SYM Sport Bonus 110 SR akhirnya menjadi milikku

          Apa khabar semua? Lama betul tak update blog ni. Dah lebih setengah tahun jugak la rasanya. Dah lama tak bercerita kat blog ni. So hari ni Mal nak share sesuatu dengan korang bagaimana Mal boleh dapat motor ni secara tak sengaja.

Bae :*

          Haaaa cuba tengok kat atas tu. Amacam? Cantik tak? Oleh sebab ni Mal punya motor, op kos la Mal cakap cantik. Kahkahkah. Ok cerita macam mana Mal dapat motor ni macam ni sebenarnya. Untuk semester 3, Mal kena pindah kampus dari UiTM Jengka, Pahang ke UiTM Pasir Gudang kat Johor tu. Kat pasir gudang tu kampus baru sebenarnya. Dan satu masalah yang besar tetibe pulak muncul iaitu kitorang kena duduk luar dan kolej tak disediakan. Bila dah duduk luar ni, memang susah nak hidup kalau takde transport sendiri. Memang la boleh kalau kita menumpang orang tapi kalau setiap masa nak menumpang pun tuan punya kenderaan pun boleh naik angin.

          So sebelum cuti mid sem hari tu, kira lebih kurang seminggu sebelum cuti raya aidilfitri, kakak Mal yang agak disayangi ni pun wasep la secara mengejut. Dia tanya macam mana duduk luar? Transport ok ke tak? Oleh sebab Mal ni jujur orangnya, so Mal pun cakap la, "hari2 asyik pergi kelas lambat je. Sebab lima2 orang semua naik satu kereta. So bila sorang lambat kira semua orang lambat la". Bila dah cakap macam tu, kakak Mal pun bising, kenapa tak cakap kat abah. Nanti boleh mintak motor satu. Dan Mal pun cakap balik, "abah dah cakap yang abah takkan beli motor sebab pointer rendah. Karang kalau beli motor nanti pointer makin terok." Then kakak Mal cakap tengok la nanti macam mana.

          Dua hari kemudian, Mal pun sampai la di rumah yang tercinta di selangor sana tu. Family Mal memang jenis berbuka puasa dengan atok dengan nenek dengan pakcik makcik sepupu semua satu rumah sebab rumah semua dekat2 dan nanti senang nak kemas. So macam biasa, tunggu maghrib, berbuka, solat, duduk, berborak, tengok tv dan lepas isyak tu terus balik. 

          Bila time dah habis sahur, betul2 kat meja makan tu, tetiba bapak Mal yang tersayang ni keluarkan soalan, "patut ke beli motor?" pergh nasib baik tak tercekik tulang ikan salmon time tu. Jawapan Mal adalah, "patut kot. sebab penat asyik pinjam kete orang je." Dan bapak Mal membalas, "hemm nanti tengok la tengah hari nanti. Lepas zohor siap2 pastu terus pergi kedai motor." Dan waktu tu rasa hepi gila barbie macam nak melompat je dari meja makan tu.

          Dalam pukul 10 pagi macam tu, Mal pergi ke rumah nenek Mal kejap sebab nak buat pahala sikit. Dalam kereta tu, tetibe nenek Mal bersuara, "nanti dah dapat motor tu, jaga elok2. penat atuk keluarkan duit nak belanja abang motor tu." And I was like, "ehh nenek ni series la. Ke main2 ni. Betul ke atuk belanja motor?" Nenek Mal pun cakap, "iye la. Takkan la nenek nak tipu pulak. Amende la abang ni." Rupa-rupanya atok Mal dari semalam lagi dah cakap kat bapak Mal yang atuk nak belanja motor sebijik.

          Dan untuk perenggan terakhir ini, setelah diringkas penamatnya, lepas zohor, Mal serta atok dan family Mal pergi ke kedai motor. Setelah di belek2 dan ditanya kepada tuan punya kedai, bapak Mal terus bersetuju nak angkat sym sport bonus ni. Atok memang dah bersetuju dah sebab atok memang tukang bayar je. Hari tu cuma mampu bayar deposit je sebab time tu jpj cuti seminggu sebab raya punya pasal. Kalau berkesempatan, nanti Mal buat post pasal komen untuk motor ni. Thanks =)

Cara selesaikan masalah : Unfortunately, the process android.process.media has stopped

          Ahha. Baru je tadi Mal ada buat satu post pasal cara nak unroot Galaxy Tab 2. Kat dalam post tu, Mal ada taip yang ada satu masalah timbul lepas Mal dah unroot tab tu. Dan inilah masalah dia :

Masalah yang amat menensionkan !!

         "The process android.process.media has stopped.". Perghh ! Siapa yang tak tension bila kena macam ni. Dia stop tu satu hal. Masalahnya bukan setakat tu je. Bila box tu keluar, automatik tab Mal jadi hang. Bila dah close, baru la okay balik tapi itu pun dalam masa 5 saat je la. Lepas tu, box tu keluar balik dan proses tu pun berulang la sampai Mal berjaya jumpa jalan penyelesaiannya kat Google ni haa.

         Cara penyelesaiannya amat senang tetapi amat memeritkan dan melukakan hati yang telah pun sakit dari mula-mula tab ni hang. Nak tahu cara dia? Senang je. Korang cuma perlu FORMAT / WIPE DATA android device korang.

          Korang cuma perlu tekan :power button" dan "volume up" dengan serentak. Nanti akan keluar banyak option dan korang cuma perlu pilih wipe data dan lepas tu boleh la reboot. Setakat ni Mal tak jumpa lagi cara yang tak payah wipe data. Oleh sebab Mal malas nak cari cara lain dan tak sanggup nak tunggu tab ni hang lama-lama, so memang terpaksa la wipe semua data dalam tab tu. Perghh. Sedih dan pilu sunguh rasanya. p/s : Nasib baik dah connect clash of clans dengan emel awal-awal. Kalau tak, memang kena main dari awal la jawabnya. Hanya orang yang main clash of clans je yang tak tahu apa perasaannya main game ni dari awal.

Tutorial Unroot Android Device (Samsung Galaxy Tab 2 7.0)

           Fuhh. Setelah sekian lama mencari cara nak unroot tab ni, akhirnya berjaya jugak buat semalam. Biasa la. Bila dah root device, memang ada keburukan sikit. Tu sebab Mal nak unroot balik tab Mal tu.

          Cara dia senang je. Kalau nak ikutkan, cara dia sama je macam nak root dulu. Ada banyak lagi sebenarnya cara nak unroot android device tapi semua dah try dan tidak membawa sebarang kesan pun. So, cara yang kat bawah ni la cara yang paling berjaya :

1. Download firmware untuk device korang kat http://samsung-updates.com/

2.  Bukak software Odin. Kalau takde, boleh Google dan download.

3. Tekan PDA dan tekan kat file yang berformat MD5 tu

4. Pastikan Tab korang dah masuk recovery mode. Cara dia, tekan "power button" dan "volume down" serentak.

5. Connectkan tab korang dengan komputer

6. Apa lagi! Tekan la start tuu!

Akhirnya berjaya jugak dapatkan status normal tuu...


          Fail firmware yang nak kena download tu boleh tahan jugak besar dia. Walaupun dah download dalam bentuk zip folder, tapi dia punya saiz je sampai 700mb lebih jugak la. Perghh. Bila tengok kat internet download manager tu, dia estimate masa selama sejam lebih. Oleh sebab masa tu macam lama je, so Mal tidur dulu dan terus bangun pagi-pagi buta semata-mata nak root tab ni. Tapi sebenarnya ada satu masalah sikit time root tu. Oleh sebab post ni macam dah panjang sangat je, so nanti Mal buat satu lagi post pasal masalah Mal tu. =)

Celcom : Pelan Internet Paling bagus di dunia

         Dulu Mal pernah tension sebab tak tahu mana satu line internet yang paling bagus dan stabil sekali kat jengka ni. Dan oleh sebab itu, Mal pernah beli simkad broadband SKMM. Oleh sebab nak mencuba punya pasal, Mal beli sim celcom dengan maxis. Sim SKMM ni memang best sebab RM 25 sebulan tapi masalahnya nombor kita tak boleh guna nombor yang lama Mal taknak tukar nombor baru.

         So mula-mula Mal guna pakej internet maxis. RM 30 sebulan dengan kuota 1 gb. Habis kuota still boleh surf tapi speed dia memang tak payah cakap la. Kalau time ada kuota pun, line internet boleh gila. Inikan pulak takde kuota. Lagi laaaa.

          Kalau nak ikutkan, Yes 4g la paling best sekali internet dia. Tapi masalahnya internet dia laju kalau ada kuota je. Kalau kuota dah habis, sama je macam guna maxis.

          So bila Mal dapat tahu yang Celcom dah buat satu pelan internet yang agak mahal tapi berbaloi, memang gembira la jawabnya kan. RM 38 untuk kuota sebanyak 1.5 gb. Kalau nak ikutkan, 1 gb ni sikit sangat kuota dia. Tapi oleh sebab ini adalah celcom dan bukannya maxis, bila dah habis kuota pun still boleh surf internet lagi dan yang paling best speed internet dia still sama lagi macam ada kuota. Tapi RM 38 sebulan ni kira okay la. Kalau dulu Celcom cuma buat pelan internet ikut minggu. Kalau seminggu RM 18, sebulan saje internet dah cecah RM 72. Perghh. Kalau anak orang kaya boleh la subscribe.

MLM dengan lawak ke der 3 punya pasal la ni.. XD


         Nak buat macam mana. Sekarang ni kan ada maharaja lawak mega. Dah nak final pulak tu. Konfem la semua peserta akan buat lawak yang terbaik dan semestinya orang macam Mal ni akan menonton video diorang tu. Bak kata orang, laughter is the best medicine. So kepada internet user sekalian, jom la kita berpindah kepada celcom dan nikmatilah internet yang terbaik. Thanks Celcom.

Apa benda affiliates tu?

         Tak tahu la kenapa. Semenjak dua menjak ni, duit cepat giler habis. Keluar 50 hengget, habis. Keluar 100 hengget, pun habis jugak. Kalau keluar 30 hengget, lagi la cepat habis. Dan secara tidak sengaja, tiba-tiba Mal ada jumpa sorang ni post kat group apa benda entah kat facebok tu. Group ni sebenarnya group untuk buat bisnes. Setelah penat scroll post-post kat facebook tu, Mal ada jumpa sorang ni memekak pasal affiliates ni.

         Ahha. Mesti korang nak tahu kan pasal benda ni? Affiliates ni sebenarnya senang je. Kita cuma letak satu link kat blog kita. Bila ada orang tekan kat link tu dan lepas tu dia beli barang tu melalui link kita, kita akan diberikan sedikit komisen dari tuan punya produk tu.


          Haaa. Ni la salah satu link yang ada kat blog Mal ni. Senang cerita, kita cuma jual produk orang lain tanpa menggunakan sebarang modal pun. Kalau ada orang beli produk tu, ada la sikit komisen untuk kita. Kalau takde orang beli, so takde la komisen untuk kita.

Samsung Galaxy Tab 2 ni tiba-tiba hang pulak !

          Kisah ni sebenarnya berlaku malam tadi. Tengah sedap main clash of clans, tiba-tiba je tab ni hang. Perghh! Siapa yang tak tension kalau phone kita hang kan? Kalau phone biasa, senang la sikit sebab kita boleh cabut bateri kat belakang dia je. Tapi kalau pakai galaxy tab, macam mana nak cabut bateri dia! 




          Sebenarnya, sebelum ni ada la dalam 2-3 kali jugak tab ni hang. Biasa la, kalau pakai produk Samsung, ramai orang cakap mesti ada hang punyalah. Kawan mal yang pakai tab pun, bila nampak tab Mal hang hari tu, dia cakap, "ala. kau rilek je. tab mak aku pun selalu hang jugak. cara dia senang je. kau tunggu je sampai dia habis bateri". Emm, cara ni memang la berfungsi. Tapi masalahnya macam mana kalau bateri kita banyak lagi? Bateri tab ni dah la besar so dia boleh tahan lama. Sanggup ke kita nak tunggu lama-lama semata-mata nak tunggu bateri dia habis?

         Alhamdulillah la sebab malam tadi walaupun tab Mal hang lagi sekali, tiba-tiba Allah bag ipetunjuk kat Mal cara nak restart balik tab tu. Cara dia senang je. Tekan je button on/off tu lama-lama lebih kurang 15 saat camtu. Lepas tu insyaAllah dia akan restart balik. P/S : cara ni Mal guna untuk tab Mal je. Tak tahu la kalau korang punya tak menjadi. =)