjin SYM ni boleh dipuji ketahanan dia.

    ReplyDelete
  22. aku dah pakai 6 tahun.....enjin tiada masalah jalan jauh tiada masalah bawak 3jam tanpa henti

    ReplyDelete
  23. Ternyata SYM EBonus 110 teruji ketahanan lasak nya... Saya Joe dri sabah.. Ulang aling inanam - tambunan (89km) one way.. Jalan yg berbukit dan curam sedikit dimana sym E bonus 110 saya guna stiap hari masi maintain shingga skrg... Beli pada july 2 july 2017... Skrg 5 may2018.. Moto masi seperti baru . enjin bunyi masi solid... Komplen lain takde... Cuma meter nya ringan.. Contoh klu kat gps cakap 60kmh... Kat meter dah 72kmh dah.. Tu tak kesah sgt... Yg pnting enjin mantop..pikap cun.. Minyak full tenk leh pegi 270km...

    ReplyDelete
  24. MAL sekarang SYM anda ada lagi tak ?macam mana keadaan?

    ReplyDelete
  25. Boleh buat long distance tak ebonus 110 ni?

    ReplyDelete
  26. Salam bro Mal Skema...sy nak tnya bkenaan silinder block sym sprt bonus sr110... Klu nak tukar boleh tak bagi silinder block yg sesuai boleh masuk mto sym 110 ni?sekali ngan jenama yg elok?tq

    ReplyDelete
  27. nampaknya aku orang terakhir komen ni..pick up enjin slow,x sesuai nak rempit bagi mereka yg sukakan kelajuan..mula aku fikir nak beli Y15 tapi sebab banyak kecurian moto moto hot ni aku pilih sym e bonus 110,kawasan kampung aku byk bukit n aku kena ulang alik sejauh 138km sehari,naik bukit ringan tu je kelebihan selain jimat minyak.paling penting pencuri x minat sangat moto ni.selamat parking kat mana mana..insha allah

    ReplyDelete
  28. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  29. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  30. Kalau sym e bonus kenapa rase asik nak jatuh ja
    pastu mmg lambat ye

    ReplyDelete
  31. xpasti.yg model lama ok.setakat aku guna dkt 5 tahun dah masuk tahun ni

    ReplyDelete
  32. Halo nak tanya bakul motor ni ade jual kat mane ye...jenuh cri xjumpa

    ReplyDelete
  33. Walaupun namanya tak gah...tapi prestasinya setanding dengan yang sekelas dengannya...injinnya lasak..harganya murah dan berbaloi-baloi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama SYM gah Bro..cuma lambat masuk pasaran asia. SYM euro market je dulu2. Tu sebab ramai yang pelik nama SYM. Aku sendiri beli sport rider 125i malu aku diperli pakcik2 ni..honda ke ni. Napa tak pilih honda?

      Delete
  34. Saya dah 2 tahun guna sport bonus, moto macam celaka, macam2 problem, menyesal saya beli.ini jenama motor yg paling tak guna dlm dunia.

    ReplyDelete
  35. Aku newbie mto pun model baru e bonus euro 3 tank 4l myk kuat ckit dr mto sm sport aku sblm ni.enjin dia menang laman sm sport.agak tahan if jenis ya bawa rilex n jgn lupa myk itam 1buln skali.aku guna 15w50 yg d syor kn oleh enjin

    ReplyDelete