Cara masuk developer mode untuk zenfone selfie

          
          Penat jugak la dari semalam aku fikir macam mana nak masuk developer mode kat fon ni. Kalau fon dah memang root awal2, senang je nak masuk developer mode. Masalahnya warranty fon tak habis lagi takkan nak root kot rugi doeeee 

          Cerita dia camni. Ni semua pokemon go punya pasal la ni. Oleh sebab xmod tak boleh guna kat zenfone, so aku try la cari cara untuk main tipu untuk pokemon go ni. Salah satu cara nak guna aku pakai fake gps.

          Masalah fake gps ni pulak, kita kena masuk develepor mode sebab kita kena allow mock location. Tapi takpe sebab bila install apps tu, bila dia mintak permission je, dia memang automatik masuk developer mode. Cuma dia akan menjadi masalah bila korang dah uninstall fake gps tu dan nak off kan allow mock location tu sebab bila dah allow, nanti dia akan ganggu gps fon korang. Dan bila aku nak off tu, time tu la aku pening howemjiiiiii camne ni shell nak untick balik allow mock location.

          Tapi korang lekk luu jangan risau. Cara dia senang je. Korang bukak setting. Bukak about. Bukak software information. Pastu tekan banyak kali kat build number tu. Lebih kurang dalam 7 kali macam tu la. Tekan sampai dia cakap dah become a developer. Pastu tutup setting. Pastu bukak balik dan nanti akan nampak developer options dekat bahagian setting system tu. So dah boleh untick allow mock location dan teruskan bermain pokemon go secara jujur dengan tenang.


SYM Sport Bonus 110 SR akhirnya menjadi milikku

          Apa khabar semua? Lama betul tak update blog ni. Dah lebih setengah tahun jugak la rasanya. Dah lama tak bercerita kat blog ni. So hari ni Mal nak share sesuatu dengan korang bagaimana Mal boleh dapat motor ni secara tak sengaja.

Bae :*

          Haaaa cuba tengok kat atas tu. Amacam? Cantik tak? Oleh sebab ni Mal punya motor, op kos la Mal cakap cantik. Kahkahkah. Ok cerita macam mana Mal dapat motor ni macam ni sebenarnya. Untuk semester 3, Mal kena pindah kampus dari UiTM Jengka, Pahang ke UiTM Pasir Gudang kat Johor tu. Kat pasir gudang tu kampus baru sebenarnya. Dan satu masalah yang besar tetibe pulak muncul iaitu kitorang kena duduk luar dan kolej tak disediakan. Bila dah duduk luar ni, memang susah nak hidup kalau takde transport sendiri. Memang la boleh kalau kita menumpang orang tapi kalau setiap masa nak menumpang pun tuan punya kenderaan pun boleh naik angin.

          So sebelum cuti mid sem hari tu, kira lebih kurang seminggu sebelum cuti raya aidilfitri, kakak Mal yang agak disayangi ni pun wasep la secara mengejut. Dia tanya macam mana duduk luar? Transport ok ke tak? Oleh sebab Mal ni jujur orangnya, so Mal pun cakap la, "hari2 asyik pergi kelas lambat je. Sebab lima2 orang semua naik satu kereta. So bila sorang lambat kira semua orang lambat la". Bila dah cakap macam tu, kakak Mal pun bising, kenapa tak cakap kat abah. Nanti boleh mintak motor satu. Dan Mal pun cakap balik, "abah dah cakap yang abah takkan beli motor sebab pointer rendah. Karang kalau beli motor nanti pointer makin terok." Then kakak Mal cakap tengok la nanti macam mana.

          Dua hari kemudian, Mal pun sampai la di rumah yang tercinta di selangor sana tu. Family Mal memang jenis berbuka puasa dengan atok dengan nenek dengan pakcik makcik sepupu semua satu rumah sebab rumah semua dekat2 dan nanti senang nak kemas. So macam biasa, tunggu maghrib, berbuka, solat, duduk, berborak, tengok tv dan lepas isyak tu terus balik. 

          Bila time dah habis sahur, betul2 kat meja makan tu, tetiba bapak Mal yang tersayang ni keluarkan soalan, "patut ke beli motor?" pergh nasib baik tak tercekik tulang ikan salmon time tu. Jawapan Mal adalah, "patut kot. sebab penat asyik pinjam kete orang je." Dan bapak Mal membalas, "hemm nanti tengok la tengah hari nanti. Lepas zohor siap2 pastu terus pergi kedai motor." Dan waktu tu rasa hepi gila barbie macam nak melompat je dari meja makan tu.

          Dalam pukul 10 pagi macam tu, Mal pergi ke rumah nenek Mal kejap sebab nak buat pahala sikit. Dalam kereta tu, tetibe nenek Mal bersuara, "nanti dah dapat motor tu, jaga elok2. penat atuk keluarkan duit nak belanja abang motor tu." And I was like, "ehh nenek ni series la. Ke main2 ni. Betul ke atuk belanja motor?" Nenek Mal pun cakap, "iye la. Takkan la nenek nak tipu pulak. Amende la abang ni." Rupa-rupanya atok Mal dari semalam lagi dah cakap kat bapak Mal yang atuk nak belanja motor sebijik.

          Dan untuk perenggan terakhir ini, setelah diringkas penamatnya, lepas zohor, Mal serta atok dan family Mal pergi ke kedai motor. Setelah di belek2 dan ditanya kepada tuan punya kedai, bapak Mal terus bersetuju nak angkat sym sport bonus ni. Atok memang dah bersetuju dah sebab atok memang tukang bayar je. Hari tu cuma mampu bayar deposit je sebab time tu jpj cuti seminggu sebab raya punya pasal. Kalau berkesempatan, nanti Mal buat post pasal komen untuk motor ni. Thanks =)

Cara selesaikan masalah : Unfortunately, the process android.process.media has stopped

          Ahha. Baru je tadi Mal ada buat satu post pasal cara nak unroot Galaxy Tab 2. Kat dalam post tu, Mal ada taip yang ada satu masalah timbul lepas Mal dah unroot tab tu. Dan inilah masalah dia :

Masalah yang amat menensionkan !!

         "The process android.process.media has stopped.". Perghh ! Siapa yang tak tension bila kena macam ni. Dia stop tu satu hal. Masalahnya bukan setakat tu je. Bila box tu keluar, automatik tab Mal jadi hang. Bila dah close, baru la okay balik tapi itu pun dalam masa 5 saat je la. Lepas tu, box tu keluar balik dan proses tu pun berulang la sampai Mal berjaya jumpa jalan penyelesaiannya kat Google ni haa.

         Cara penyelesaiannya amat senang tetapi amat memeritkan dan melukakan hati yang telah pun sakit dari mula-mula tab ni hang. Nak tahu cara dia? Senang je. Korang cuma perlu FORMAT / WIPE DATA android device korang.

          Korang cuma perlu tekan :power button" dan "volume up" dengan serentak. Nanti akan keluar banyak option dan korang cuma perlu pilih wipe data dan lepas tu boleh la reboot. Setakat ni Mal tak jumpa lagi cara yang tak payah wipe data. Oleh sebab Mal malas nak cari cara lain dan tak sanggup nak tunggu tab ni hang lama-lama, so memang terpaksa la wipe semua data dalam tab tu. Perghh. Sedih dan pilu sunguh rasanya. p/s : Nasib baik dah connect clash of clans dengan emel awal-awal. Kalau tak, memang kena main dari awal la jawabnya. Hanya orang yang main clash of clans je yang tak tahu apa perasaannya main game ni dari awal.