Cara mengetahui handphone original atau tidak..

                        


Kes penipuan barangan elektronik sekarang nih semakin menjadi-jadi sehinggakan iPhone pon boleh di ciplak oleh China. Di sini, aku nak kongsikan pade korang tips macam mane nak check atau tentukan sama ada handphone korang tu original ataupun cap ayam. Check it out :



Okay ikut langkah langkah seperti di bawah nih :

1. Taip *#06#

2. Akan keluar IMEI number ( International Mobile Equipment Identity)

3. Semak no IMEI anda, pada kedudukan ke 7 dan 8. Contoh, 358671017470473

4. Kedudukan no 7 dan 8 adalah seperti ******01*******

5. Untuk semak sama ada phone korang ori atau tidak, check kod di bawah.


•02 atau 20 : dari China = LOW QUALITY

•08 atau 80: dari Germany = FAIR QUALITY

•01 atau 10: dari Finland = VERY GOOD

•00 atau 03 oatau 04: dari kilang asal handphone = BEST MOBILE QUALITY

•13 : dari azerbaijan =VERY BAD QUALITY & DANGEROUS FOR HEALTH



Ape lagi, korang check la skunk mner tau ade yang cap ayam...hehe

PERHATIAN !! MAKLUMAT INI TIDAK TEPAT 100%. OLEH SEBAB TERLALU BANYAK TELEFON BIMBIT DI PASARAN SEKARANG YANG TIDAK DIKETAHUI ASAL-USULNYA, MUNGKIN TERDAPAT BEBERAPA NOMBOR YANG TIDAK DAPAT DISENARAIKAN. LAGI SATU, BERKENAAN NOMBOR "00". BERDASARKAN PENGALAMAN MAL DAN RAKAN2 YANG BELI FON ORIGINAL, MEMANG NOMBOR YANG KELUAR ADALAH "00". ITU SAHAJA. SEKIAN.

Rahsia telefon bimbit sewaktu kecemasan..

                  




Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -



1) NOMBOR KECEMASAN

Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.

Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.

Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi, ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )





2) KERETA TERKUNCI

Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar?

Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.

Jangan risau, telefon bimbit boleh membantu, tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja .


Cara-caranya :



Hubungi seseorang yang berada di rumah.

Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.

Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.

Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.

Pasti kereta anda tidak terkunci lagi, malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.

Kerana itu juga, penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya.

Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.

Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.




3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI

Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.

Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.

Telefon bimbit jenis "Nokia" didatangkan dengan bateri simpanan.

Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' .

Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .




4) TELEFON KENA CURI

Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.

Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.

Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.

Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat yang selamat.

Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.

Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.

Jadi, walaupun ia di curi, namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.



Sekian. Selamat Mencuba.



Kembara berbasikal ke hujung benua asia..

     Waktu 22-25 Oktober lepas, aku dengan kawan2 aku join aktiviti 'Ekspedisi Berbasikal Ke Hujung Benua Asia'. Aktiviti ni sekolah aku yang anjurkan iaitu SMK Segambut Jaya. Lebih kurang 30 orang student SMK Segambut Jaya join sekali aktiviti nie. tu belum campur pengetua, cikgu, YDP PIBG sekolah, rider2 dan entah sape2 entah lagi. senang citer, memang ramai la join aktiviti ni.

     Sebelum kitorang berangkat, kena kumpul dulu kat sekolah. waktu hari tu ada sekolah ganti. so, ramai la yang tengok dan hadir pada hari tu.

ni la muka aku dengan kawan2 aku. ada muka cam cycler x??
Lepas baca doa, kitorang terus gerak. Kitorang singgah putrajaya waktu hari tu.


     Antara part yang best adalah, kitorang MINUM AIR KELAPA la!! haha..



    


      Pastu, kitorang ade gak singgah kat Tiara Beach Resort, PD. Waktu aku g tiara dulu, aku tak pernah sangka yang aku akan pergi kat tiara dengan hanya menaiki sebuah kenderaan dua tayar iaitu basikal...


Aku ada jugak singgah dekat hutan rekreasi ... Pemandangan dekat situ memang cantik...



mat saleh pon sign kat banner kitorang. hehe..
    
     Aku dengan kawan2 aku memang ambik banyak gambar kat sini. Cikgu aku yang ajar geografi memang suke la bila dah sampai sini.

     Memang best follow ekspedisi ni. Ada satu hari tu makan ikan bakar. Sedap pulak tu. Biasa la, orang Melaka punya masakan ikan bakar. Mestilah sedap.


Ada hari tu pulak, makan seafood. Perghh!! Sedap tidak terkata la senang citer.. lepas penat kayuh, makan ketam, udang tempura, ikan pulak lagi. Fulamak... Memang sedap abes la.. Dah la join ekspedisi ni tak payah bayar, dapat makan sedap2 pulak tu.. Memang bersyukur la..

     Pemandangan waktu dekat resort memang best. Resort yang aku tidur waktu hari terakhir adalah Tanjung Piai Resort, Pontian. Resort ni dekat tengah laut. So, bila matahari terbit, memang cantik la..


untuk pengetahuan, gambar ini di ambil pada pukul 7 pagi..

SubhanaAllah. cantiknya pemandangan waktu ni..
aku dengan kawan aku

ha. ni la aku...



aku dengan kawan2 aku di hujung benua asia..

So, aku rase tu je la yang aku nak share. Kalau ade ape2 yang best lagi, aku akan post lagi. Ok.. Wasalam..