Emm, kesian blackberry curve ni. Rasa macam sayang nak tukar fon baru. Tapi masalahnya fon ni internet dia lembap sebab takde 3g. Body pun dah hancur. Kamera dia pun tak cantik. Tapi masalahnya fon ni la yang paling banyak berjasa dekat Mal. Fon ni la yang paling banyak jatuh dalam sejarah hidup Mal. Orang cakap kalau blackberry jatuh kat lantai, walaupun sekali, sistem kat dalam dia akan rosak.
Tapi bb ni takde la pulak jadi camtu. Alhamdulillah masih bernyawa dan dapat menjalankan tugas seharian dan boleh online 24 jam. Kalau setakat hang tu, memang tak boleh nak buat apa la kan. Mana ada blackberry yang tak hang. Ada orang pernah cakap, tak ori la blackberry tu kalau tak hang.
Wa sayang lu ketat2 bro |
Hehe. Sebenarnya Mal ni memang jenis tak reti jaga barang. Pakai fon murah ke, mahal ke, dalam masa setahun lebih je mesti jahanam. Tu sebab malas nak beli fon mahal2. *ayat sedapkan hati diri sendiri*
Hari tu Mal saje nak survey fon kat satu kompleks area rumah Mal. Mal pernah pakai symbian, android dengan blackberry. Windows phone memang sikit pun tak minat. Iphone pulak mahal sangat. Dan OS yang paling Mal minat adalah Blackberry OS. Kalau nak ikutkan, sekarang ramai dah tak pakai blackberry sebab bb selalu hang. Tapi Mal tetap akan menjadi bb user sebab internet dia murah giler. Wakaka.
Salah satu fon yang Mal berkenan adalah Blackberry Curve 3g 9300. Fon ni sekarang masih ada original set lagi. Harga dia pulak RM 380 je. Lagi satu fon yang Mal berkenan adalah Blackberry Torch 9800. Ahha, fon ni la yang Mal paling minat sebenarnya. Sejak dari mula2 fon ni keluar lagi Mal dah simpan niat nak beli. Tapi malangnya fon ni mahal sangat. Harga dia cecah 2k time baru keluar. Tapi sekarang harga dia boleh dapat RM 580 je. Mal tanya tokey tu, bb torch ni original set ke AP set? Dia cakap fon ni ada AP set je sebab sekarang dah takde original set keluar lagi dah. Semua kedai bagi jawapan yang sama kat Mal. Bagi Mal, kalau kilang dah tak keluarkan original set, kemungkinan besar fon tu adalah recon set bukan AP set.
Emm, mesti ramai yang nak tahu apa benda recon set ni kan? Mal ingat nak buat satu post tentang perbezaan original set, AP set dengan recon set untuk memudahkan korang bajet2 time nak beli fon nanti. Kalau Mal rajin, kejap lagi la Mal buat post pasal tu. Kalau malas, tunggu tahun depan la baru siap post tu. Kahkahkah.
No comments:
Post a Comment