Kelebihan Blackberry (2)

          Hari tu, Mal ada buat satu post tentang kelebihan Blackberry e.g bbm, fb dan twitter. Sebenarnya, banyak lagi kelebihan Blackberry yang ramai orang tak tahu. Antaranya :

1. Blackberry Apps World
Korang nak letak apps kat bb korang? Tak payah pening kepala. Search je kt Apps World. Kat sini, korang boleh tengok review dan screenshot sebelum download apps. Dia ada jugak My World. Di mana semua apps yang korang download ada kat situ untuk memudahkan korang.




2. Notification untuk apps update
Korang tak payah risau sama ada korang punya apps latest update atau tidak. Bila ada update untuk apps korang, akan muncul logo Apps World kat homescreen. Lepas tu, update la apps korang. Ini untuk memastikan korang sentiasa menggunakan apps yang terkini.




3. E-mel (electronic mail)
Mungkin ramai yang fikir emel ni hanya untuk orang yang dah kerja je. Rilek la. Sekarang ni, hampir semua orang terutamanya remaja ada akaun twitter dan facebook. So, mesti la korang ada emel yahoo / hotmail dan lain2. Korang boleh jugak setup email korang. Cara dia senang je. Klik email setup - pilih email provider - masukkan emel dan password - settle. Senang kan??




4. Auto - connect WiFi
Sekarang ni dak banyak wifi hotspot. Kita duduk kat kedai mamak pon dapat wifi. Apabila korang on wifi, phone korang akan automatic connect dekat wifi network tapi pastikan korang dah save dulu wifi profile. Bila dah connect, apo laie, online la puas2!!




5. All - in - one messages
Maksudnya adalah, semua emel, update untuk apps, sms dan macam2 lagi dikumpulkan kat satu tempat. Korang boleh jugak pilih untuk letak emel serta sms sahaja / emel dengan mesej facebook / macam2 lagilah yang korang boleh pilih. Pilih je yang mana korang nak.





Sebenarnya, Blackberry bukanlah handphone yang paling gempak. Kita kena ingat, setiap smartphone ada kelebihan dia sendiri. Takkan la Mal nak cakap yang android dengan iPhone tak gempak? Maybe lepas nie nak buat post untuk smartphone lain pulak. So, renung-renungkan post dia atas dan selamat membelek-belek Blackberry.. :)


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

5 comments: