Fakta dan auta tentang tips berdiet..



Ramai di antara kita yang banyak tips dan petua untuk control makan. Tapi mentaliti orang yang nak berdiet ni
selalu sangat dikaitkan dengan pengurangan jumlah nasi dalam sehari. Memang lah nasi karbohidrat kompleks dan paling lambat terbakar even kita bersenam tapi tak makan nasik langsung bukan menjamin berat badan ideal. Jangan kecewa lah kalau lepas sebulan diet tak makan nasik tapi berat tak berapa nak turun. Jom kita tengok apa yang kita percaya boleh turunkan berat badan tapi sebenarnya TIDAK!


1 – Sup
Kepercayaan Kita: Makanan berasaskan sup ini elok untuk kesihatan dan mampu menurunkan berat badan. Alah, nama pun sup, apalah yang ada dalam sup kan? Sekadar air, small the pieces je lah… 

Fakta: Bukan semua sup yang rendah kalori. Sup berasaskan binatang 4 kaki (sup daging, sup kambing, sup ekor) mengandungi kalori yang tinggi daripada lemak tepu binatang. Kalori daripada lemak tepu ini bahayakan kesihatan walaupun kita seorang yang kurus melengking dan teringin nak naik kan berat.


2 – Burger
Kepercayaan Kita: Jangan makan nasi, kalau makan nasi cepat gemuk. Tukar menu lain selain nasi untuk makan malam, macam burger ke. Tak pe, jangan risau, janji bukan nasi, gerenti awak tak gemuk punya!

Fakta: Tak payah tengok benda lain, cukuplah dengan daging burger tu je dah cukup. 1 keping daging burger (lembu) jenama Ramly mengandungi kalori bersih sebanyak 189kcal. Kebanyakan kalori tersembunyi daripada daging burger ini adalah daripada lemak tepu (lemak sapi). Selalunya, daging burger ini digoreng dengan mentega/ planta kalau beli di luar (mentega yang murah pon ada lemak tepu). Itu belum campur dengan mayonis, sos, keju, dan roti burger tu lagi, yang jugak dimasak dan disapu mentega.


3 – Yong Tau Foo
Kepercayaan Kita: (Sekali lagi) Asalkan awak tak makan nasik untuk makan malam, mesti boleh kurus punya. Makan something yang rebus- rebus macam Yong Tau Foo ke,ok lah tu kan…?

Fakta: Kalori tersembunyi Yong Tau Foo terletak kat kuahnya yang tinggi kandungan gula, dan juga mengandungi minyak (tapi bergantung lah kat resepi si penjual). Ada yang suka hirup hirup kuah Yong Tau Foo. Nikmat sangat katanya….


4 – Twisties (Snek ringan)
Kepercayaan Kita: Alah, setakat satu pek besar Twisties tak ada apelah. Dah la tak mengenyangkan, makan sambil tengok TV, sedar-sedar dah habis. Benda kecil je tu. Tak perlu risaulah kawan!

Fakta: Satu pek besar Twisties mengandungi kira-kira 490kcal. Hampir separuh daripada total kalori yang kita kena ambil sehari.Dan jangan tak tahu, separuh daripada nilai kalori tersebut berasal daripada lemak! Senang macam ni lah, satu pek besar Twisties ada kira-kira 20g lemak, jumlah tu sebenarnya lebih kurang sama dengan 2 sudu besar minyak masak. Secara logiknya, kalau makan sebungkus besar pek Twisties sama macam hirup 2 sudu besar minyak masak. Tak percaya? Suka hati korang lah………


5 – Capati
Kepercayaan Kita: Kalau nak diet jugak time makan kat mamak, baik makan capati, sebab capati ni kurang
berminyak. Jangan makan roti canai, roti canai banyak minyak. Tak percaya? Cuba tengok kilau-kilau kat atas roti canai tu.

Fakta : Ramai yang tak tahu. Capati sebenarnya ‘pembohongan’ paling berjaya yang dibuat pemilik kedai mamak kepada mereka berkepercayaan begitu. Capati memang mengandungi kalori tersembunyi. Sesetengah capati guna minyak sapi (lemak tepu) selain mentega, kat situlah punca kalori tersembunyi yang ramai tak tahu. Kalau nak tahu, 1 keping capati (100g) mengandungi total kalori yang lebih kurang sama dengan 1 keping roti canai (100g), iaitu 300kcal.


Nota Kaki : Fakta-fakta ni tak bermaksud makanan-makanan kat atas tak boleh nak makan langsung. Aku sekadar nak sedarkan kita bersama akan ‘pembohongan’ yang terdapat dalam makanan yang glamer kat negara kita, yang boleh kata makanan ‘must eat’ orang Malaysia. Nanti bolehla kita hadkan pengambilan
makanan makanan ni. =)

Rahsia solat yang ramai tidak ketahui..

1 – Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 – Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 – Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 – Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah- indah di dalam kubur.

5 – Ruqu’ :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 – I’tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7 – Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL- MUSTAQIM.

8 – Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 – Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar..

10 – Tahiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar Nankir di dalam kubur.

11 – Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur..

12 – Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 – Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.


'Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari
Jumaat.' Itulah sebab mengapa diorang mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ‘FRIDAY the 13th ‘ jika ada di kalangan korang yang perasan !!!’

Mal harap kita semue tak akan tinggalkan solat. Kepada yang malas nak solat 2, rajin2 kan lah untuk solat sebab solat 2 sendiri adalah salah satu dari rukun Islam.. Renung2 kan lah..

Jenis darah dan personaliti diri..

Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kita mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kita sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu
sendiri. Lets check it out..

DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri. Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.
Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.

DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri. Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu
mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong
dalam kategori darah berjenis AB ini. Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk  berdampingan dengan anda. Anda juga memiliki sikap\ humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.

P/S : Betul atau tidak anda nilai sendiri.

Fakta tentang lipas..



1. Nama lipas atau dalam Bahasa Inggeris cockroach berasal daripada perkataan Sepanyol “cucaracha” yang membawa maksud serangga gila.. haha

2. Seekor lipas boleh menahan nafas selama 40 minit.. wow

3. Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu walaupun kepala dia dah putus

4. Kalau berlaku peperangan nuklear, lipas adalah satu- satunya makhluk yang boleh hidup

5. Lipas mempunyai darah berwarna putih

6. Kebanyakkan lipas boleh terbang tapi bukan kesemuanya.

7. Lipas yang paling besar di dunia adalah Macropanesthia rhinocerus berasal daripada Australia yang       beratnya adalah 50gram

8. Lipas goreng adalah makanan yang biasa di Cambodia

 9. Lipas makmal betina boleh menghasilkan anak tanpa bantuan lipas jantan dan anak- anak dia semua betina

10. Lipas anak hanya perlu mengawan sekali dan mampu menghasilkan anak sepanjang hidupnya 

11. Agak mustahil untuk menangkap seekor lipas sebab dia ada rambut-rambut halus yang boleh mengesan angin daripada pergerakkan apa- apa yang menghampirinya.

12. Semasa perang di Vietnam, tentera Amerika  menggunakan lipas untuk mengenal pasti askar-askar komunis yang menyamar sebagai petani

13. Lipas ada gigi di dalam perutnya

14. Lipas yang dilumatkan boleh membantu menghilangkan kesan bisa jika dilumurkan pada tempat tu

15. Lipas boleh menukar arah sebanyak 25 kali dalam masa satu saat

16. Kalau lipas patah kaki, kaki itu boleh tumbuh semula

17. Lipas bernafas melalui bahagian tepi badannya dan bukan melalui hidung

18. Lipas hanya ada 6 kaki tapi memiliki 18 lutut hohoho 19. Lipas boleh berlari sepantas 3 batu sejam

20. Lipas dikatakan menghabiskan 75% masa sehari dengan hanya duduk tanpa buat apa-apa haha

Banyak rupanya yang kita tak tau pasal lipas.. lepas ni kalau jumpa lipas kat rumah jangan la bunuh ye.. tangkap untuk buat ujikaji betul ke fakta-fakta ni semua. hehehe..

Kehebatan solat..



Rahsia Solat dari sudut Sains dan Kesihatan

Tahukah anda bahawa solat boleh merawat penyakit yang kritikal ? Prof Dr Wan Abu Bakar (kanan) bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok bersama buku mengenai rahsia solat dari segi sains. Prof Dr Wan Abu Bakar (kanan) bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok bersama buku mengenai rahsia solat dari segi sains. HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Berikut adalah beberapa hasil kajian yang telah dilakukan berkaitan solat:


AKTIVITI OTOT -
Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman
kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil kajian mendapati solat yang
membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan. “Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya. Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenal pasti otot yang
aktif ketika solat.


ISYARAT OTAK - NgSiew Chok

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti
elektrik. Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama
yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang, ” katanya. Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur. “Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat
paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah
tamakninah, ” katanya. Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang. Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak. Sehubungan itu, katanya solat membolehkan
seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.


KOMPOSISI TUBUH - Dr Fatimah Ibrahim

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak. Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah. “Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain, ” katanya. Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahiyat akhir. Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik. Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian. “Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh. “Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,”
katanya. Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih
tenang. Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan. Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari
berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah. Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat. Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot. Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan. “Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat, ” katanya. Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika
berbaring. “Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus, ” katanya.
Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung. Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh
memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit
jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

Rahsia di sebalik jerawat yang tumbuh..

Jerawat biasanya tumbuh
kerana faktor hormon dan
juga kebersihan kulit.
Fahaman kita mengatakan
kulit yang terdedah kepada
serangan bakteria dan
berminyak memang mudah
ditumbuhi jerawat. Tapi
tahukah kita, setiap jerawat
yang tumbuh itu mempunyai
rahsia mengikut lokasi
dimana ia tumbuh.
1) DAHI:
Haba badan melampau,
peredaran darah tidak baik.
Minda dan badan, mungkin
terlampau letih dan stress.
Kumpulan ini biasanya panas
baran. Pupuk tabiat tidur
awal, bangun awal. Dapatkan
tidur yang cukup danjangan
lupa minum air yang
banyak.
2) HIDUNG:
Jerawat di batang hidung
bermaksud tulang belakang
kita mungkin bermasalah. Di
hujung hidung mungkin
kerana haba perut melampau
dan sistem penghadaman
tidak normal. Di salah satu
hujung hidung pula boleh
dikaitkan dengan ovari atau
sistem reproduksi.
3) DAGU:
jerawat depan steadyhealth Rahsia Disebalik Jerawat Yang Tumbuh
Fungsi buah pinggang
terjejas atau sistem
endokrin (rembesan dalaman)
lemah. Kaum wanita mudah
mendapat jerawat di sekitar
dagu mungkin berpunca
daripada haid yang tidak
teratur dan sistem
peranakan yang bermasalah.
4) PIPI KIRI:
Fungsi hati mungkin kurang
lancar termasuk menghadapi
masalah rembesan,
menyahtoksin dan
penghasilan hemoglobin
darah.
5) PIPI KANAN:
Fungsi paru-paru mungkin
tidak normal.
6) PADA BADAN
(BELAKANG & DEPAN):
jerawat punggung Rahsia Disebalik Jerawat Yang Tumbuh
Sistem perkumuhan yang
bermasalah, sembelit.
Amalkan pemakanan yang
sihat dan mengikuti piramid
pemakanan bagi
memmastikan toksin
tersingkir dengan lebih baik.
Bukan saja tahi lalat je ada
rahsianya, jerawat pon ada
rahsia tersendiri. Tapi
sejauh mana kebenaran tu
kurang pasti lah kan sebab
kadang kadang tak da
jerawat pon boleh je
terdedah dengan masalah
masalah kesihatan.

Cara2 memanjangkan hayat bateri telef0n bimbit..

Handphone merupakan keperluan masa kini. Bagi yang banyak duet, tukar handphone boleh diumpamakan seperti menukar baju. Tapi untuk yang kurang berkemampuan, diorang seboleh-bolehnya nak menjaga handphone dengan baik. Bateri merupakan nadi sesuatu handphone. Walaupun bateri takde kaitan dengan fungsi application handphone tetapi bateri kene bagi penjagaan yang baik. Mal konfem, mesti ade antara kita yang pernah mengalami masalah bateri rosak ataupon bateri kembong. Masalah ni penting kerana ia menyebabkan handphone kita tidak dapat mengesan kuasa bateri kita.


1. Off handphone ketika mengecas Ketika sedang mengecas bateri handphone, sebaiknya pastikan handphone korang dalam keadaan OFF. Sebab, waktu phone dalam keadaan ON, arus elektrik yang keluar masuk akan merosakkan molekul dalam bateri korang sebab ade penambahan beban pada proses kimia dalam bateri.

2. Jangan cas handphone dalam kereta Ketika mengecas handphone di dalam kereta, kita menggunakan port pemetik api sebagai sambungan. Voltage pada kereta selalunya tidak stabil dan menyebabkan arus yang
masuk ke dalam bateri juga tidak stabil. Maka kalo korang selalu cas dalam kereta, komponen bateri korang
akan mudah rosak.

3. Habiskan bateri sebelum cas. Pastikan bateri handphone betul-betul habis sebelum dicas semula. Ini untuk menghindarkan dari terjadi memory effect.

4. Pastikan bateri full waktu pertama kali di cas. Apa pun jenis bateri handphone korang, proses mengecas untuk pertama kali selepas handphone dibeli adalah sangat penting dalam menentukan usia bateri. Ini kerana apabila kita mengecas bateri, seluruh sel dalam handphone berfungsi, maka disebabkan itulah cas untuk kali pertama disarankan waktunya lebih panjang, sekurang kurangnya 3jam. Untuk bateri nikel metal hybrid (Ni-Mh) dan  nikel cadmium (Ni-Cd) ia memerlukan masa selama 8jam.

5. Sentiasa kawal tempoh cas bateri. Mengecas bateri terlalu lama tak elok sebab boleh merosakkan komponen dalam bateri tu. Oleh itu kita hendaklah mengawalnya. Ini kerana di negara kita masih kurang charger yang akan off secara automatik apabila bateri sudah penuh.

6. Elakkan haba. Jauhkan bateri dari sumber haba yang boleh menyebabkan bateri handphone tersebut meletup. Walaupun harga bateri tidaklah semahal mana pun, tapi kenapa kita perlu membazir menukar bateri
sedangkan kita boleh memanjangkan hayatnya?

So, Mal harap korang sume jage la bateri phone korang elok2. X yah la membazir duet utk beli bateri phone. Baek sedekah je. dapat gak pahala.

Renung-renungkanlah.. Khas untuk umat Islam..

Message: Tolonglah ambil masa 2 minit untuk membaca ini....kalau lebih dua minit tu bukan membaca la tu..tapi mengeja namenye.. 

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Bayangkan benda ini berlaku kat korang..... Suatu hari pada waktu Sembahyang Jumaat yang di hadiri oleh
lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata dan bawak machine gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri....

Daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat
masing-masing termasuk Pak Imam tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....

Macam mana.. adakah korang rasa lawak dgn cerita di atas. Selain terhibur korang fikirkanlah...
" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... "
" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... Kedua-due lelaki hanya membawa machine-gun.. Dia tak kata pun nak bunuh tapi generasi skang amat lemah. Baru kena ugut terus lari lintang pukang.. Lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."
"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. Tu pun bila time
sembahyang Jumaat.. Tunjuk muka kat org kampung.. Ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. Bile time
sembahyang raya..."
"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang
tercatit dalam al Quran"
"Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi
berlumba-lumba mengejar dunia"
"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berjam- jam tapi nak berdoa kepada Allah, alahai. Tak cukup masa..

Fakta tentang manusia..

*Manusia yang bijak dan intelligent mempunyai lebih molekul zink dan kuprum di dalam rambut mereka.

*Otot yang paling kuat pada seorang manusia ialah lidahnya. (hurmm.. betol la kata pepatah lidah lebih tajam dari pedang eh?)

*Tubuh kita menghasilkan dan membunuh 15 million sel darah merah dalam sesaat!

*Secara purata, manusia menghasilkan 10,000 gelen air liur sepanjang hayatnya.

*Ada seorang bayi lahir dalam setiap 7 saat.

*Anda akan dapat mengesan seekor skunk dengan hanya menghidu 0.000000000000071 ounce dari baunya.

*Kita bernafas lebih kurang 10 million kali setahun.

*Semakin sejuk suhu bilik tidur korang, lebih tinggi kebarangkalian anda untuk mendapat mimpi ngeri/ buruk.

*Cuba teka dalam 5 jari kita.. yang mana kukunya lebih cepat panjang/tumbuh? Jawapannya jari hantu /
tengah. :)

*Jari yang paling sensitif ialah jari telunjuk.

*Nisbah berat otak dan berat badan manusia ialah 1/40 kilogram.

*Selepas makan terlalu banyak, pendengaran anda akan kurang daripada normal.

*Rambut wanita mempunyai diameter 1/2 dari diameter rambut lelaki.

*Tulang yang paling kuat pada tubuh seorang manusia ialah tulang dagunya.

So, kesimpulannya manusia ni adalah salah satu ciptaan Allah yang hebat. 

Fakta tentang Coca Cola..

" Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola. Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan
kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan
gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air
basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!



8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni! Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis. Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin]
pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori
tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!\

10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo,
F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69. Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal
minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan  untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu. Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalam masa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang! Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka
sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut. Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah! Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang
sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll. Rupa- rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/
penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.
Tepuk dahi tanya hati....nak minum ke tak? Saya pun minum sekali sekala! Sama-samalah kita bercoke sambil singgah KFC time raya, time parti, time kenduri, time bola piala dunia dll.

Fakta sejarah. Mengapa portugis tak tawan utara??



FAKTA SEJARAH TANAH MELAYU


Mengapa Utara Tak Ditawan Portugis (Fakta sejarah). Tolong sebarkan perkara ini (Sejarah Penjajahan Tanah Melayu) kepada kawan-kawan kita supaya kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah yang
sengaja tak didedah disebabkan agenda tertentu.. Semoga dari pendedahan ini kita mengambil iktibar betapa Ketuanan Melayu disanggah selama ini.....


1508: Alfonso de al buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis untuk meluaskan pengaruhnya ke Asia Tenggara ( Melaka pusat perdagangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 buah kapal, 15300 ( anggaran) bala tentera.


1509: Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan disana.


Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu
mendapat askar tambahan setelah 15,000 askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersaudara..akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa...


1512: Setahun 2 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan P.Pinang,
yang ketika itu adalah pusat pengeluaran tebu untuk gula rantau ini...


Feb 1512: Alfonso menghantar perisik ke Perlis, Kedah dan Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan
bala tentera di sana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala
maklumat yang diperlukan.. .


Seminggu selepas Feb 1512: Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso.
Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah …


Perisik 1.2.3: selamat pagi tuan (sambil bertabik)
Alfonso      : selamat pagi
Perisik 1      : Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang
Alfonso      : Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? ( dengan nada marah dan bongkak)
Perisik 2      : Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat,            Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15,000 bala tentera,
                      inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinang yang mempunyai beribu-ribu               hang..
Perisik 3      : Betoi tu tuan...antaranya hang sihat, hang buat apa, hang apa habaq, hang lagu mana,        hang pi mana, hang nak pi mana, hang kat mana, hang singgah dulu, bapak hang, mak hang, adik hang,  tok hang dan macam macam lagi hang ada kat sana.....


Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan pengalamannya sebelum ini
bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat ngeri....... ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat stu …

Fakta pelik tapi benar..

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana
kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j
sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La
Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya.
Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan
siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng
adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus
tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung
tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu
dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku. hehehehehhehehehehe. eh....... ....Sentuh la telinga kurang ngan siku sampai ia kena.......Tak normal la korang maknanya..

add math dan biology..

cuti sekolah bulan 3 baru je start. Seminggu sblom 2, aq ade ujian kt skola. Selama nie aq pelik nape rmi org yg fail add math. Aq igt kn add math 2 sng. Rupe2nye, bile aq da msok form 4, bru aq tw yg add math 2 mmg ssh. Bg aq, add math nie ssh sbb aq x ley paham soaln dye. Aq pon x tw nape. Soaln punye la ssh tp jwpn sng je. Pergghhh.. Cm ne la otak org yg asas kn add math nie kn. Msti org 2 pndi ya amat. Then, bio pon ssh gak. Snany, aq x mint sgt science nie. Tp x tw npe aq amek alrn sains tulen wk2 form 4. Aq igt kn bio nie senang je. Tgk2, punya la payah nk paham. Rse mnysl pon de gak. Tp nk wt cm ne. Blaja je la.. Sbb da x ley nk 2ka alrn da...