Cara selesaikan masalah : Unfortunately, the process android.process.media has stopped

          Ahha. Baru je tadi Mal ada buat satu post pasal cara nak unroot Galaxy Tab 2. Kat dalam post tu, Mal ada taip yang ada satu masalah timbul lepas Mal dah unroot tab tu. Dan inilah masalah dia :

Masalah yang amat menensionkan !!

         "The process android.process.media has stopped.". Perghh ! Siapa yang tak tension bila kena macam ni. Dia stop tu satu hal. Masalahnya bukan setakat tu je. Bila box tu keluar, automatik tab Mal jadi hang. Bila dah close, baru la okay balik tapi itu pun dalam masa 5 saat je la. Lepas tu, box tu keluar balik dan proses tu pun berulang la sampai Mal berjaya jumpa jalan penyelesaiannya kat Google ni haa.

         Cara penyelesaiannya amat senang tetapi amat memeritkan dan melukakan hati yang telah pun sakit dari mula-mula tab ni hang. Nak tahu cara dia? Senang je. Korang cuma perlu FORMAT / WIPE DATA android device korang.

          Korang cuma perlu tekan :power button" dan "volume up" dengan serentak. Nanti akan keluar banyak option dan korang cuma perlu pilih wipe data dan lepas tu boleh la reboot. Setakat ni Mal tak jumpa lagi cara yang tak payah wipe data. Oleh sebab Mal malas nak cari cara lain dan tak sanggup nak tunggu tab ni hang lama-lama, so memang terpaksa la wipe semua data dalam tab tu. Perghh. Sedih dan pilu sunguh rasanya. p/s : Nasib baik dah connect clash of clans dengan emel awal-awal. Kalau tak, memang kena main dari awal la jawabnya. Hanya orang yang main clash of clans je yang tak tahu apa perasaannya main game ni dari awal.

Tutorial Unroot Android Device (Samsung Galaxy Tab 2 7.0)

           Fuhh. Setelah sekian lama mencari cara nak unroot tab ni, akhirnya berjaya jugak buat semalam. Biasa la. Bila dah root device, memang ada keburukan sikit. Tu sebab Mal nak unroot balik tab Mal tu.

          Cara dia senang je. Kalau nak ikutkan, cara dia sama je macam nak root dulu. Ada banyak lagi sebenarnya cara nak unroot android device tapi semua dah try dan tidak membawa sebarang kesan pun. So, cara yang kat bawah ni la cara yang paling berjaya :

1. Download firmware untuk device korang kat http://samsung-updates.com/

2.  Bukak software Odin. Kalau takde, boleh Google dan download.

3. Tekan PDA dan tekan kat file yang berformat MD5 tu

4. Pastikan Tab korang dah masuk recovery mode. Cara dia, tekan "power button" dan "volume down" serentak.

5. Connectkan tab korang dengan komputer

6. Apa lagi! Tekan la start tuu!

Akhirnya berjaya jugak dapatkan status normal tuu...


          Fail firmware yang nak kena download tu boleh tahan jugak besar dia. Walaupun dah download dalam bentuk zip folder, tapi dia punya saiz je sampai 700mb lebih jugak la. Perghh. Bila tengok kat internet download manager tu, dia estimate masa selama sejam lebih. Oleh sebab masa tu macam lama je, so Mal tidur dulu dan terus bangun pagi-pagi buta semata-mata nak root tab ni. Tapi sebenarnya ada satu masalah sikit time root tu. Oleh sebab post ni macam dah panjang sangat je, so nanti Mal buat satu lagi post pasal masalah Mal tu. =)

Celcom : Pelan Internet Paling bagus di dunia

         Dulu Mal pernah tension sebab tak tahu mana satu line internet yang paling bagus dan stabil sekali kat jengka ni. Dan oleh sebab itu, Mal pernah beli simkad broadband SKMM. Oleh sebab nak mencuba punya pasal, Mal beli sim celcom dengan maxis. Sim SKMM ni memang best sebab RM 25 sebulan tapi masalahnya nombor kita tak boleh guna nombor yang lama Mal taknak tukar nombor baru.

         So mula-mula Mal guna pakej internet maxis. RM 30 sebulan dengan kuota 1 gb. Habis kuota still boleh surf tapi speed dia memang tak payah cakap la. Kalau time ada kuota pun, line internet boleh gila. Inikan pulak takde kuota. Lagi laaaa.

          Kalau nak ikutkan, Yes 4g la paling best sekali internet dia. Tapi masalahnya internet dia laju kalau ada kuota je. Kalau kuota dah habis, sama je macam guna maxis.

          So bila Mal dapat tahu yang Celcom dah buat satu pelan internet yang agak mahal tapi berbaloi, memang gembira la jawabnya kan. RM 38 untuk kuota sebanyak 1.5 gb. Kalau nak ikutkan, 1 gb ni sikit sangat kuota dia. Tapi oleh sebab ini adalah celcom dan bukannya maxis, bila dah habis kuota pun still boleh surf internet lagi dan yang paling best speed internet dia still sama lagi macam ada kuota. Tapi RM 38 sebulan ni kira okay la. Kalau dulu Celcom cuma buat pelan internet ikut minggu. Kalau seminggu RM 18, sebulan saje internet dah cecah RM 72. Perghh. Kalau anak orang kaya boleh la subscribe.

MLM dengan lawak ke der 3 punya pasal la ni.. XD


         Nak buat macam mana. Sekarang ni kan ada maharaja lawak mega. Dah nak final pulak tu. Konfem la semua peserta akan buat lawak yang terbaik dan semestinya orang macam Mal ni akan menonton video diorang tu. Bak kata orang, laughter is the best medicine. So kepada internet user sekalian, jom la kita berpindah kepada celcom dan nikmatilah internet yang terbaik. Thanks Celcom.