Tips untuk Blackberry supaya tidak lembap

Best jugak ada Blackberry ni. Macam2 benda boleh buat. Nak update status, nak tweet, surf internet, senang citer semua senang la. Kalau nak tulis satu2 kat sini, susah la. Bila dah pakai Blackberry ni, Mal terus surf internet pasal tips2 untuk Bb. Salah satu tips yang menarik perhatian Mal adalah tips menjaga Blackberry supaya tak lembap macam siput. Bagi Mal, tips ni memang penting. Takkan la bila Bb kita jadi slow, kita buat tak tahu je. Baik tak payah beli Bb kalau camtu. Kepada pengguna2 Bb sekalian, dipersilakan untuk mencuba tips2 di bawah:


1. Untuk 2-3 hari sekali, cabut bateri Bb korang lebih kurang 30 saat. Ini untuk buang semua sisa2 fail yang tak pakai waktu korang chatting atau pun browsing. Takkan la kita pakai Bb tapi tak chatting, tak surf internet kan? Betul tak?

2. Kalau rajin, buat hari2 Clear Event Log. Caranya dengan tekan ALT L G L G. Then, tekan button Bb menu dan tekan CLEAR LOG.

3. Jangan lupa untuk lakukan Cleaning Memory. Kalau rajin, nak buat hari2 pun takpe. Pergi OPTION, SECURITY OPTION, ADVANCED SECURITY OPTION, MEMORY CLEANING, tekan Bb menu dan klik CLEAN NOW.

4. Seterusnya adalah Host Routing Table. Tips ni boleh la buat 2-3 hari sekali. Kalau susah sangat, boleh set reminder kat phone. Pergi OPTION, ADVANCED OPTION, HOST ROUTING TABLE, tekan Bb menu dan klik Register Now.

5. Next, buat Diagnostic test dalam 2-3 hari sekali. Tips ni penting untk pastikan Bb kesayangan kita berhubung dengan operator, sama ada dari segi PIN, Register ataupun E-mail. Pergi OPTION, MOBILE NETWORK, tekan Bb menu dan klik DIAGNOSTICS TEST.

6. Follow blog ni.. (Err, sebenarnya takde kene mengene pun. Saje nak tulis panjang2)


So, kalau ada masalah Bb slow, hang, lembap ataupun jam, bolehlah try tips2 kat atas nie. Kalau Bb takde problem, nak try pun boleh jugak. Ok. Akhir kata, jangan malu jangan segan untuk try tips2 kat atas ni.. ;)

Post ini ditulis semula dari :

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Program Pengantarabangsaan SMK Segambut Jaya ke Tanjung Balai Karimun, Indonesia





Hari ni, Mal nak cerita sikit pengalaman Mal. Waktu 11- 14 Mei hari tu, sekolah Mal iaitu SMK Segambut Jaya membuat satu program pengantarabangsaan ke Tanjung Balai Karimun, Indonesia. Program ni sebenarnya adalah untuk menaiktarafkan sekolah Mal kepada sekolah kluster. Antara syarat2 untuk menjadi sekolah kluster adalah, sesebuah sekolah tu kena ada hubungan dengan sekolah di luar negara (kalau Mal tak tersilap). Jadi, sekolah yang paling dekat dari sekolah Mal antaranya adalah SMA Negeri 4 (BINAAN) Karimun dan SMA Negeri 1 Karimun, Indonesia.

Rombongan SMK Segambut Jaya mula bertolak dari sekolah pada petang Jumaat. Rombongan ni terdiri daripada lebih kurang 30 pelajar dan 15 orang guru. Semua peserta rombongan ni disumbatkan ke dalam 2 buah bas yang dikategorikan kepada bas lelaki dan bas perempuan. Kitorang melepak dahulu di Johor dan mula bertolak ke Indonesia pada hari Sabtu. (ada gaya pembaca berita tak?) . Kat Johor, macam2 aktiviti kitorang buat. Antaranya melawat kilang roti, membersihkan kubur, buat gimik basikal untuk sambut menteri, memekak, kena marah dan yang paling penting sekali adalah menunaikan solat fardhu..

Bila Sabtu petang, kitorang terus bergerak ke jeti kat pontian. Lama jugak kitorang kat situ. Bayangkanlah, bas parking dah la jauh. Basikal pulak kena bawak pergi ke jeti. Bila dah hantar basikal, kena patah balik untuk ambik beg. Adoi. Bukan main penat lagi waktu tu. So, Mal yang urat dawai tulang besi ni terpakse la angkut barang. Part yang best adalah bila Mal dan kengkawan pergi tolong cikgu angkat barang. Sebenarnya, kitorang ikhlas nak tolong cikgu. Tapi bile dah angkat barang, cikgu belanja kitorang air tebu sorang satu. Perghh!! Kitorang bersyukur giler waktu tu. Tekak dah la kering, tetibe cikge belanja air sejuk pulak. Bila minum je air tu, baru la rasa lega sikit.

Bila dalam feri, Mal rasa bangga sebab tak pernah fikir dalam kepala yang Mal akan peri ke luar negara dengan menaiki feri. Sebenarnya, waktu tu first time Mal melancong ke luar negara. Kat Indonesia, tak banyak sangat aktiviti yang kitorang buat. Selain melawat sekolah, kitorang cuma jalan2 membazirkan peluh, kayuh basikal dengan penduduk kat situ, buat bising dan kena marah (kena marah adalah salah satu perkara yang tak dapat dielakkan). Perkara yang paling tensen kat sana adalah waktu nak beli barang. Pening jugak kepala ni bila nak convert duit diorang kepada duit Malaysia. Duit diorang dah la besar. Memang mencabar akal dan minda. Tapi takde la susah macam jawab soalan add math : ) 

Bila last day, kepala Mal bertambah tension. Kitorang balik hari Isnin. Masalahnya adalah esoknya periksa. Dah la terpakse skip exam hari Isnin. Tapi Mal tak kesah sangat sebab Isnin exam add math. Mal dahlah jenis malas baca buku. Rasa macam menyesal jugak la sebab Mal tak baca buku LANGSUNG.. So, kepada mereka yang malas baca buku, janganlah jadi malas. Rajin2kan la baca buku. Bukan untuk orang lain, untuk diri kita jugak. Kalau kita berjaya, kita jugak yang bangga. Mak bapak kita cuma tumpang gembira je. Sampai sini je Mal nak kongsi hari ni. Rajin2kan la diri korang tengok gambar2 kat bawah ni.. :)


Waktu kat dalam bas

Baru sampai kat Hotel Pontian

Melawat kilang roti

Tengah cat kubur

Ni la muka2 rajin tolong orang :)

Saje tangkap gambar kat Hotel Karimun
On the way ke SMA Negeri 4 (BINAAN) Karimun
Kat depan kelas
Banyak kan piala diorang??
Kitorang di depan 'ANGKUT'
Waktu persembahan

Cara mudah update blog menggunakan Blackberry

Bb. Blackberry. Blog. Boleh dikatakan, due2 bnde ni antara bnde yang penting dalam hidup seseorang. Ramai orang zaman sekarang, tak kira la umur diorang berapa, sekolah rendah ke, sekolah menengah ke, dah kahwin ke, belum kahwin ke, yang menggunakan blackberry dan ada blog. So, hari nie Mal nak kongsi tips yang mudah untuk buat post menggunakan blackberry. Caranye hanyalah menggunakan emel sahaja.. Jangan nak wat2 terkejut lak. Karang de yang kene dsepuk, sia2 je hid0p.. :)

1. Login dahulu ke blogger.com

2. Pastu, pergi ke setting

3. Lopeh tu, pergi ke bahagian email & mobile





4. Kat bahagian 'email posting address', masukkan keyword yang korang nak kat tempat kosong tu





5. Bile dah habis buat post, hantar email kepada seperti yang termaktub di bahagian 'email posting address' tadi

Semua emel yang dihantar mempunyai signature a.k.a tanda tangan / tanda emel selepas ayat terakhir emel korang. Contoh signature adalah 'sent by digi from my blackberry smartphone'. Korang boleh gak tukar signature ni kalo korang nak. Kalo tak nak guna signature pun boleh jugak.

So, tu je yang Mal nak taip. Kepada blogger2 yang de bb tu, boleh lah cube tips ni, tu p0n kalo nak la. Kalo tak, sudah.. :)

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Kelebihan blackberry

Oit.. Ape khabar semue? Hari ni Mal nak cerita sikit tentang my first Blackberry. Waktu isnin hari 2, Mal pergi ke Pertama Complex, bet0l2 sebelah Sogo. Sebenarnya, niat Mal pergi kat sane adalah untuk beli Blackberry. Nak wat camner, dah tak tahan tengok ramai sangat pakai Blackberry. Pas2 biler Mal tanye , best x pakai bb? Diorang pon jawab, mesti la best. Adoi. Ni yang wat jiwa Mal memberontak untuk beli Blackberry ni. Setelah puas meronda2 dalan complex 2, akhirnya Mal beli bb yang paling murah iaitu m0del Curve 8520. Biler sampai kat umah je, Mal tr0s subscribe BIS. Setelah memakai bb untuk beberapa hari, baru Mal faham apsal ramai orang giler2 kan bb terutamanya remaja cam Mal. Bb ni memang ade banyak kelebihan yang kalau nak ditaip, sampai besok pon tak habis. So, Mal nak tulis sikit je kat sini.


1. Blackberry messenger (BBM)

Mesti ramai yang dah dengar pasal BBM kan? BBM ni memang bagus. Kite boleh chat dengan kawan2 kite secara percuma. Kalau nak chat guna sms, kite kene bayar tapi bile chat guna BBM, kite tak payah bayar. Apa yang kite kene buat hanyalah mintak pin bb kawan kite, add dan pe lagi chat la. Tapi sayangnya BBM ni hanya boleh digunakan untuk pengguna blackberry sahaja.



2. Social networking (facebook, twitter)

Zaman sekarang boleh kate semue orang de akaun facebook dan twitter. Kadang2, budak darjah 1 pon ade fb. Adoyai. Sesuke hati diorang je tipu umur semate-mate nak wat fb. Lantak la. Bukan de kene mengene dengan Mal pon. Ok. Balik semula kepada blackberry. Kalau kite gune apps 'facebook for blackberry' dan 'twitter for blackberry', semue notification akan terus dihantar ke fon blackberry kite. Notification 2 memang senang nak perasan sebab die ade dekat homescreen. Kepada kaki fb dan twitter sekalian, kalau dah gilakan fb dan twitter, beli je la blackberry. Mal konfem, korang mesti puas hati.



3. E-mel

Blackberry ni sememangnya direka khas untuk emel. Kepada pekerja2 office, kebanyakannya akan menggunakan software cam microsoft exchange dekat blackberry diorang. Tapi untuk manusia yang masih bersekolah cam Mal, korang boleh gak setting bb korang untuk emel yahoo, hotmail dan lain2. Biler ader je emel masuk, notification akan terus keluar dekat homescreen.



4. Update blog

Ramai orang zaman sekarang yang ade blog. Tak kesah lah blog peribadi atau tak. Melalui bb, kite boleh update dengan care yang mudah iaitu emel. Care dye senang je. Nanti kalo sempat Mal akan post tentang care2 buat post dari bb gune emel.

cara dia : http://ikmalfaiz.blogspot.com/2012/06/cara-mudah-update-blog-menggunakan.html


5. Fungsi auto on/off

Blackberry ni memang terkenal dengan bateri yang cepat k0ng. Lagi2 kalau kite ni kaki fb dan kaki twitter. Tapi jangan risau, sebab bb ni ade fungsi auto on/off. Korang boleh set sendiri mase bb korang untuk off dan on. Korang boleh set mase yang lain untuk weekday dan mase yang lain untuk weekend.



So, setelah beberapa hari Mal gunekan bb nie, banyak kelebihan bb yang Mal nampak. Akhirnya terjawab jugak soalan dalam kepale Mal, KENAPA RAMAI ORANG GUNA BLACKBERRY? Kepada mereka yang berniat nak beli bb, terus kan niat murni korang 2.. :)

Untuk post ni Mal ada buat sambungan. Nak tengok? http://ikmalfaiz.blogspot.com/2012/12/kelebihan-blackberry-2.html



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone




Cara uji kepantasan menaip

Adoi. Dah lame tak update blog ni. Baik tak payah buat blog je. Memang betul la ape yang orang kate. Hidup sebagai form 5 memang sibuk. Dulu, Mal tak pernah percaya, 'BETUL KE FORM 5 NI SIBUK??'. Tapi bila Mal dah alami sendiri, baru Mal percaya. Form 5 memang takde mase sampaikan nak update blog pon tak sempat. Tak caye? Tengok la blog Mal ni..

Jadi, oleh sebab Mal dah ade mase sekarang, walaupun sekejap, Mal tak peduli, nak update blog jugak. Mesti ramai antara kite selalu surf internet kan? Mal konfem, mesti ramai. Ada tak antara korang yang selalu battle dengan kengkawan, sape yang taip lagi laju? Mesti kite rase bangge kan bile kite dapat taip dengan laju dan dapat kalahkan member kite? Tapi masalahnya adalah, kite mesti ada 'jurulatih' untuk bimbing kite. So, antare 'jurulatih' nya adalah laman keybr.com dan type-fu.com


keybr.com

type-fu.com

Korang jangan risau. Dengan pertolongan 2 sifu ni, Mal yakin korang akan dapat berlatih dan menambah kepantasan menaip korang. Adios..