Minggu lepas, Mal ada beli sim broadband SKMM Celcom dan Maxis. Satu benda je yang Mal nak tahu dan pastikan tentang broadband SKMM ni. Apa akan jadi bila broadband kita dah habis kuota ataupun habis limit? Adakah kita tetap boleh surf internet lagi dengan kelajuan internet yang diibaratkan seperti kura-kura ataupun kita perlu menghabiskan duit lagi untuk subscribe pelan internet yang lain?
Setelah berjaya menghabiskan kuota semalam, akhirnya terjawab jugak segala persoalan Mal. Mesti korang pun nak tahu jugak kan? Walaupun Mal dah habiskan duit dan membazir semestinya, tapi hati Mal puas sebab dapat tahu mana satu yang bagus untuk digunakan.
Broadband SKMM Celcom : Kelebihan dan kekurangan
Kat kawasan jengka yang boleh dikatakan susah nak dapat line internet ni, Celcom boleh dikatakan bagus sebab line internet dia memang steady sepanjang masa. Tak kisah la line internet dia laju ke tak tapi kalau dibandingkan dari segi kestabilan internet, Celcom memang terhebat sepanjang zaman! Masalah kuota pon takde. Bak kata kawan Mal yang guna broadband SKMM Celcom ni, dia lepas dah habis kuota pun boleh je surf internet macam biasa. Takde masalah apa pun.
Broadband SKMM Maxis : kelebihan dan kekurangan
Fuhh! Speed internet Maxis ni memang terbaik! 5 bintang la Mal bagi! Tekan je, terus keluar. Nak tengok youtube pun boleh je! Mal download software besar-besar pun takde hal la. Tapi masalah besar Maxis ni adalah kuota dia. Bila dah habis kuota je, kita tak boleh surf internet langsung. Perghh! Ni yang buat Mal bengang sebenarnya. Tak pasal-pasal kena subscribe pelan internet yang lain pulak lepas ni.
So, kepada yang belum beli broadband lagi, pastikan dulu broadband mana yang bagus. tengok dulu coverage dia kuat ke tak. Dan yang paling penting, kuota tu kena jaga-jaga la ok!
huhu saya tak beli skmm , beli celcom instanet je , celcom mmg okay still boleh connect even dah habis limit :)
ReplyDeleteok...bagi sy lah....Celcom la....lebih baik u guna celcom..bap celcom mcm yang baru2 ni...celcom 1m.....hanya Rm80 je satu card tu pun kalau dia ada offer....broadband card ni best sgat2...no limit kuata..line laju kat mana2 je.lagi pun bila pakai je topup....cuba cari kad google....selamat mencari?
ReplyDelete