Cara main tipu pokemon go untuk android

          Haaaaaaa mesti ramai nak tahu kan macam mana nak main tipu game pokemon go ni? Game ni memang best tapi masalahnya bila nak pecahkan telur tu kena berjalan dan tak boleh naik kereta. Haa bab tu yang tak best tu. Kalau naik motor memang boleh tapi kena slow2 dalam 20 km sejam je. Tapi kalau naik moto camtu memang tak pasal2 kene hon dari belakang sebab ngengade bawak moto slow demi pokemon .

          Sebelum korang nak baca post ni sampai bawah, aku cuma nak ingatkan yang tips ni hanya untuk korang yang pakai fon android selain zenfone sahaja. Kalau korang pakai zenfone macam aku, boleh la abaikan apa yang aku taip ni. Takpun korang campak je zenfone korang pastu beli samsung s7 edge.

          Nak tahu kenapa zenfone tak boleh guna tips ni? Sebab apps xmodgames ni tak support kat device yang guna processor intel. Dan device yang guna jenama intel hanyalah telefon berjenama asus howemjiiiii sedihnya asus tak boleh pakai xmod 

          So sebelum korang install apps xmodgames ni, yang pertama fon korang kena di-root dulu. Nak tahu apa benda root tu? Boleh la google dulu macam mana nak root dan apa kelebihan dan kekurangan dia. Jangan cakap macam mana nak google. Yang aku tahu pokemon go ni orang dah besar je yang main. Kalau assignment pun korang reti nak copy paste, takkan la nak google pasal root android pun korang malas kan?

          Ye betul root ni memang ada jugak kekurangan dia. Tapi kekurangan dia aku taknak sembang kat sini. Yang pasti bila korang dah root, boleh la install apps xmodgames ni. Lagi sekali, yang pakai zenfone takyah la sibuk nak root. Sebab kalau korang root pun, apps xmodgames tu bukan boleh install pun kat fon zenfone hahahahhahahasedihsebabakupunpakaizenfonejugakhahahahahah. Nak install xmodgames tu, boleh la cari apk kat google. Ye betul nak main tipu ni kita kena rajin google. Baru senang nak menipu. So, selamat bermain pokemon go aku ucapkan. Cari pokemon leklok. Jangan sampai eksiden pulak ye.

Tahniah Dato Lee Chong Wei di atas pingat perak di Olimpik Rio 2016

          
          Memang tak dapat disangkal, Dato Lee Chong Wei ni dia punya power main badminton tu memang lain macam. Walaupun dia dapat pingat perak dan bukan pingat emas tapi cuba cakap sape yang boleh main power cam dia tu woiii! Kena smash pun lekk je amek sumpah memang power ter0xx. Aku ni lagi la. Nak smash pun tak reti.

          Walaupun mungkin ramai yang menjangkakan yang Dato Lee Chong Wei bakal bawak balik pingat emas sebab dah berjaya kalahkan musuh tradisi dia Lin Dan semalam, Tapi tu la. Orang cakap kalau takde rezeki nak buat macam mana. At least ada la jugak pingat waktu olimpik terakhir beliau kan. Pasni tak dapat dah tengok legend2 badminton kat sukan olimpik lagi 

Cara masuk developer mode untuk zenfone selfie

          
          Penat jugak la dari semalam aku fikir macam mana nak masuk developer mode kat fon ni. Kalau fon dah memang root awal2, senang je nak masuk developer mode. Masalahnya warranty fon tak habis lagi takkan nak root kot rugi doeeee 

          Cerita dia camni. Ni semua pokemon go punya pasal la ni. Oleh sebab xmod tak boleh guna kat zenfone, so aku try la cari cara untuk main tipu untuk pokemon go ni. Salah satu cara nak guna aku pakai fake gps.

          Masalah fake gps ni pulak, kita kena masuk develepor mode sebab kita kena allow mock location. Tapi takpe sebab bila install apps tu, bila dia mintak permission je, dia memang automatik masuk developer mode. Cuma dia akan menjadi masalah bila korang dah uninstall fake gps tu dan nak off kan allow mock location tu sebab bila dah allow, nanti dia akan ganggu gps fon korang. Dan bila aku nak off tu, time tu la aku pening howemjiiiiii camne ni shell nak untick balik allow mock location.

          Tapi korang lekk luu jangan risau. Cara dia senang je. Korang bukak setting. Bukak about. Bukak software information. Pastu tekan banyak kali kat build number tu. Lebih kurang dalam 7 kali macam tu la. Tekan sampai dia cakap dah become a developer. Pastu tutup setting. Pastu bukak balik dan nanti akan nampak developer options dekat bahagian setting system tu. So dah boleh untick allow mock location dan teruskan bermain pokemon go secara jujur dengan tenang.