Surf internet tanpa iklan

          Siapa yang suka bila kita surf internet je, macam-macam iklan keluar. Benda-benda macam ni la yang membuatkan sesuatu page tu lambat loading. Bukan setakat lembap je malah menyemakkan mata yang memandang. Kalau dulu, bila Mal nak update blog je, berlambak-lambak iklan keluar. Tapi tu dulu la. Sekarang dah takde. Nak tahu macammana?

          Cara dia senang je. Macam biasa, bukak google.com Lepas tu, search Adblock Plus dan tekan je kat website dia. Sebenarnya Adblock Plus ni seperti add-on ataupun extension. Tetapi extension ni hanya menyokong pelayar web chrome, firefox, opera dan juga android. Kepada pengguna internet explorer sekalian, boleh lah gunakan adblock yang lain okay. Selamat blogging! 

adblock plus

Jerebu kini mula singgah di Jengka, Pahang

          Bila bangun tidur pagi tadi, solat subuh adalah perkara yang diutamakan. Lepas tu, sedar-sedar je dah terbaring atas katil. Hehe. Nak buat macam mana. Adat la mengantuk lepas subuh kan. Itu pun dapat tidur kejap je sebab ada Kemahiran Insaniah pukul 8 pagi. Rasanya, pagi tadi tak perasan pun jerebu ni sebab biasa la pagi selalunya memang berkabus. So Mal pun teruskan la perjalanan dan terus berkumpul. 

          Kitorang diberi rehat pukul 1.00 - 2.15 tengah hari. Bila dah rehat, Mal pun terus berjalan ke kolej. Tiba-tiba, waktu tu dah penuh dengan jerebu kat kampus ni. Perghh! Apasal pergi singgah sini lak jerebu ni? Kalau nak diikutkan, semalam takde pon jerebu ni. 'Diorang' baru datang kat Jengka hari ni. Ramai jugak la member Mal yang tension pasal jerebu ni.

          So, kepada penduduk-penduduk Jengka sekalian, terutamanya penuntut-penuntut UiTM kampus Jengka, kurangkan lah aktiviti luar ni. Kalau boleh duduk je dalam bilik sambil online. At least takde la terdedah dengan udara luar. XD

Facebook kini dengan fungsi hashtag

          Perghh! Setelah sekian lama tak online facebook ni, macam-macam diorang nak buat untuk upgrade kan facebook ni. Biasa la, takkan la facebook nak menyerah kalah dekat twitter kan? Tapi sori la facebook. Mal lagi suka online twitter. Bukan setakat loading yang laju tapi kat twitter ni sememangnya tak ramai saudara-mara, pakcik makcik kita yang ada twitter. Betul tak?

          Twitter ni memang terkenal dengan fungsi hashtag sebab senang nak tahu apa benda yang trending waktu tu. So sama je macam kat facebook. Fungsi hashtag kat facebook sama je dengan fungsi hashtag dekat twitter.

hasil screenshot

          Hehe. Kepada facebook, walau pon anda ada fungsi hashtag, saya tetap sayang twitter. K bye. XD

Apa fungsi power bank?

          Power bank? Apa benda tu? Mal konfem, mesti ramai yang dah tahu apa benda power bank ni. Mal lagi suka panggil powerbank ni sebagai portable charger. Sekarang ni dah ada banyak jenis dah kat pasaran. Tinggal untuk korang pilih je. Nak yang murah ke, yang mahal ke, yang berkualiti ke ataupon nak yang boleh pakai 2 - 3 bulan.

          Waktu dulu, Mal pernah beranggapan yang power bank ni tak penting pon sebenarnya. Iye la. Nak guna power bank buat apa. Charger kan ada. Buat apa nak susah-susah. Lagi pon charger ni 10 ringgit je. Tapi itu dulu la. Sekarang ni Mal berfikiran lain sikit. Terutamanya bila dah masuk universiti ni. Kadang-kadang kita takde masa untuk cas fon sebenarnya. Nampak macam pelik kan? Takkan la takde masa langsung? Masa itu ada tapi kadang-kadang nak pergi library lagi, ada aktiviti lagi pastu nak pergi bandar lagi. Selalunya memang tak cukup masa. Tu tak campur kalau plug point dekat bilik ni penuh. Sememangnya benda macam ni boleh mencabar iman kita.

          So, bila kita takde masa la kita kena gunakan power bank ni. Kalau kita tak sempat nak cas fon, lepas tu kelas pukul 8 pagi pulak, rilek je. Ambik power bank, cucuk usb pastu cas je fon kita. Memang la kita boleh cas kat bilik tapi kalau kelas kita straight sampai petang macam mana? Sanggup ke tak guna fon satu hari suntuk? Lagi-lagi pengguna tegar blackberry macam Mal yang sememangnya terkenal dengan kerajinan online tanpa mengira masa dan tempat.

Kecik je power bank ni.

          Sekarang ni dah banyak sangat promotion untuk power bank ni. Hari tu ada satu ekspo dekat uitm jengka ni. Dia siap buat promotion, beli satu power bank percuma satu power bank. Bayangkan la dengan RM 150, kita dapat sebijik power bank 13000mAh dengan 2600mAh. Perghh. meleleh jugak la air liur bila tengok promotion dia. Tapi masalahnya ada brand power bank yang kurang diyakini oleh Mal. Malas la pulak nak mention brand diorang kat sini. Kadang-kadang, power bank tu memang murah tapi kita kena fikir berapa lama power bank tu dapat berkhidmat dengan kita dan warranty dia ada ke tak. Takkan la kita nak pakai power bank tu 2-3 bulan je pastu campak dan esoknya beli baru. Kalau banyak duit boleh la tapi kalau kais pagi makan mcd kais petang makan kfc macam Mal ni lain cerita la. *lain macam pulak ayat tadi* Contohnya, Mal beli power bank 5300mAh dengan harga RM 199. Cuba korang bayangkan harga dia. Jauh beza kan? Sebab Mal nak beli barang yang berkualiti tinggi dan tahan lama.

          So, kepada yang nak beli power bank tu, bolehlah survey harga dulu. Pastikan kualiti dan yang paling penting tanya tentang warranty. Jangan kena tipu sudah. Takut merana di kemudian hari..

"Culture Shock" di universiti

          Perkara pertama bila dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke universiti, Mal mengucapkan Alhamdulillah dan bersyukur sangat2 sebab dapat ke menara gading. Iye la. Siapa yang tak bersyukur bila dapat masuk universiti kan? Tapi dalam kegembiraan tu, ada sesuatu yang Mal risaukan.

          Sebenarnya, 5 tahun Mal bersekolah di SMK Segambut Jaya yang mana asramanya 100% adalah lelaki. Dan pastinya dalam kelas semua sekali lelaki. Alamak. Macam mana ni? Bayangkan la bila dah 5 tahun tak pernah bercakap dengan perempuan. Kononnya macam jaga 'ikhtilat' la. Pastu tiba-tiba masuk universiti yang sememangnya akan satu kelas dengan perempuan. Perghh.

          Part paling best adalah, Mal jadi "class rep" a.k.a. ketua kelas la senang cerita. Bila dah jadi class rep ni, Mal kena bagi tahu semua maklumat pada satu kelas termasuk la kaum hawa ni. Tapi oleh sebab sifat malu yang bukan main tebal lagi dalam diri ni, nombor budak perempuan ada dua tiga kerat je kat dalam fon ni. Hehe. Apa punya teruk la class rep ni. Siapa suruh korang lantik aku.



          Perlantikan Mal sebagai class rep ni pon ada cerita dia yang tersendiri. Semuanya bermula sewaktu kelas bi. Waktu tu, lecturer bi tengah cakap tentang kertas untuk di fotostat. Okay. Seperti biasa, Mal cuma buat-buat tak tahu je. Tapi tiba-tiba, lecturer pergi dekat Mal dan dia cakap, "okay. awak tolong fotostat dan bagi kat satu kelas." Tapi dia cakap dalam bahasa inggeris la. Perghh! Memang terkejut gila waktu tu. So, Mal pon buat la tugas yang diamanahkan tu. 

          Hari esoknya pulak, diorang cakap kat Mal, "weyh! kau class rep kan?", Haha. Semestinya la taknak betul tak? Tapi bila dah ramai mintak Mal jadi class rep, Mal pon terpaksa la terima tugas tu. Takkan la nak lari satu uitm ni semata-mata taknak pegang jawatan class rep kan? 

          Class rep ni memang mengajar Mal banyak benda. Terutamanya dalam bab mengutip hutang la. Takkan semua benda nak harapkan kat penolong kan? Nanti orang cakap class rep takde kerja pulak. Okay la. Itu saje untuk hari ni. Assalamualaikum. :)
          

Kini aku seorang android user

          Alhamdulillah. Setelah penat mengumpul duit untuk sekian lama, akhirnya Mal berjaya mengumpul duit untuk membeli sebuah android devices. nak tahu ke jenis apa?

                         

          Hehe. Ia adalah Samsung Galaxy Tab 2 7.0 Harga dia agak mahal, iaitu RM 900 tapi agak berbaloi untuk sebuah tablet android yang berjenama. Internal memory dia sebanyak 8gb sahaja tapi tokey kedai tu  bagi Mal 8gb micro sd secara percuma. Bagi Mal, 16 gb tu dah cukup besar rasanya. 

          Waktu dulu, Mal paling benci tablet ni. Sebab tablet ni agak besar dan macam menyusahkan nak bawak. Tapi bila Mal fikir balik, dengan adanya tablet ni, lagi senang Mal nak surf internet lagi2 bila dah masuk universiti. Sebab takkan nak bawak laptop yang berat tu ke hulu ke hilir kan? Memang malas la jawabnya. 

          Untuk data plan dia, Mal gunakan Digi internet plan. Dengan RM 30 sebulan, Mal boleh surf internet dengan kuota sebanyak 600 mb. Memang la kuota dia sikit tapi cukup la untuk Mal yang guna internet just untuk online dan buat kerja sikit2. Yang bestnya, kat rumah Mal, line Digi memang super awesome! Senang cerita 5 bintang la Mal kasi. Tapi kat universiti ni line Digi agak slow sikit. Di harap Digi dapat menguatkan line internet korang terutamanya di institut pengajian tinggi. Sebab budak universiti zaman sekarang sememangnya perlu berjimat-cermat terutamanya dalam penggunaan internet.

          Hmm. Lepas ni boleh la buat post pasal android pulak. XD