Broadband SKMM : Broadband mampu milik untuk semua

          Broadband SKMM? Apa benda tu? Kalau korang nak tahu, broadband SKMM ni adalah salah satu broadband yang boleh dikategorikan sebagai broadband mampu milik kepada semua rakyat Malaysia tak kiralah pelajar mahupun mahasiswa ataupun orang yang kerja makan gaji.

          Kenapa Mal cakap macam tu? Sebab sebulan hanyalah RM 25 sahaja dengan kuota sebanyak 1GB! Boleh tahan jugak la dan sememangnya berbaloi. Actually, broadband ni khas untuk orang yang perlukan lebih nilai dalam penggunaan internet especially student macam Mal. Takkan la seorang student yang takde sebarang pendapatan nak bayar mahal-mahal untuk internet kan? Lain la kalau kita ni anak orang kaya. 

          Sebenarnya, hari tu Mal ada google sikit tentang broadband ni sebab Mal ingatkan nak beli satu broadband untuk guna kat Jengka ni. Oleh sebab orang cakap yang line Celcom kat sini laju, so Mal pon google la sikit tentang pelan-pelan internet Celcom ni. Tiba-tiba, Mal jumpa pasal broadband SKMM ni. Masalahnya, broadband ni tak dijual kat merata-rata tempat. Hanya tempat-tempat tertentu sahaja(mengikut apa yang digoogle la). Bila Mal pergi bandar pusat je, ingatkan nak beli broadband SKMM Celcom. Last2 habis pulak. So terpaksa la beli broadband SKMM Maxis. By the way, line Maxis kat sini pun boleh tahan jugak walaupun kadang-kadang rasa macam nak campak je laptop ni.

Broadband SKMM MAXIs

          Untuk pengetahuan korang, setakat yang Mal dah google ni, broadband SKMM ni ada disediakan oleh Celcom dan juga Maxis. Telco yang lain tu, tak tahu la pulak. Kalau korang rajin, korang google la sendiri. Tapi rasanya sim celcom dah habis sekarang ni. Yang tinggal hanyalah maxis sahaja. Tak tahu la kalau korang bernasib baik pulak dapat beli sim kad Celcom kan?

          Lagi satu, waktu Mal beli sim kad ni, orang kedai ni ada cakap yang sim kad ni tak boleh buat phone call. Tapi Mal try okay je. Siap boleh receive call lagi. So whatsapp sememangnya boleh la. Dan satu lagi, bila kita dah habis kuota, kita tetap boleh surf internet lagi tapi macam biasa la. Speed internet kita akan dikurangkan. So, selamat ber'broadband' semua!

1 comment:

  1. ye la...pi satu kat dekat nak RM80 ringit...dekat sarawak tanpa modem...

    ReplyDelete