Broadband SKMM Celcom dan Maxis - Yang Mana Lagi Bagus

          Minggu lepas, Mal ada beli sim broadband SKMM Celcom dan Maxis. Satu benda je yang Mal nak tahu dan pastikan tentang broadband SKMM ni. Apa akan jadi bila broadband kita dah habis kuota ataupun habis limit? Adakah kita tetap boleh surf internet lagi dengan kelajuan internet yang diibaratkan seperti kura-kura ataupun kita perlu menghabiskan duit lagi untuk subscribe pelan internet yang lain?

          Setelah berjaya menghabiskan kuota semalam, akhirnya terjawab jugak segala persoalan Mal. Mesti korang pun nak tahu jugak kan? Walaupun Mal dah habiskan duit dan membazir semestinya, tapi hati Mal puas sebab dapat tahu mana satu yang bagus untuk digunakan.




          Broadband SKMM Celcom : Kelebihan dan kekurangan

          Kat kawasan jengka yang boleh dikatakan susah nak dapat line internet ni, Celcom boleh dikatakan bagus sebab line internet dia memang steady sepanjang masa. Tak kisah la line internet dia laju ke tak tapi kalau dibandingkan dari segi kestabilan internet, Celcom memang terhebat sepanjang zaman! Masalah kuota pon takde. Bak kata kawan Mal yang guna broadband SKMM Celcom ni, dia lepas dah habis kuota pun boleh je surf internet macam biasa. Takde masalah apa pun. 

          Broadband SKMM Maxis : kelebihan dan kekurangan

          Fuhh! Speed internet Maxis ni memang terbaik! 5 bintang la Mal bagi! Tekan je, terus keluar. Nak tengok youtube pun boleh je! Mal download software besar-besar pun takde hal la. Tapi masalah besar Maxis ni adalah kuota dia. Bila dah habis kuota je, kita tak boleh surf internet langsung. Perghh! Ni yang buat Mal bengang sebenarnya. Tak pasal-pasal kena subscribe pelan internet yang lain pulak lepas ni.




          So, kepada yang belum beli broadband lagi, pastikan dulu broadband mana yang bagus. tengok dulu coverage dia kuat ke tak. Dan yang paling penting, kuota tu kena jaga-jaga la ok! 

Tutorial Root Android Galaxy Tab 2 (Apa kelebihan dia?)

          Fuhh. Setelah berjam-jam duduk depan laptop ni semata-mata nak cari cara untuk root galaxy tab akhirnya berbaloi jugak. Cara-cara dia memang banyak tapi kebanyakan software yang dia guna tu menggunakan software yang berbayar. Berpeluh jugak la nak cari cara yang paling mudah, senang dan tak berbayar ni.

         Sebelum tu, kepada yang belum pasti apa itu root, sebenarnya root ni lebih kurang je maksud dia dengan jailbreak. Cuma jailbreak digunakan untuk iOS dan root digunakan untuk Android OS. Ada banyak kelebihan bila kita root device kita ni walaupun ada jugak kekurangan dia.

          Apa kelebihan root android ni? Setelah puas menggoogle, lepas kita dah root android device kita, kita akan berkuasa sepenuhnya terhadap android device kita. Maksudnya, kita boleh buat apa sahaja yang kita nak. Contohnya, tutup application yang pelik dan tak digunakan macam chinese keyboard. Then, kita jugak boleh delete application yang kita taknak terutamanya apps yang datang sekali dalam device tu. Lagi pun, ada sesetengah apps yang hanya boleh digunakan lepas device itu di root. (nanti la buat post pasal ni). Sebab banyak sangat kelebihan dia.

          Masalahnya bila kita dah root, ada beberapa perkara yang tak syok didengar. Waranti device tidak boleh digunakan langsung sebab bila kita nak root ni, kita kena buat atas tanggungan sendiri. Lain la kalau banyak sangat duit, nak hantar pergi kat kedai. Then, ada yang cakap kalau dah root, virus senang nak serang. Tapi ada jugak yang cakap, virus ni boleh serang bila-bila je, tak kisah la device dah root ke belum.

          Sebelum tu, cara kat bawah ni hanya boleh digunakan untuk Galaxy Tab 2 sahaja. Sebab Mal baru je beli Galaxy Tab ni. Nak tengok post pasal galaxy tab Mal? Klik sini . Cara-cara dia senang je. 


1. Download software Odin

2. Download CF Auto Root (GT- P3100) , CF Auto Root ( GT-P3110 & GT-P3113 )       

3. Cabut tab dari komputer

4. Start Odin

5. Klik PDA, lepas tu cari CF Auto Root

6. Shut down tab. Lepas tu tekan power button dengan volume down serentak.

7. Connect tab dengan komputer

8. Pastikan repartition tidak di'tick'

9. Tekan start

10. Tunggu tab reboot

11. Selesai
Sebelum root



Selepas di'root'


          Kepada yang gunakan selain tab 2 ni, pandai-pandai la korang cari sendiri software untuk download tu. Kalau dah jumpa, cari sekali yang dah crack ataupun patch. Good luck semua!  

Broadband SKMM : Broadband mampu milik untuk semua

          Broadband SKMM? Apa benda tu? Kalau korang nak tahu, broadband SKMM ni adalah salah satu broadband yang boleh dikategorikan sebagai broadband mampu milik kepada semua rakyat Malaysia tak kiralah pelajar mahupun mahasiswa ataupun orang yang kerja makan gaji.

          Kenapa Mal cakap macam tu? Sebab sebulan hanyalah RM 25 sahaja dengan kuota sebanyak 1GB! Boleh tahan jugak la dan sememangnya berbaloi. Actually, broadband ni khas untuk orang yang perlukan lebih nilai dalam penggunaan internet especially student macam Mal. Takkan la seorang student yang takde sebarang pendapatan nak bayar mahal-mahal untuk internet kan? Lain la kalau kita ni anak orang kaya. 

          Sebenarnya, hari tu Mal ada google sikit tentang broadband ni sebab Mal ingatkan nak beli satu broadband untuk guna kat Jengka ni. Oleh sebab orang cakap yang line Celcom kat sini laju, so Mal pon google la sikit tentang pelan-pelan internet Celcom ni. Tiba-tiba, Mal jumpa pasal broadband SKMM ni. Masalahnya, broadband ni tak dijual kat merata-rata tempat. Hanya tempat-tempat tertentu sahaja(mengikut apa yang digoogle la). Bila Mal pergi bandar pusat je, ingatkan nak beli broadband SKMM Celcom. Last2 habis pulak. So terpaksa la beli broadband SKMM Maxis. By the way, line Maxis kat sini pun boleh tahan jugak walaupun kadang-kadang rasa macam nak campak je laptop ni.

Broadband SKMM MAXIs

          Untuk pengetahuan korang, setakat yang Mal dah google ni, broadband SKMM ni ada disediakan oleh Celcom dan juga Maxis. Telco yang lain tu, tak tahu la pulak. Kalau korang rajin, korang google la sendiri. Tapi rasanya sim celcom dah habis sekarang ni. Yang tinggal hanyalah maxis sahaja. Tak tahu la kalau korang bernasib baik pulak dapat beli sim kad Celcom kan?

          Lagi satu, waktu Mal beli sim kad ni, orang kedai ni ada cakap yang sim kad ni tak boleh buat phone call. Tapi Mal try okay je. Siap boleh receive call lagi. So whatsapp sememangnya boleh la. Dan satu lagi, bila kita dah habis kuota, kita tetap boleh surf internet lagi tapi macam biasa la. Speed internet kita akan dikurangkan. So, selamat ber'broadband' semua!