Tutorial Root Android Galaxy Tab 2 (Apa kelebihan dia?)

          Fuhh. Setelah berjam-jam duduk depan laptop ni semata-mata nak cari cara untuk root galaxy tab akhirnya berbaloi jugak. Cara-cara dia memang banyak tapi kebanyakan software yang dia guna tu menggunakan software yang berbayar. Berpeluh jugak la nak cari cara yang paling mudah, senang dan tak berbayar ni.

         Sebelum tu, kepada yang belum pasti apa itu root, sebenarnya root ni lebih kurang je maksud dia dengan jailbreak. Cuma jailbreak digunakan untuk iOS dan root digunakan untuk Android OS. Ada banyak kelebihan bila kita root device kita ni walaupun ada jugak kekurangan dia.

          Apa kelebihan root android ni? Setelah puas menggoogle, lepas kita dah root android device kita, kita akan berkuasa sepenuhnya terhadap android device kita. Maksudnya, kita boleh buat apa sahaja yang kita nak. Contohnya, tutup application yang pelik dan tak digunakan macam chinese keyboard. Then, kita jugak boleh delete application yang kita taknak terutamanya apps yang datang sekali dalam device tu. Lagi pun, ada sesetengah apps yang hanya boleh digunakan lepas device itu di root. (nanti la buat post pasal ni). Sebab banyak sangat kelebihan dia.

          Masalahnya bila kita dah root, ada beberapa perkara yang tak syok didengar. Waranti device tidak boleh digunakan langsung sebab bila kita nak root ni, kita kena buat atas tanggungan sendiri. Lain la kalau banyak sangat duit, nak hantar pergi kat kedai. Then, ada yang cakap kalau dah root, virus senang nak serang. Tapi ada jugak yang cakap, virus ni boleh serang bila-bila je, tak kisah la device dah root ke belum.

          Sebelum tu, cara kat bawah ni hanya boleh digunakan untuk Galaxy Tab 2 sahaja. Sebab Mal baru je beli Galaxy Tab ni. Nak tengok post pasal galaxy tab Mal? Klik sini . Cara-cara dia senang je. 


1. Download software Odin

2. Download CF Auto Root (GT- P3100) , CF Auto Root ( GT-P3110 & GT-P3113 )       

3. Cabut tab dari komputer

4. Start Odin

5. Klik PDA, lepas tu cari CF Auto Root

6. Shut down tab. Lepas tu tekan power button dengan volume down serentak.

7. Connect tab dengan komputer

8. Pastikan repartition tidak di'tick'

9. Tekan start

10. Tunggu tab reboot

11. Selesai
Sebelum root



Selepas di'root'


          Kepada yang gunakan selain tab 2 ni, pandai-pandai la korang cari sendiri software untuk download tu. Kalau dah jumpa, cari sekali yang dah crack ataupun patch. Good luck semua!  

3 comments:

  1. terima kasih saudara atas tunjuk ajar root galaxy tab.
    sememangnya tutorial saudara yang paling mudah dari yang lain-lain tutorial.
    terima kasih banyak-banyak.

    ReplyDelete
  2. macam mana nak root tab 3 ni adoiyai

    ReplyDelete
  3. step 1 ngn step 2 tu download kt tab ker kt laptop? tibe2 step 3 cabut cable dari laptop. x paham lah.

    ReplyDelete