Apa benda Multi Level Marketing (MLM), Piramid dan Skim Cepat Kaya ?

Apa benda la multi level marketing ni? Mesti ramai dah tahu tapi tak jelas kan? Tapi takpe. Korang jangan risau. Mal akan cerita satu-satu dalam post ni. 

          Sebenarnya, Mal pun hampir terjebak dengan multi level marketing ni. Ada kawan Mal punya kawan ni dia cerita kat kawan Mal yang sorang ni pasal business ni. Oleh sebab diorang ni member satu sekolah, so dia pun percaya. Sebab kawan Mal punya kawan ni, (senang cerita Mal namakan dia Samad je la), dia dah buat dulu business tu. Dalam masa 3 minggu je, dia dah boleh dapat RM 1000!! Perghh, kerja Mcdonald sebulan pun susah nak dapat gaji camtu woo! 

          So, bila dah macam tu, kawan Mal ni pun ajak la Mal dengan kawan2 Mal yang lain untuk pergi dengar ceramah si konon2 businessman ni kat bandar. Mal memang dah malas nak dengar sebab Mal memang niat nak teman member Mal ni je. Tapi satu benda je yang nak tengok nanti, iaitu cara pemakaian dan barang-baranng yang dia pakai. 

          Bila dia dah datang, semua tanya, mana dia? Dia dah datang ke? Mana camry dia? Si Samad cakap, dia ni memang kaya buat business ni. Baru umur 18, sama baya macam Mal, dah boleh keluar kereta sebijik. Camry pulak tu. Perghh! Mal ni walaupun umur 18 jugak, tapi bukan setakat kereta, motor pun takde. Kalau ada pun, pinjam family punya je. Tapi Mal dah berjaya nampak satu benda kat situ. MANA ADA BUSINESSMAN YANG DATANG LAMBAT! Haha. Adoi. Bukan main lambat lagi diorang nak jumpa Mal. Diorang cakap diorang dah sampai kat bandar tapi diorang kena balik kolej balik sebab diorang nak guna laptop.

          Korang mesti tak nampak apa-apa isu pasal laptop tu kan? Masalah yang kedua, kalau betul diorang ni kaya, kenapa diorang tak bawak laptop sendiri? Mahal sangat ke nak beli laptop. Ala kereta boleh pakai camry. Takkan la laptop tak boleh  beli, betul tak? Dari situ je sebenarnya orang dah boleh nilai diri kita sebenarnya. Kalau nak jadi businessman tapi kedekut, baik tak payah.

          Dan satu lagi yang paling penting. Pasal pemakaian diorang. Dari jauh bila tengok, memang la nampak smart sebab nampak diorang pakai jaket walaupun hakikatnya nampak macam jaket biasa. Tapi ada satu masa tu, mungkin sebab panas sangat kot kat tempat makan tu, so mamat sorang ni pun bukak la jaket dia. Mal ingatkan baju yang diorang pakai kat dalam tu baju mahal, last-last diorang pakai baju jenama Golden Bear. Baju jenama apa pun tak tahu. Itu belum campur lagi kasut diorang yang terkoyak tu. Kereta pakai camry. Takkan kasut kulit pun tak boleh nak beli kot?

          Dan part yang paling adalah macam mana cara yang buat kita kaya dalam MLM ni. Part ni Mal nak cerita secara ringkas je. Konsep dia senang je. Kalau kita berjaya tarik orang join MLM ni, orang tu akan berada di bawah kita atau lebih mudah dipanggil downline kita. So setiap yang daftar kat bawah kita tu, kita sebagai kat atas ni akan dapat duit dan yang paling best orang yang kat atas kita ni pun akan dapat duit jugak walaupun dia tak tahu apa-apa pasal orang yang daftar bawah-bawah downline dia. Tu sebab orang atas ni dia akan dapat duit jugak walaupun diorang goyang kaki je kat rumah.

         So kepada yang nak join MLM ni, fikir dulu masak-masak. Memang betul ada orang yang boleh kaya bila join MLM ni. Tapi kena ingat yang ramai je rugi bila join MLM ni.