Hari ni, Mal nak cerita sikit pengalaman Mal. Waktu 11- 14 Mei hari tu, sekolah Mal iaitu SMK Segambut Jaya membuat satu program pengantarabangsaan ke Tanjung Balai Karimun, Indonesia. Program ni sebenarnya adalah untuk menaiktarafkan sekolah Mal kepada sekolah kluster. Antara syarat2 untuk menjadi sekolah kluster adalah, sesebuah sekolah tu kena ada hubungan dengan sekolah di luar negara (kalau Mal tak tersilap). Jadi, sekolah yang paling dekat dari sekolah Mal antaranya adalah SMA Negeri 4 (BINAAN) Karimun dan SMA Negeri 1 Karimun, Indonesia.
Rombongan SMK Segambut Jaya mula bertolak dari sekolah pada petang Jumaat. Rombongan ni terdiri daripada lebih kurang 30 pelajar dan 15 orang guru. Semua peserta rombongan ni disumbatkan ke dalam 2 buah bas yang dikategorikan kepada bas lelaki dan bas perempuan. Kitorang melepak dahulu di Johor dan mula bertolak ke Indonesia pada hari Sabtu. (ada gaya pembaca berita tak?) . Kat Johor, macam2 aktiviti kitorang buat. Antaranya melawat kilang roti, membersihkan kubur, buat gimik basikal untuk sambut menteri, memekak, kena marah dan yang paling penting sekali adalah menunaikan solat fardhu..
Bila Sabtu petang, kitorang terus bergerak ke jeti kat pontian. Lama jugak kitorang kat situ. Bayangkanlah, bas parking dah la jauh. Basikal pulak kena bawak pergi ke jeti. Bila dah hantar basikal, kena patah balik untuk ambik beg. Adoi. Bukan main penat lagi waktu tu. So, Mal yang urat dawai tulang besi ni terpakse la angkut barang. Part yang best adalah bila Mal dan kengkawan pergi tolong cikgu angkat barang. Sebenarnya, kitorang ikhlas nak tolong cikgu. Tapi bile dah angkat barang, cikgu belanja kitorang air tebu sorang satu. Perghh!! Kitorang bersyukur giler waktu tu. Tekak dah la kering, tetibe cikge belanja air sejuk pulak. Bila minum je air tu, baru la rasa lega sikit.
Bila dalam feri, Mal rasa bangga sebab tak pernah fikir dalam kepala yang Mal akan peri ke luar negara dengan menaiki feri. Sebenarnya, waktu tu first time Mal melancong ke luar negara. Kat Indonesia, tak banyak sangat aktiviti yang kitorang buat. Selain melawat sekolah, kitorang cuma jalan2 membazirkan peluh, kayuh basikal dengan penduduk kat situ, buat bising dan kena marah (kena marah adalah salah satu perkara yang tak dapat dielakkan). Perkara yang paling tensen kat sana adalah waktu nak beli barang. Pening jugak kepala ni bila nak convert duit diorang kepada duit Malaysia. Duit diorang dah la besar. Memang mencabar akal dan minda. Tapi takde la susah macam jawab soalan add math : )
Bila last day, kepala Mal bertambah tension. Kitorang balik hari Isnin. Masalahnya adalah esoknya periksa. Dah la terpakse skip exam hari Isnin. Tapi Mal tak kesah sangat sebab Isnin exam add math. Mal dahlah jenis malas baca buku. Rasa macam menyesal jugak la sebab Mal tak baca buku LANGSUNG.. So, kepada mereka yang malas baca buku, janganlah jadi malas. Rajin2kan la baca buku. Bukan untuk orang lain, untuk diri kita jugak. Kalau kita berjaya, kita jugak yang bangga. Mak bapak kita cuma tumpang gembira je. Sampai sini je Mal nak kongsi hari ni. Rajin2kan la diri korang tengok gambar2 kat bawah ni.. :)
|
Waktu kat dalam bas |
|
Baru sampai kat Hotel Pontian |
|
Melawat kilang roti |
|
Tengah cat kubur |
|
Ni la muka2 rajin tolong orang :) |
|
Saje tangkap gambar kat Hotel Karimun |
|
On the way ke SMA Negeri 4 (BINAAN) Karimun |
|
Kat depan kelas |
|
Banyak kan piala diorang?? |
|
Kitorang di depan 'ANGKUT' |
|
Waktu persembahan |
huahua , time birthday aq tu ..haha!
ReplyDelete